Ini kawe taruk mana yang kawe penah pegi dan hasil yang penah dapatlah... tak selongkar abih lagi sebab banyak tempat takleh masuk ngan kereta dan kene jalan jauh... vespa tak layan woo masuk celah 'rok' *semak*...

Kawasan Tumpat :
1. Kuala Tak Bai - kalau memancing di sekitar beting Taman Tg. Anis, kalau guna cara bottom ke tengah berumpan udang pasar atau selayang potong,
ikan yang kerap sambar umpan adalah gelama dan tetanda, dan paling kerap adalah duri. Kalau memancing berhanyut umpan udang
hidup di tepian tebing atau sekadar dalam 5 depa dari tebing, ada peluang untuk dapatkan anak-anak kerapu atau MJ... dan adakalanya
sembilang dan belukang.
- kalau memancing di tebingan pemecah ombak, hasil yang boleh diharapkan antaranya siakap putih (awal pagi dan lewat petang), anak-
anak ebek (balingan ke laut), ikan kuku (berumpan ketam angin atau ayam goreng ditepian batu), tetanda dan kerapu.
2. Kunci Air #2 Jubakar Pantai (Lagun Seri Tujuh) - sembilang, adakalanya gelama... siakap merah dan putih pun ada tetapi jarang
amat sekarang. Kalau nak memancing kat sini disarankan bawa plastesin untuk dijadikan pemberat sebab lantai dasar depan kunci air
tersebut hanya dipenuhi batu dan pelbagai sampah sarap, ataupun hanya gunakan kaedah cast udang hidup tanpa ladung / pelampung
perambut sedepa dihanyutkan di tepian sahaja. Tapi risiko untuk sangkut kat sini memang tinggi.
3. Culvert Lagun Seri Tujuh - disini MJ kecik dan anak-anak kerapu sedap dilayan ngan rod aksi superlight, udang hidup kecik disangkut pada hook gelama (Chinu #10 atau #12). Adakalanya casting dengan gewang mikro selaman dalam pun layan.
4. Kuala Besar (jeti LKIM) - tempat ni saya sudah lama tak pergi dan tak tahu kondisi sekarang ni, tapi masih dengar dari penggelama
profesional yang prefer mancing di sini disebabkan gelama bongkok di sini agak bagak dan udang galah pun boleh dilayan berumpankan
cacing.
5. Pulau Panjang, Pengkalan Chepa - kat sini pun saya dah lama tak pergi, walaupun kat sini dikatakan tempat sumber pembekal
udang hidup di kebanyakan kawasan di Kota Bharu. Saliran-saliran kecil sungai sekitar Pulau Panjang yang kebanyakannya hanya
4 sehingga 5 depa adalah tempat untuk memancing MJ dan siakap putih, terutama di kaki-kaki jambatan yang banyak ada kat
sekitar kawasan ni. Cuma saya tak pergi sebab segan nak mancing belakang rumah penduduk... hehehe...
6. Kuala Senok, Tawang - kalau mempunyai motosikal, buleh akses dari Pulau Panjang ke muara dan di satu lagun yang dikelilingi
pemecah ombak. Tempat perburuan siakap yang agak garang kat sini bagi kaki casting udang hidup. Rekod saya kat sini 4kg. Senangin
juga saya rasakan lebih kerap dapat kat sini berbanding tempat lain, tapi buntal dan duri juga melambak menunggu untuk merabakkan
umpan. Kalau masuk dari sebelah Pantai Senok di jalan menuju ke Tawang dari Pulau Melaka, masuk ke muara dan nampak wakaf di
tebing muara yang berhadapan dengan rumah penduduk kat situ, kat depan wakaf tu adalah lokasi terbaik setakat ni untuk senangin,
tapi saya kurang gemar memancing kat sini sebab kalau masa cuti, pemancing sangat ramai kat sini dan kerap berbelit tali sebab
arus kat sini kuat, muara cetek. Kalau malam risau sebab kes pecah kereta pun banyak kat sini.
7. Kuala Kemasin / Kemayan aka Batu Pendek Kemasin - kalau di sini salah satu spot kegemaran saya sebab... ntah... saya rasa suka
lepak kat tebing sini. Mungkin sebab saya lebih biasa dengan pemancing yang regular kat situ yang selalu bertegur sapa. Rasa selamat.
Kepala pemecah ombak adalah zon terbaik terutama ketika air surut kerana di penghujung batu agak dalam dan mempunyai banyak
timbunan batu (risiko sangkut tinggi). Kebanyakan pemancing gemar baling jauh ketengah kuala tapi saya lebih gemar baling dekat
berhampiran hamparan batu sebab strike lebih kerap di zon tu - yang sakit hati - strike dan terus lari celah batu. Kat sini dah 3-4 kali
naikkan kerapu lebih sekilo dan MJ sekilo... tapi memutuskan tali tu adalah lam 12-15 kali... hahaha...
8. Kuala Kemasin (Batu Panjang / seberang Kemayan) - kat sini pun sama jugak spesis yang ada tapi kurang sangkut. Cuma kene
menapak jauh sikit. Kalau nak menggelama, baling ke tengah kuala, kalau nak trap spesis macam MJ atau kuku, hulur je celah batu dan tepi tebing.
Kalau betul-betul nasib baik, dari celah batu tu jugak buleh naik kerapu 2kg ke 3kg... besar punya. Ada satu grup otai cina yang
datang ke sini hanya berkoyan je untuk main celah batu. Kalau masa air pasang, baling sejauh mungkin ke laut, InsyaAllah pari
ada. Gelama tu koman laa...
9. Tok Bali - saya kurang tahu mancing apa kat pemecah batu tu kecuali ikan kuku dan tetanda. Dah banyak orang cerita pasal siakap
berskala besar tapi saya tak pernah mancing ikan siakap di pemecah ombak tu. Saya kurang gemar ke situ sebab terlalu banyak
kejadian pecah kereta di waktu malam dan samun. Saya lebih gemar bertenggek di Kunci Air Gong Kulim, jambatan Cherang Ruku, atau
geledah masuk ke kawasan semak di Kampung Lembah (hulu sungai Semerak) untuk memancing siakap dan tetanda (orang kampung situ sebut semereh). Kat Sungai Semerak ni kalau dapat sewa bot fiber lebih baik untuk mudik ke tepian semak dan labuh umpan
terutama spot yang redup dan diteduhi pokok...
10. Kuala Besut - surfcast di pemecah ombak panjang kelaut pun best kat sini sebab depan muara tu agak dalam dan pernah terkejut dapat ebek 2kg di situ. Tapi bertahun jugak tak pergi sebab fedup ngan pukat melintang kat depan tu setiap kali pergi.
11. Kuala Bukit Keluang, Besut - tempat yang sangat cantik untuk memancing kerapu dan tetanda bagak berumpankan udang hidup. Bagi
yang tak kisah putus-janji-ada-strike, ada satu zon di muka muara yang berbatu ditengah-tengah tu, macam lubuk wooo.. tapi tulah...
lekat-putus-lekat-putus... pakai braid sayang wooooo... kalau mancing awal pagi kat sini, saya rasa satu-satunya tempat yang masih kerap buleh tengok siakap bermain dan buat aksi akrobatik melawan arus. (Arus kat sini pasang dan surut laju, sebab muara sempit). Tapi
kalau memancing kat sini kene sentiasa berwaspada kalau membelakangi bukit. Adakalanya ular sawa dan selar akan turun dari bukit untuk menyeberang ke bukit sebelah kuala dan terbesar saya pernah saksikan turun, lebih dari 15 kaki panjang... malam tak digalakkan
mancing kat sini kalau kurang dari 3 orang sebab... penyamun... dan tempat ni agak 'mistik' sikit bagi yang lemah semangat.
Satu lagi, kebelakangan ni ikan agak kurang... sangat kurang sebab aktiviti memukat dalam sungai dan depan muara terlalu aktif terutama kat Tok Bali dan Kemasin oleh nelayan bot fiber kecil. Sentiasalah intai-intai pelampung pukat untuk pastikan anda mancing kat area yang tak terhadang dengan pukat, terutama malam.