Author Topic: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....  (Read 17403 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline WISE80

  • Marlin
  • *
  • Posts: 941
  • Gender: Male
  • ReD DeViL
APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« on: October 27, 2010, 07:40:56 AM »
salam semua....
saya budak baru belajar mancen ??
nak tanye sifu2, otai2, tuan2 yang dah memang
mahir dengan selok belok memancing ni....
minta penerangan yang padat dan mantop....
tak kira la pendapat ruan sama ada daripada pancingan pantai, tengah laut ke, tepi batu ke, atas batu ke,
muara ke, air tawar ke, dan macam2 lagi la.....
harap ada yang sudi memberi penerangan....
 ???  ::) ???  ::) ???  ::) ??? ::)
zero one nine five four four one five one five :) :)

Offline ewak

  • Arowana
  • *
  • Posts: 13747
    • Email
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #1 on: October 27, 2010, 12:29:02 PM »
rasanye susah nk dpt fit back dr forumer psl topik ni dh kerapkali dibincangkan.. rajin2 la selak thread terdahulu kat page blkg..

Offline gedd06

  • Marlin
  • *
  • Posts: 1216
    • Email
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #2 on: October 27, 2010, 04:03:56 PM »
atas pemahaman saya dan saya cuba jelaskan sebaik mungkin

1) Bottom/ Bawah
Teknik yang biasa kita gunakan untuk memancing di dasar laut..batu ladung sampai ke dasar laut. (cth Ikan - merah, jenahak)

2) Casting
Teknik balingan umpan dan karau(tarik) perlahan2 atau laju.. biasanya gunakan umpan ikan tiruan lain seperti rapala untuk dalam air..umpan tiruan ini akan berikan aksi seperti ikan hidup bila di karau(tarik) selepas kita cast(baling). (cth ikan - GT, talang)

3) Popping
sama sepeti casting cuma popper untuk umpan permukaan laut atau air, bila ditarik atas permukaan akan menghasilkan percikan air. (cth ikan - GT)


3) Throlling(teknik tundaan)
Teknik ini menggunakan umpan yang ditunda dengan bot yang bergerak perlahan. umpan boleh digunakan umpan tiruan atau ikan mati yang keras seperti tongkol. (cth ikan -tenggiri, barracuda)

4) Drifting
Teknik nih menggunakan umpan hidup yang dilepaskan secara bebas . Kalau guna umpan mati / air takda arus mengunakan belon disangkut pada perambut untuk biar umpan itu merayau2 di laut.  (cth ikan- tenggiri, layaran)

5) Jig
Mengunakan umpan besi dengan kaedah lepaskan umpan tiruan hingga ke bottom kemudian di jig (tarik megejut dan karau dengan laju)  ke atas. (cth ikan - tuna, GT, amberjack)
:) Masih belajar memancing

Offline ahib0205

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 379
  • Gender: Male
    • AZ-ZAIN SHAH ALAM
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #3 on: October 27, 2010, 04:21:16 PM »
terima kasih banyak abam gedd  ;)

jelas padat dan nyata... saya nak tambah sikit lagi contoh bergambar bagi orang macam saya ni lebih nampak. SAya silap tolong tegur ye kawan-kawan  ;D

1) bottom / bawah






Pemborong & Pengedar lebih 200 Produk keluaran Muslim
http://www.pancing.net/index.php?topic=14683.0

Offline ahib0205

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 379
  • Gender: Male
    • AZ-ZAIN SHAH ALAM
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #4 on: October 27, 2010, 04:28:49 PM »
2) casting guna umpan tiruan

casting laut cari barracuda best ni...


casting cari siakap pun ok dah...


Pemborong & Pengedar lebih 200 Produk keluaran Muslim
http://www.pancing.net/index.php?topic=14683.0

Offline gedd06

  • Marlin
  • *
  • Posts: 1216
    • Email
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #5 on: October 27, 2010, 04:30:35 PM »
thumbs up..gambar lebih byk membantu dari penerangan teori... :) .
:) Masih belajar memancing

Offline ahib0205

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 379
  • Gender: Male
    • AZ-ZAIN SHAH ALAM
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #6 on: October 27, 2010, 04:41:47 PM »
thumbs up..gambar lebih byk membantu dari penerangan teori... :) .

tak juga la bro. kadang-kadang kita perlukan penerangan dulu. baru tengok gambar  ;)

2) casting guna popper

Big splash big fish bak kata orang putih....

Salam sume..teman pun nak kongsi skit la..rasanya popper R2C ni tak la mahal mana tapi masih relevan klau kita bawa ke pelantar..alhamdulillah kedua-dua popper ni nak merasa di kokak oleh GT..

Popper yang berjaya memikat GT di Pelantar Minyak Terengganu.

1. Popper River2sea model Bubble Walker 180.



Gambar diatas menunjukkan popper keluaran river2sea model Bubble Walker 180. Didalam badan popper ni dilengkapi dengan bearing yang memberi kesan getaran dan bunyian apabila ditarik dan dihenjut ketika aksi popping. Tepat dengan namanya bubble walker, ia meninggalkan kesan buih yang dihasilkan oleh mulut popper yang terbuka. Ini memudahkan kawanan GT mengesan kehadiran popper ni. Ia ibarat anak ikan yang sedang bermain dipermukaan terutamanya ketika ia ditarik dan dihenjut dengan kala yang sama.

Popper seberat 180g ni amat sesuai digunakan untuk balingan jarak jauh dan menghampiri kawanan GT yang sedang boiling. Tetapi popper ni terdapat sedikit kelemahan dari segi kemasan pembuatannya. disebabkan oleh rekabentuknya daripada plastik, kemasan clear coatnya mudah tertanggal.

2. Popper River2sea model dumbell pop 200


Gambar diatas menunjukkan popper River2sea model dumbell pop 200, Popper dilengkapi dengan warna matelik ni juga dibekalkan dengan sepasang mata besar sebagai pemikat. mulutnya yang besar dengan leher yang ramping dapat menghasilkan bunyi pop yang nyaring dan mudah untuk memikat kawanan Gt untuk mengejarnya. beratnya 200g dengan mentuk badan yang sedikit panjang berbanding bubble walker lebih memudahkan balingan tepat kesasaran apabila diperlukan.

Selain dari pada popper itu sendiri, aku pernah dinasihatkan oleh rakan seperjuangan agar menukar mata 3 yang sedia ada kepada mata 3 yang diyakini prestasinya, ini bagi mengelakkan kejadian mata 3 yang terkangkang. Gama 4X - 3/0 (Gamakatsu) dan Owner solit ring hiper wire digunakan sabagai penyambung mata 3 kebadan popper. Ini sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada aku untuk hook up dan pump ketika ikan membaham popper.
3. Surecatch

Pemborong & Pengedar lebih 200 Produk keluaran Muslim
http://www.pancing.net/index.php?topic=14683.0

Offline ahib0205

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 379
  • Gender: Male
    • AZ-ZAIN SHAH ALAM
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #7 on: October 27, 2010, 04:54:07 PM »
5) jigging

JFT May 2010 Info
Antara Stamina, Teknikal, Dan Demam;


Bekalan kepingan jig seperti ini adalah normal untuk seorang kaki jigging


Pemborong & Pengedar lebih 200 Produk keluaran Muslim
http://www.pancing.net/index.php?topic=14683.0

Offline WISE80

  • Marlin
  • *
  • Posts: 941
  • Gender: Male
  • ReD DeViL
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #8 on: October 31, 2010, 03:00:07 AM »
TQVM...
JAWAPAN YANG RINGKAS TAPI PADAT....
PENERANGAN MCM NI CUKUP SESUAI BAGI PEMANCING BARU...

KALAU ADA LAGI PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN YANG HENDAK DI KONGSIKAN
SAMA-SAMA LA KITA CORETKAN DISINI YA...

TQ SEKALI LAGI BAGI PENERANGAN TUAN2 SEMUA
zero one nine five four four one five one five :) :)

Offline luna5065

  • Bilis
  • *
  • Posts: 46
    • Email
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #9 on: November 02, 2010, 09:30:09 AM »
untuk casting.. lure air tawar ngan air masin same je ke?..  ???


Offline ahib0205

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 379
  • Gender: Male
    • AZ-ZAIN SHAH ALAM
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #10 on: November 02, 2010, 05:50:46 PM »
untuk casting.. lure air tawar ngan air masin same je ke?..  ???

ada lure yang sesuai guna untuk air masin dan air tawar dan ada lure yang khusus untuk air tawar. saya tak pakar.

minta tolong kawan-kawan yang lebih arif  ;D
Pemborong & Pengedar lebih 200 Produk keluaran Muslim
http://www.pancing.net/index.php?topic=14683.0

Offline WISE80

  • Marlin
  • *
  • Posts: 941
  • Gender: Male
  • ReD DeViL
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #11 on: November 04, 2010, 03:16:50 PM »
slmmmm
otai2...
mintak tolong jawabkan
kesian kite orang dak baru nih....
tunjuk ajar ku sifu...
zero one nine five four four one five one five :) :)

Offline luna5065

  • Bilis
  • *
  • Posts: 46
    • Email
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #12 on: November 04, 2010, 06:12:02 PM »
kalu siakap mau yang macam mana? :)


baru2 nk belajo casting kat muara nie.. orang kate banyak siakap merah.. huhu.

paling ekonomoney lure siakap nie cam ner?


Offline WISE80

  • Marlin
  • *
  • Posts: 941
  • Gender: Male
  • ReD DeViL
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #13 on: November 04, 2010, 10:22:07 PM »
kalu siakap mau yang macam mana? :)


baru2 nk belajo casting kat muara nie.. orang kate banyak siakap merah.. huhu.

paling ekonomoney lure siakap nie cam ner?

askom semua kwn nak mintak info ilmu tentang mengunakan gewang untuk siakap

harap2 ada di antara kaki2 p.net yg boleh berkongsi ilmu dgn kwn

sekian wslam 


salam,siakap jarang makan popper,
siakap sgt gilakann gewang minnow,atau selaman separa dalam..
antara minnow yang die gile macam,smith panish,rapala countdown,rapala husky jerk,rapala taildancer,pendek kata,gewang yang panjang dan slim,tapi gelek cantik,tu mmg kegilaan mereka,boleh juga kalau pakai SP!
zero one nine five four four one five one five :) :)

Offline volvos

  • Marlin
  • *
  • Posts: 3054
    • Email
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #14 on: November 05, 2010, 11:37:51 PM »
teknik bottom ada lah awalan kite bermula memancen ni hehehe...
dan teknik ni maseh kekal untuk para nelayan kite tu...

teknik casting ni satu cara mengayakan umpan tiruan atau pun umpan mati tu...

teknik jigging ada lah satu teknik kegilaan masa kini para peminat sukan memancen...

juga teknik popping pun sama satu cara memancen terkini hahaha...

Offline WISE80

  • Marlin
  • *
  • Posts: 941
  • Gender: Male
  • ReD DeViL
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #15 on: November 06, 2010, 11:12:46 PM »
yup betul tu tuan volvos
 sekarang ni mana2 pemancing yg pro akan mencuba bermacam2
teknik dan peralatan untuk memajukan lagi tahap pemancingan mereka
tapi teknik yang lama tak dilupakan

zero one nine five four four one five one five :) :)

Offline volvos

  • Marlin
  • *
  • Posts: 3054
    • Email
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #16 on: November 07, 2010, 06:00:31 PM »
yup betul tu tuan volvos
 sekarang ni mana2 pemancing yg pro akan mencuba bermacam2
teknik dan peralatan untuk memajukan lagi tahap pemancingan mereka
tapi teknik yang lama tak dilupakan


betul lah tu hehehe...
lagi pun tak semua lokasi boleh diaplikasi kan segala teknik tu hahaha...

Offline luna5065

  • Bilis
  • *
  • Posts: 46
    • Email
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #17 on: November 07, 2010, 08:37:34 PM »
boring2 aku suke mancing pakai buluh ngan pelampung gabus.. silonok dapat ikan kecik2.. seluang, anak tengas, anak semah.. goreng rangup2 fuhhhhhh... :)


Offline WISE80

  • Marlin
  • *
  • Posts: 941
  • Gender: Male
  • ReD DeViL
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #18 on: July 17, 2011, 12:39:25 AM »
boring2 aku suke mancing pakai buluh ngan pelampung gabus.. silonok dapat ikan kecik2.. seluang, anak tengas, anak semah.. goreng rangup2 fuhhhhhh... :)

 ;D ;D ;D
lama tak jengok2 topic ni... ini la topic teman mula2 belajar mengenali teknik memancing...
zero one nine five four four one five one five :) :)

Offline E kulaan

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 475
  • Gender: Male
    • Email
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #19 on: October 28, 2011, 04:32:27 PM »
tumpang lalu.. nak tambah ilmu... hehehe.....

Offline WISE80

  • Marlin
  • *
  • Posts: 941
  • Gender: Male
  • ReD DeViL
Re: APAKAH ITU TEKNIK BOTTOM, CASTING, JIGGING DAN LAIN-LAIN.....
« Reply #20 on: October 31, 2011, 09:28:42 AM »
tumpang lalu.. nak tambah ilmu... hehehe.....

silakan tuan.. jangan malu2 dan jangan segan2..
kita belajar sama2.....
zero one nine five four four one five one five :) :)