memancing di sungai pahang

<< < (7/35) > >>

paknjang:
letih teman nunggu ikan nak makan pancing.... ;D ;D ;D..apa pun tahniah bro hasil yang memuaskan...baung tu pakai umpan apa?

haikal_kp61:
umpan tapa...
buat sendiri...
:)

manba_nkk:
Quote from: haikal_kp61 on August 28, 2010, 11:57:46 PM

umpan tapa...
buat sendiri...
:)


tapa ni saya pernah try sekali tapi belum naik baung lagi [ Sg Selangor ], simpan kat rumah, tau-tau kdn dah kasi buang ! ;D RM12 layang ! :'( :'(

Dulu naik gak baung Sg Pahang tapi guna cacing je

ZAHAR @ mzaharm:
Quote from: manba_nkk on August 29, 2010, 11:10:37 AM

Quote from: haikal_kp61 on August 28, 2010, 11:57:46 PM

umpan tapa...
buat sendiri...
:)


tapa ni saya pernah try sekali tapi belum naik baung lagi [ Sg Selangor ], simpan kat rumah, tau-tau kdn dah kasi buang ! ;D RM12 layang ! :'( :'(

Dulu naik gak baung Sg Pahang tapi guna cacing je


gara gara tak tahan bau tapa lah tu.... saya pun tak boleh tahan oooo

joran maluri:
SEDIKIT INFO DARI B.H....HARAP DAPAT MEMBANTU TUAN....BAN

TEMERLOH: Dalam kegelapan malam itu, Mahusin Tan dan rakannya, Shaari Posmen, tekun memegang joran mengharapkan ada mangsa di bawah dasar sungai dekat rakit yang berlabuh tidak jauh dari Lubuk Ayam, Kampung Tanjung Kubu dekat Kuala Krau.

Mahusin memilih lubuk itu kerana di situ adalah kawasan ternakan ikan dalam sangkar yang jumlahnya lebih 20. Sangkar ikan patin, tilapia dan spesies lain menjadi tumpuan ikan liar yang memakan sisa makanan ikan dalam sangkar.

Lubuk Ayam juga sunyi, tenang dan jauh dari kebisingan.
Mahusin menghulur umpan perut ayam. Umpan yang sama lazimnya menjadi makanan harian ikan dalam sangkar. Beliau menggunakan joran dan mesin jenama DAM. Tali jenis Karing yang digunakan dengan kekuatan 50 paun manakala perambut Spider menjadi pilihan untuk menangani asakan mangsa.

Beliau memilih mata kail Figo kerana yakin mata kail itu mampu menembusi mulut mangsa. Itulah peralatan terbaik Mahusin untuk memburu tamalian (juga disebut temoleh atau temalian) malam itu.

Kira-kira jam 8 malam, ada sesuatu yang menyentuh umpannya. Ada ikan yang berminat menjamah perut ayam yang menjadi kegemaran pelbagai spesies ikan Sungai Pahang. Tiba-tiba joran disentap. Mahusin merasakan mangsa bukan calang-calang ikan dan rasa tarikan datangnya dari ikan bersaiz besar.

Sebaik saja mata kail dirasakan kukuh, Mahusin dan Shaari masuk ke dalam bot tidak berenjin bagi membolehkan ikan yang menarik tali 50 paun itu berada tidak jauh daripada mereka.

Mangsa menarik bot ke hulu. Pergerakan menentang arus air Sungai Pahang itu bagai tidak menjadi masalah kepada mangsa untuk mengheret bot gentian kaca itu.

�Pertarungan memakan masa lebih sejam. Cukup meletihkan. Shaari membantu mengawal bot mengikut hala mangsa menariknya,� cerita Mahusin.

Akhirnya, mangsa semakin keletihan. Bot tidak mampu diheret lagi. Tarik yang digulung oleh Mahusin tidak ada masalah lagi. Mahusin tidak perlu lagi bertahan sebaliknya kali ini peluang beliau menawan mangsa.

Seekor tamalian seberat 22 kilogram menyerah kalah. Mata kail tertusuk kemas pada rahang mulut. Mangsa gagal memutuskan tali 50 paun yang digunakan. Dan set joran DAM beraksi cemerlang membantu Mahusin menewaskan ikan gergasi Sungai Pahang itu.

Ikan itu dijual kepada seorang penggemar dengan harga RM300.
Perairan sekitar Lubuk Ayam dikatakan banyak dihuni ikan tamalian gergasi. Sebelum ini, seekor ikan sama seberat 30 kilogram ditumpaskan seorang pemancing tempatan selepas pertarungan aksi berat selama empat jam.

FAKTA

# 1 jam pertarungan
# 20 kilogram saiz tamalian
# 50 paun saiz tali
# RM300 harga jualan

Sumber : Joran BH

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

[*] Previous page