Pancing.Net
October 23, 2014, 01:53:49 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News:
 
  Home   Forum   Help Search Calendar Login Register  
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 »   Go Down
  Print  
Author Topic: Kaedah Jigging  (Read 36035 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
mohdaa
Pelata
*
Offline Offline

Posts: 135


Email
« on: May 27, 2010, 02:19:03 AM »

JFT May 2010 Info
Antara Stamina, Teknikal, Dan Demam;


Bekalan kepingan jig seperti ini adalah normal untuk seorang kaki jigging

Walaupun sudah ada dikalangan warga P.Net telah mendahului mempelajari dan mempraktikkan teknik jigging yg sememangnya dipraktikkan di air masin khususnya di kawasan yg mempunyai kedalaman 30 hingga 200 kaki dalamnya, namun ada juga yang kecundang kerana apabila dicuba pada trip yg dilakukan adalah tidak berjaya. kenapa?


apabila usaha 'mencari' ikan menerima sambaran seperti ini, kepuasan jelas bukan sahaja pada pemancing, malahan rakan yang turut sama memancing.

Pengaruh video memancing teknik jigging juga adalah salah satu faktor ramai dikalangan kita mahu mencuba kaedah ini dan adakalanya terus dipelajari dari video, internet dan tanpa berguru dengan mereka yg lebih berpengalaman menyebabkan ia adalah salah satu faktor 'Kung Pow'. Bagi pendapat saya, sebagai generasi kedua yang cuba meluaskan empayar jigging arena air masin secara 'underground' dari tahun ke tahun bermula dari Langkawi hinggalah ke Kota Singa pada beberapa tahun kebelakangan ini bukanlah satu gurauan kerana kos untuk menjadi seorang Jigger bukanlah murah jika dibandingkan dengan dengan jenis pancingan umpan tiruan yang lain mahupun teknik pancingan dasar, jenis asesori seperti mata kail yg khusus, Split ring yang lasak, solid ring, tali kevlar yang digunakan untuk mengikat mata kail, dan juga kepingan jig, kekili mendatar yang disarankan pun dari spesis yg mahal, membuatkan ramai juga pemancing mengetepikan teknik memancing ini.



Berbaloi dengan usaha dan belian set pancing yg agak mahal jika sasaran kita mengena seperti ini

Saya bahagikan dua kelas jigging iaitu Light jigging dan juga Medium Heavy Jigging memandangkan di Malaysia tidak perlu kita mempraktikkan Heavy Jigging kerana faktor spesis ikan bagak tidaklah sehebat seperti dinegara jiran yang memaksa seseorang jigger menggunakan kekili bersaiz 20000 dan tali sulam 100 paun dan joran hingga berkekuatan PE 8!

- Light Jigging.
Satu-satunya kaedah yang paling formal di negara kita kepada yang baru mahupun lama menjalankan kaedah jigging, ini adalah kerana faktor kedalaman air kebanyakkan kawasan dan trip dekat hanyalah mempunyai kedalaman 30-80 kaki sahaja. Kekili dari saiz 3000 hingga 5000 adalah sesuai contohnya dari model Shimano dan gabungan joran berkekuatan PE 1-3 adalah paling ideal dimana light jigging juga memerlukan stamina tinggi seseorang jigger dan berat set pancing perlulah ringan kerana ia membantu mengurangkan keletihan dan cara menghidupkan kepingan jig adalah seperti mengunjun apolo sahaja.
Jigging juga adalah salah satu teknik memancing yang memaksa pemancingnya menggunakan sarung tangan. kenapa? ini adalah kerana teknik jigging sememangnya menghendaki pemancingnya sentiasa memegang joran dan sentiasa mengayuh, membalik tarik, dan kalau tersalah pegang joran, kesan melecet pada tangan akan terjadi.


-Kenapa set joran PE 1-3/kekili 3000-5000 (20-30paun braided)dipadankan dengan kepingan jig dari 40-80 gram?
Set light jig yg menggunakan padanan seperti diatas adalah disebabkan faktor kedalaman air dari 30-80 kaki dan sasaran mangsa sebenarnya adalah dibawah 4-5 kilogram sahaja walaupun adakala ada pemangsa yang melebihi 10kilogram membaham kepingan jig.

- Set Medium Heavy adalah seperti saranan dari joran berkekuatan PE 2-4 hingga ke 3-6 dan dipadankan dengan kekili dari saiz 6000-8000 contohnya dari jenama Shimano ataupun 4500 Dari jenama Daiwa (contohnya Fream 4500 J) yg memuatkan tali tali sulam 50-60 paun dan kepingan besi jig adalah dari seberat 100-200 gram, kawasan praktikal kelas ini adalah dari kedalaman 80 hingga 200 kaki. Kelas ini boleh saya anggapkan sebagai kategori 'patah pinggang' dan setiap kali trip yg saya jalankan mendatangkan rehat seminggu dirumah sekiranya seharian mengunjun kepingan jig dan baling tarik kepingan jig.

-Panjang joran bagi kedua kelas ini biasanya adalah dari 5'6 hingga ke 6'6 seperti yang berada di pasaran, dan perambut kejutan  adalah sebaiknya dari 40-50 (light jigging) dan 60-100 (medium heavy jigging).

-Senarai-senarai asesori jigging yang formal
1. Mata kail formal jigging dari saiz 3/0 hingga ke 6/0 (saiz kegemaran saya adalah 4/0 dan 5/0)
2. Split ring dan juga Solid ring
3. Tali kevlar bagi mengikat mata kail (penggunaan hot pipe adalah digalakkan)
4. Sarung tangan (seeloknya dari jenis nipis contohnya seperti dari jenama Fisherman, Shout, Zenaq)


Kawanan burung juga membantu kita untuk mengetahui kawasan ikan bermain sama seperti panduan memancing dasar selain dari bantuan Fish Finder.


Kesan serangan Tenggiri ataupun Alu-Alu yang biasa terjadi.

-Ikan yang menyambar kepingan jig bukanlah lapar untuk mencari makanan, kita boleh anggapkan ikan yang menyambar kepingan jig adalah seperti kanak-kanak yang berusia 1 tahun dimana ia akan cuba memegang/mencapai apa sahaja yang berada di hadapan mereka kerana ingin mengetahui 'apa benda ni?' ataupun kita anggapkan kepingan jig mengganggu 'rumah' ikan  berkenaan contohnya spesis Kerapu yang sememangnya garang tak bertempat.

Bersambung...
[/quote]
Logged
Pancing.Net
« on: May 27, 2010, 02:19:03 AM »

 Logged
sepit-biru
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 112



Email
« Reply #1 on: May 27, 2010, 06:44:21 AM »

Salam, bro....saya amat gembira...tentang topik ni...mai kita kongsi bersama tentang kaedah jigging ni....sambung...jangan tak sambung
Logged
mR_o
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 5628


ngail pah ceroh!!..ke guane?

syukryz@yahoo.com
Email
« Reply #2 on: May 27, 2010, 07:37:12 AM »

nice info laaaa
Logged

screammer
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 734


ate moh ler mancing yobb..!!!


« Reply #3 on: May 27, 2010, 08:51:29 AM »

info yg berguna..terima kasih bro.. Grin
Logged

chikut
Marlin
*
Offline Offline

Posts: 1008



Email
« Reply #4 on: May 27, 2010, 09:03:29 AM »

info yg berguna..terima kasih bro.. Grin

yer betoltu maklumat dan ilmu yng baik
Logged

kita takakan berasa gundah walau sekali jika kiter tahu ape yng kita cari
sepit-biru
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 112



Email
« Reply #5 on: May 27, 2010, 09:21:26 AM »

nice info laaaa

Bro mR_o jom kita pi jigging dah ada member ni....gatal-tangan ni
Logged
NagaMasakMerah
SAPA
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 6212


013-2466299 - Naga


WWW Email
« Reply #6 on: May 27, 2010, 09:22:34 AM »

nak lagi.. nak lagi..
Logged

try hard to get what you like or you will be forced to like what you get !!!!

mR_o
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 5628


ngail pah ceroh!!..ke guane?

syukryz@yahoo.com
Email
« Reply #7 on: May 27, 2010, 09:24:46 AM »

nice info laaaa

Bro mR_o jom kita pi jigging dah ada member ni....gatal-tangan ni
nnti dulu bro..nk sambar freams J dulu..pastu baru main jigging..hehe
Logged

sepit-biru
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 112



Email
« Reply #8 on: May 27, 2010, 09:29:43 AM »

nice info laaaa

Bro mR_o jom kita pi jigging dah ada member ni....gatal-tangan ni
nnti dulu bro..nk sambar freams J dulu..pastu baru main jigging..hehe
Jenama 'Frame J' tu memang bagus...tapi jangan ambik yang berat sangat saiz 3000-4000...nanti lenguh tangan....rod jangan ambik yang panjang sangat sekadar 5 kaki dah ok...jenama Shino, Rapala yang harga patut-patut....
Logged
sepit-biru
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 112



Email
« Reply #9 on: May 27, 2010, 09:32:38 AM »

nak lagi.. nak lagi..
Bagus...nak lagi...ilmu...terus mendalami ilmu jigging ni
Logged
mohdaa
Pelata
*
Offline Offline

Posts: 135


Email
« Reply #10 on: May 27, 2010, 10:41:05 AM »

nice info laaaa

Bro mR_o jom kita pi jigging dah ada member ni....gatal-tangan ni
nnti dulu bro..nk sambar freams J dulu..pastu baru main jigging..hehe
Jenama 'Frame J' tu memang bagus...tapi jangan ambik yang berat sangat saiz 3000-4000...nanti lenguh tangan....rod jangan ambik yang panjang sangat sekadar 5 kaki dah ok...jenama Shino, Rapala yang harga patut-patut....

btul tu, elakkan penggunaan reel berat sb jigging ni kita sentiasa memegang rod, so klau reel Shimano saiz 4000 cukup memadai.. begitu juga rod. itu kau light jig lah, Fream J kebiasaan saya guna medium Jig aja gabungan Rod PE 2-4
Logged
sepit-biru
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 112



Email
« Reply #11 on: May 27, 2010, 11:49:26 AM »

nice info laaaa

Bro mR_o jom kita pi jigging dah ada member ni....gatal-tangan ni
nnti dulu bro..nk sambar freams J dulu..pastu baru main jigging..hehe
Jenama 'Frame J' tu memang bagus...tapi jangan ambik yang berat sangat saiz 3000-4000...nanti lenguh tangan....rod jangan ambik yang panjang sangat sekadar 5 kaki dah ok...jenama Shino, Rapala yang harga patut-patut....

btul tu, elakkan penggunaan reel berat sb jigging ni ita sentiasa mememang rod, so klau reel Shimano saiz 4000 cukup memadai.. begitu juga rod. itu kau light jig lah, Fream J kebiasaan saya guna medium Jig aja gabungan Rod PE 2-4
Cantikkkkk, bro mohdaa, hambo nak tanya sat......baru ni pi jig kat Kuala Besut dapat tenggiri guna jig warna pink saiz 40g...tapi tali kelvar tu putus semasa nak sauk ikan tu....takut putus lagi.....so hambo tukar kepada penggunaan mata kail terus ke jig...kadar tangkapan terus berkurangan....sebab rakan saya yang guna tali kelvar terus dapat tenggiri....bro pernah mengalami tak... kes-kes begini....
Logged
mohdaa
Pelata
*
Offline Offline

Posts: 135


Email
« Reply #12 on: May 27, 2010, 01:08:38 PM »

nice info laaaa

Bro mR_o jom kita pi jigging dah ada member ni....gatal-tangan ni
nnti dulu bro..nk sambar freams J dulu..pastu baru main jigging..hehe
Jenama 'Frame J' tu memang bagus...tapi jangan ambik yang berat sangat saiz 3000-4000...nanti lenguh tangan....rod jangan ambik yang panjang sangat sekadar 5 kaki dah ok...jenama Shino, Rapala yang harga patut-patut....

btul tu, elakkan penggunaan reel berat sb jigging ni ita sentiasa mememang rod, so klau reel Shimano saiz 4000 cukup memadai.. begitu juga rod. itu kau light jig lah, Fream J kebiasaan saya guna medium Jig aja gabungan Rod PE 2-4
Cantikkkkk, bro mohdaa, hambo nak tanya sat......baru ni pi jig kat Kuala Besut dapat tenggiri guna jig warna pink saiz 40g...tapi tali kelvar tu putus semasa nak sauk ikan tu....takut putus lagi.....so hambo tukar kepada penggunaan mata kail terus ke jig...kadar tangkapan terus berkurangan....sebab rakan saya yang guna tali kelvar terus dapat tenggiri....bro pernah mengalami tak... kes-kes begini....

tu memang mimpi ngeri jigger lah utk dapatkan tenggiri, saya biasa guna steel sejengkal, langsung taknak baham jig! yg terbaru ada tali kevlar yg ada steel diliputi kevlar, harga belum kompom sb saya tgh test lagi
Logged
sepit-biru
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 112



Email
« Reply #13 on: May 27, 2010, 01:12:09 PM »

nice info laaaa

Bro mR_o jom kita pi jigging dah ada member ni....gatal-tangan ni
nnti dulu bro..nk sambar freams J dulu..pastu baru main jigging..hehe
Jenama 'Frame J' tu memang bagus...tapi jangan ambik yang berat sangat saiz 3000-4000...nanti lenguh tangan....rod jangan ambik yang panjang sangat sekadar 5 kaki dah ok...jenama Shino, Rapala yang harga patut-patut....

btul tu, elakkan penggunaan reel berat sb jigging ni ita sentiasa mememang rod, so klau reel Shimano saiz 4000 cukup memadai.. begitu juga rod. itu kau light jig lah, Fream J kebiasaan saya guna medium Jig aja gabungan Rod PE 2-4
Cantikkkkk, bro mohdaa, hambo nak tanya sat......baru ni pi jig kat Kuala Besut dapat tenggiri guna jig warna pink saiz 40g...tapi tali kelvar tu putus semasa nak sauk ikan tu....takut putus lagi.....so hambo tukar kepada penggunaan mata kail terus ke jig...kadar tangkapan terus berkurangan....sebab rakan saya yang guna tali kelvar terus dapat tenggiri....bro pernah mengalami tak... kes-kes begini....

tu memang mimpi ngeri jigger lah utk dapatkan tenggiri, saya biasa guna steel sejengkal, langsung taknak baham jig! yg terbaru ada tali kevlar yg ada steel diliputi kevlar, harga belum kompom sb saya tgh test lagi
Yes....nanti saya pi cari... jiwa kacau dibuatnya....hai...Tenggiri...tenggiri
Logged
raineypb
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 963


raineypb
Email
« Reply #14 on: June 04, 2010, 10:14:28 PM »

amik dr forum lain untuk tambah pengehtahuan....




Ada banyak istilah yang dikaitkan dengan kaedah memancing secara jigging:

• Speed Jigging
• Japanese Jigging
• Deep Jigging
• Butterfly Jigging
• Extreme Jigging
• Vertical Jigging
• "Working the Iron"

Itu cuma beberapa istilah popular yang dikaitkan dengan kaedah memancing menggunakan gewang besi yang dicetuskan oleh [emancing-pemancing Jepun yang kini semakin menular ke seluruh Asia, Oceania, Eropah dan Amerika.

Populariti kaedah jigging ini menyebabkan kita lupa bahawa kaedah jigging ini merupakan antara kaedah memancing menggunakan gewang yang paling lama yang dimulakan sejak beratus-ratus tahun dulu oleh orang-orang Polynesia dan Eropah. Kesimpulannnya, kaedah yang diperbaharui semula ini tentulah terjamin keberkesanannya berdasarkan sejarahnya yang begitu lama.

Pada awal 1990an, Yoichi Mogi dari Jepun memperbaharui teknik jigging. Beliaulah yang menjadi pencetus kepada terciptanya pelbagai barangan yang dikaitkan dengan jigging di Jepun sama ada kekili jigging, joran dan jig-jig besi yang berkesan.

Secara tradisi, ikan besar lazimnya dipancing menggunakan kekili yang besar, rod seperti batang penyapu dan peralatan lain yang memang besar-besar semuanya. Cabaran menggunakan peralatan berat untuk menaikkan ikan yang besar ini menyebabkan keseronokan memancing agak terbatas terutamanya untuk pemancing-pemancing bertubuh kecil seperti orang Asia.

Tetapi para pembuat jenama pancing dari Jepun telah memperkenalkan peralatan baru yang ringan tapi berkuasa. Hasilnya, kekili yang kecil tetapi berkuasa tinggi dan joran yang ringan tetapi tidak mudah patah telah dicipta. Kombinasi peralatan ini telah memberikan kepuasan maksimum untuk para pemancing menentang mangsa-mangsa gergasi dan membolehkan mereka melakukan pelbagai kaedah memancing yang biasanya hanya boleh dilakukan oleh peralatan-perlatan yang berat sahaja.


Kaedah Jigging Yang Berkesan

Kejayaan sesuatu trip jigging bergantung kepada kebolehan seseorang tekong untuk parking bot mereka betul-betul di atas atau di kawasan yang ada ikan. Selalunya, mencari ikan melalui sounder bukanlah sesuatu yang sukar tetapi kebolehan seseorang tekong untuk membolehkan kepingan-kepingan besi yang dijatuhkan oleh para pemancing betul-betul jatuh di kawawan ikan bermain, bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh sebab itulah, kadang-kala sesetengah tekong menggunakan kaedah berhanyut untuk membolehkan jig yang dibuang lebih berpeluang untuk jatuh di kawasan yang betul-betul ada ikan.


Kelebihan utama kaedah jigging secara menegak ialah anda menjatuhkan jig betul-betul di kawasan ikan bermain. Dengan mengetahui kedalam kawasan terumbu yang disasarkan, kita boleh menjatuhkan jig di kawasan ikan bermain menggunakan tali sulam yang berwarna-warni. Tali yang dikenali sebagai tali sulam atau tali PE (Poly Ethylene). Memainkan jig di kawasan yang betul adalah lebih berkesan daripada jigging secara membuta-tuli.



Ikan pemangsa seperti aji-aji selalunya bermain di kawasan batu karang yang berstruktur. Carilah ikan di sebelah kawasan 'up-current' yang berstruktur dan berbatu karang. Kemahiran tekong akan menentukan bagaimana arus pada ketika itu akan membolehkan jig yang dijatuhkan itu akan jatuh betul-betul di kawasan ikan bermain dan bukan sebaliknya. Tanpa kemahiran ini, wawlaupun di sounder kelihatan begitu banyak ikan, kemungkinan jig kita tidak akan dipedulikan mungkin akan berlaku kerana jig yang dijatuhkan itu tersasar di bawa arus.


Ikan akan menyerang jig kita mereka kelaparan atau ketika mereka terlihat ikan-ikan umpan yang tercedera yang cuba melarikan diri daripada pemangsa. Selalunya jig para pemancing akan terus diserang jika dipersembahkan dengan carar yang betul . Persembahan jig boleh dilakukan dengan menggunakan kekili dan joran yang sesuai. Pemancing Jepun memperkenalkan kaedah jigging yang dinamakan “mechanical jigging” or “fast pitch, short jerk” atau karauan laju dengan henjutan pendek untuk menggayakan jig yang mereka ciptakan.

Menggunakan kaedah ini lebih berkesan daripada “speed jigging” atau karauan laju semata-mata.

Jigging Reels

Sesetengah pemancing lebih gemar menggunakan kekili menegak (multiplier or conventional) daripada kekili mendatar (spinning reels) yang biasa digunakan untuk jigging. Untuk kekili menegak, disarankan sepaya menggunakan kekili yang mempunyai gelendung yang sempit supaya tidak menimbulkan sebarang masalah untuk menyusun tali ketika jigging.



Kekili yang dicadangkan:

Shimano – Ocea Jigger,Trinidad,Torium
Daiwa – Saltiga, Saltist
Accurate - Boss
Studio Ocean Mark – Blue Heaven
Duel Speedy
Pro Gear Oceanus
Avet



Kekili mendatar yang disyorkan:

Shimano – Stella, Twinpower, Biomaster, Ultegra, Navi
Daiwa – Saltiga, Blast
Finnor
Van Staal
Accurate Twinspin


Ada banyak lagi kekili yang boleh digunakan yang lebih murah dan lebih sesuai dengan bajet masing-masing. Kekili yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan bagi mereka yang mampu. Untuk jigging, tidak semestinya kekili mahal sahaja yang boleh digunakan tetapi apa sahaja kekili yang ada boleh digunakan asalkan mempunya kelajuan yang sesuai dan disesuaikan pula dengan ikan yang disasarkan sama ada bersaiz mega atau sekadar light jigging sahaja.

Banyak kekeliruan dan salah faham bahawa lebih tinggi ratio sesutu kekili lebih baik untuk jigging. Kenyataan ini ada benarnya jika anda menggunakan jig yang ringan seperti 40-80g sahaja untuk light jigging. Jika anda menggunakan jig yang berat antara 300-500g, kekli yang mempunyai ratio setinggi 6:1 pastinya akan mendera kudrat anda. Kebanyakan kekili yang sesuai untuk jigging terutamanya mid dan heavy jigging biasanya beratio antara 4:1 hingga 5:1 sahaja. Ratio yang rendah akan memberikan lebih kuasa menarik beban jika dibanding dengan kekili yang beratio lebih tinggi.



Kekili yang mempunyai sistem drag yang baik adalah satu kemestian, pertamanya untuk menghentikan larian ikan dan keduanya untuk menarik ikan naik. Ikan seperti aji-aji dan kertang tinggal di kawasan berkarang dan mereka selalunya akan lari ke tempat persembunyiannya. Apabila terkena mangsa sebegini, anda mesti menghentikan lariannya. Ikan pelagik seperti GT juga memerlukan drah yang baik untuk menhentikan lariannya terutamnya jika anda jigging di kawasan pekantar minyak atau di kawasan kapal karam. Daripada kedua-dua senario, sistem drag yang teruk akan menghasilkan keputusan yang sama teruknya!

Joran Jigging

Dalam semua kaedah memancing, tentunya sebatang joran tidak boleh melakukan kerja untuk semua jenis kaedah. Rod jigging yang baik mestilah ringan, mempunyai aksi parabolic dan mempunyai kuasa mengangkat. Rod parabolic mempunyai kesesuaian untuk jigging mengikut kaedah pemancing Jepun, boleh menaikkan ikan dengan lebih baik dan memerlukan penggunaan tali sulam.


Bergantung kepada kepada kaedah jigging yang dipraktikkan dan jenis kekili yang digunakan, panjang joran jig juga berbeza-beza. Kekili menegak lebih sesuai digunakan dengan joran yang lebih pendek, 5 kaki umpamanya. Kekili mendatar pula lebih sesuai menggunakan joran yang lebih panjang tetapi tidak lebih daripada 7 kaki. Joran yang lebih panjang lebih sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak sebelum menukar kepada joran yang lebih spesifik. Berikut adalah garis panduan secara umum -



Joran yang dicadangkan -

Jigging Master
Daiwa Saltiga
Shimano
Carpenter
Smiths
Lamiglas Tropic Pro
Sevenseas
Fisherman
CB One
Seed
Calstar
Xzoga
Thomas Stroker - buatan Malaysia beb!

Jenama di atas hanyalah cpntoh yang dicadangkan sahaja berdasarkan kemampuan anda. Semua joran boleh digunakan tetapi yang penting mestilah ingan dan tahan lasak. Ringan supaya tidak mendera anda dan lasak untuk memastikan ikan yang menyerang jig anda tidak akan terlepas. Tapi, memang sukar untuk mencari joran yang ringan tetapi lasak dan berharga murah.


Sambungan....

Jenis-jenis Jig
Tali sulam
Assist hook
Aksesories

Diterjemahkan dan diubahsuaikan drp: http://www.jigsdirect.com/eMerchantPro/pc/jiggingfordummies.asp

Logged

janji leh mancing
sepit-biru
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 112



Email
« Reply #15 on: June 05, 2010, 07:26:11 AM »

 Salam. hebat ni...info yang sangat baik...boleh kita mendalami ilmu jigging ni.....tapi rod ngan reel yang di sarankan tu yang mahal-mahal belaka...tapi mahal disebabkan oleh kualiti rod dan reel tersebut
Logged
mR_o
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 5628


ngail pah ceroh!!..ke guane?

syukryz@yahoo.com
Email
« Reply #16 on: June 05, 2010, 07:45:27 AM »

itu la..rod shino ok x otai2 semua utk berjigging?..sy ade sebiji dulu PE 1..tp dah juai..hehe
Logged

sepit-biru
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 112



Email
« Reply #17 on: June 05, 2010, 07:49:25 AM »

Selamat Pagi.....baru bangun atau belum tidor lagi....jod shino memang OK....PE1-PE3...hambo dok guna yang tu la...harga pun tak mahal sangat
Logged
mR_o
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 5628


ngail pah ceroh!!..ke guane?

syukryz@yahoo.com
Email
« Reply #18 on: June 05, 2010, 08:02:06 AM »

Selamat Pagi.....baru bangun atau belum tidor lagi....jod shino memang OK....PE1-PE3...hambo dok guna yang tu la...harga pun tak mahal sangat

pagi bang..hehe..mmg xtdo pn pas subuh..hehe..rod shino ni reel ape yg seswai nk gandingkan skali?..(utk rod PE 2 ,3)
Logged

sepit-biru
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 112



Email
« Reply #19 on: June 05, 2010, 08:07:03 AM »

Selamat Pagi.....baru bangun atau belum tidor lagi....jod shino memang OK....PE1-PE3...hambo dok guna yang tu la...harga pun tak mahal sangat

pagi bang..hehe..mmg xtdo pn pas subuh..hehe..rod shino ni reel ape yg seswai nk gandingkan skali?..(utk rod PE 2 ,3)
Fream J pun ok....Jenis Abu Gracia pun ok...cari yang harga patut
Logged
mR_o
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 5628


ngail pah ceroh!!..ke guane?

syukryz@yahoo.com
Email
« Reply #20 on: June 05, 2010, 08:08:41 AM »

abu cardinal ke bro?..cardinal(xingt siri bape) rege xde la mhl sgt pn...klu freams j mhl skt kot..tp xdela cecah 300
Logged

volvos
Marlin
*
Offline Offline

Posts: 3054


radzi_volvos
Email
« Reply #21 on: June 06, 2010, 04:22:24 PM »

freams J dan Navi pun dah ok tuk jigging...
kena igt jigging ni perlu reel yg laju..
dan mmg kalu nak jigging modal tau2 je lah...
Logged

sepit-biru
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 112



Email
« Reply #22 on: June 07, 2010, 12:46:06 AM »

abu cardinal ke bro?..cardinal(xingt siri bape) rege xde la mhl sgt pn...klu freams j mhl skt kot..tp xdela cecah 300
Boleh guna tu...tapi kalau dah nak start berjigging ...maka perlu pengorbanan iaitu 'wang'....kena pandai budjet....kena ada group...2-4 orang...baru tak terasa kos nye...paling penting dalam arena jigging ni adalah alat sonar ikan (radar tengok ikan bawah laut tu) (selalu tekong ada...tapi kalau ada sendiri lagi ok...boleh set location dan lubuk sendiri)...Jangan beli yang murah RM 200- RM 300 nanti menyesal tak sudah....sebab skrin kecil..dan selalu silap bacaan (sampah lalu bawah bot pun di kata ikan).....
Logged
Suhaimi Ghani
Siakap
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 94


Email
« Reply #23 on: June 07, 2010, 01:58:29 AM »

Seronok baca, banyak maklumat jigging di sini. Teman hanya terikut-ikut Pak Wong dalam DVD keluaran majalah Sirip. Cuba tiru-tiru. Mula-mula jigging nyaris tak terpelakong kepala kawan. Sampai atas air pun masih nak jig. Grin
Logged
mR_o
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 5628


ngail pah ceroh!!..ke guane?

syukryz@yahoo.com
Email
« Reply #24 on: June 07, 2010, 07:26:03 AM »

ade duit lbh dan mase ingt nk try gak teknik ni..cm best je
Logged

sepit-biru
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 112



Email
« Reply #25 on: June 08, 2010, 10:25:49 AM »

ade duit lbh dan mase ingt nk try gak teknik ni..cm best je
Salam, insyallah kalau ada masa nanti kita pi jigging bersama
Logged
sepit-biru
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 112



Email
« Reply #26 on: June 08, 2010, 10:27:12 AM »

Seronok baca, banyak maklumat jigging di sini. Teman hanya terikut-ikut Pak Wong dalam DVD keluaran majalah Sirip. Cuba tiru-tiru. Mula-mula jigging nyaris tak terpelakong kepala kawan. Sampai atas air pun masih nak jig. Grin
Salam, Betul tu bro....punya semangat nak jigging....atas air pun jadi.....kira 2 dalam 1....popping ngan jigging serentak....he..he...he.......
Logged
aspa
Siakap
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 81



Email
« Reply #27 on: June 15, 2010, 09:14:10 AM »

Salam semua, terima kasih atas info yg sgt baik n berguna ni.. sy hrp otai2 yg lain dapat berkongsi pengalaman n pendapat mengenai jigging ni.. sbb sy memang teringin sgt nk berjigging ni, cuma br mula nk cr rod n kelengkapan yg lain... jigging ohh jigging  Roll Eyes Roll Eyes
Logged
ban
Tenggiri
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 412


ban


Email
« Reply #28 on: June 17, 2010, 03:21:11 PM »

berguna sunguh info tuan2

terima kasih atas info yg sudi di konsi bersama

jasa mu di kenang  Grin


teringin dan minat nak mencuba
Logged

ban
FRIM kepong , damansara , tanjung karang
016-6663643
FB,YM; faizul_ban@yahoo.com
bb pin ....2804463C
ikhwan1618
Siakap
*
Offline Offline

Posts: 90



« Reply #29 on: June 28, 2010, 11:05:03 PM »

boleh tuan terangkan bagaimana hendak menggayakan "yabai jig" ?
apakah betul penggunaan "yabai jig" biasanya utk target ikan dasar seperti kerapu & jenahak?
Logged

Kumpaww biasa.......mancing on juger
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 »   Go Up
  Print  
 
Jump to:  


Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.19 | SMF © 2013, Simple Machines
SMFAds for Free Forums
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
SimplePortal 2.3.2 © 2008-2010, SimplePortal