Author Topic: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam  (Read 21658 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline lemaxjr

  • Marlin
  • *
  • Posts: 676
  • Gender: Male
  • tak elok joran simpan lama-lama dalam stor.. :-)
    • Email
Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« on: November 10, 2010, 09:01:56 AM »
Salam semua ahli forum,

Untuk makluman semua forumers, saya dan kawan saya telah pun mengambil alih Kolam Batu Bata di Shah Alam. Di sini saya ingin menjemput semua ahli p.net untuk datang memancing di sana bermula Sabtu ini (13/11/2010).

Bayaran = RM 20.00 / 3 jam (minimum)
              Tambahan masa = RM 6.00/jam

Ikan :
1. Patin
2. pacu
3. Rohu
4. Tongsan
5. Leekoh
6. Baung
7. Siakap (masih ada tapi jumlah x banyak la)

Ikan boleh dibawa balik atau dijual semula kepada kolam.


rasanya tu je dulu kot..so, jemput2 la datang..bawak kawan ramai2.

sebelum terlupa, dibawah pengurusan baru ini juga, kami menyediakan kemudahan membership untuk setahun iaitu RM 50.00 untuk yuran..manakala bayaran untuk memancing adalah RM 20.00 untuk 5 jam...biasa RM 20.00 untuk 3 jam..

Untuk ahli-ahli Pancing.Net, kami memberikan anda Free Membership untuk tahun pertama ini. tapi waktu nk memancing tu, kena bgtau la nick ape kt dalam ni...heheh

akhir kata, kami di sini memohon sokongan dari tuan-tuan sekelian.

Sekian.


p/s : ada apa2 pertanyaan, sila tanya dalam ni..xpun pm pun ok..

wassalam
kalau takde geng nak mancing hujung minggu tu, koling-koling la kawan kat sini... ;-) 0126152664

Offline jejakapemalu

  • Marlin
  • *
  • Posts: 2423
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #1 on: November 10, 2010, 09:25:35 AM »
Tahniah tuan kerana mengambilalih kolam tersebut........................

semasa kolam ini dipenuhi siakap dulu saya rajin kesana, maklum la saya ni minat casting dan kalau masa akan datang akan dipenuhi siakap lagi insyaallah saya akan kesana............

Offline Ryzal Bawal hunter

  • SAPA
  • Marlin
  • *
  • Posts: 4976
  • Gender: Male
  • lelap time.....bye2
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #2 on: November 10, 2010, 09:27:50 AM »
saya kekadang hanya lalu dan singgah aje ...untuk melihat telatah pemancing kat kolam...tapi setelah tahu dibawah pengurusan baru...saya nak ucapkan tahniah....dan insyallah saya akan melawat ke kolam nie kelak.....dan menjadi ahli...
lelap time.....bye2

Offline donestone

  • Marlin
  • *
  • Posts: 1163
  • Gender: Male
  • Kalo Da Mancing Mesti Kaw2
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #3 on: November 10, 2010, 09:31:17 AM »
salam..
leh gtau lokasi@alamat kolam x?
 ;D ;D ;D ;D
No Tel : 019-7121549

Offline cooyard

  • Marlin
  • *
  • Posts: 2431
  • Gender: Male
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #4 on: November 10, 2010, 09:43:37 AM »
Tahniah bos. bertambah la port kawe g manceng kalu pi KL ;D ;D ;D
Bos letak koordinat GPS, senang skit nak cari. Kalu x ader GPS device pon bleh riki dalam google map dulu.
Selamat maju jaya.

p/s:Nak maju bissness, mesra alam jangan dilupakan, senyum sokmo. ;D
CHRonic ANgleRs oF KELantAN(CRANK77)
019 empat kosong enam lima tiga dua sembilan.

Offline teinmomo

  • Arowana
  • *
  • Posts: 10856
  • Gender: Male
  • "love it learn it "
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #5 on: November 10, 2010, 09:54:23 AM »
kt mana kolam nie ya?
area alam mega ke?
bwh kabel tnB tu ke?

byk lak tanya



Offline jat

  • Arowana
  • *
  • Posts: 10169
  • Gender: Male
  • :Pt Klang - Psir Mas:
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #6 on: November 10, 2010, 10:15:57 AM »
kt mana kolam nie ya?
area alam mega ke?
bwh kabel tnB tu ke?

byk lak tanya

kat jalan bt kemuning.
kawe dah ada komplot manceng udang laa pulak.
Dulu masa kolam ni ada banyak siakap boleh dikatakan setipa minggu dua tiga kali layan casting. antara kolam yg best casting siakap sebab airnya bagus..kaya dengan sumber mata air asli.

Tahniah utk tuan tanah!


'Berikan seseorang seekor ikan, anda memberi dia makan untuk sehari'.          
'Ajarkan seseorang menangkap ikan, anda memberi dia makan untuk seumur hidup.'

Offline teinmomo

  • Arowana
  • *
  • Posts: 10856
  • Gender: Male
  • "love it learn it "
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #7 on: November 10, 2010, 10:22:27 AM »
kt mana kolam nie ya?
area alam mega ke?
bwh kabel tnB tu ke?

byk lak tanya

kat jalan bt kemuning.
kawe dah ada komplot manceng udang laa pulak.
Dulu masa kolam ni ada banyak siakap boleh dikatakan setipa minggu dua tiga kali layan casting. antara kolam yg best casting siakap sebab airnya bagus..kaya dengan sumber mata air asli.

Tahniah utk tuan tanah!


masih x tau nk agak..........adusssss



Offline saniesaga

  • Marlin
  • *
  • Posts: 1009
  • Gender: Male
  • 012-4673553
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #8 on: November 10, 2010, 10:32:22 AM »
areo mn tuan???

Offline jejakapemalu

  • Marlin
  • *
  • Posts: 2423
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #9 on: November 10, 2010, 10:41:27 AM »
memandangkan tuan lemaxjr salah seorang pengusaha kolam memancing ingin saya tujukan beberapa soalan.

kenapakah kolam memancing berbayar tidak membenarkan lure digunakan di kolam mereka?
1-adakah takut semua ikan tertipu dengan lure
2-adakah takut tuan punya lure habiskan ikan di kolam
3-menjaga kesihatan ikan di kolam,takut mati kot(kalau guna lure mata pancing hanya sangkut di bibir ikan)
   kalau guna umpan ori ikan lagi cepat mati jika tali putus sebab ikan tertelan mata pancing.
4-lain-lain alasan.....

terima kasih ;D

Offline pancing tegar

  • AJK PNET
  • Arowana
  • ***
  • Posts: 13071
  • Gender: Male
  • Dato' Maharajalela.....A.K.A...Pasir Salak.
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #10 on: November 10, 2010, 11:11:03 AM »
tahniah tuan....
semoga maju dah maju dgn usaha tuan...

Offline jat

  • Arowana
  • *
  • Posts: 10169
  • Gender: Male
  • :Pt Klang - Psir Mas:
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #11 on: November 10, 2010, 01:00:04 PM »
memandangkan tuan lemaxjr salah seorang pengusaha kolam memancing ingin saya tujukan beberapa soalan.

kenapakah kolam memancing berbayar tidak membenarkan lure digunakan di kolam mereka?
1-adakah takut semua ikan tertipu dengan lure
2-adakah takut tuan punya lure habiskan ikan di kolam
3-menjaga kesihatan ikan di kolam,takut mati kot(kalau guna lure mata pancing hanya sangkut di bibir ikan)
   kalau guna umpan ori ikan lagi cepat mati jika tali putus sebab ikan tertelan mata pancing.
4-lain-lain alasan.....

terima kasih ;D

saya lebih tertarik pada soalan no 2 tu..mungkin ada betulnya kot..ikan cepat habis sebab penggunaan umpan tiruan ada kalanya lebih berkesan. (pendapat peribadi saja)

nanti kita tunggu tokey kolam nya jawapan pulak. ;D


'Berikan seseorang seekor ikan, anda memberi dia makan untuk sehari'.          
'Ajarkan seseorang menangkap ikan, anda memberi dia makan untuk seumur hidup.'

Offline Ryzal Bawal hunter

  • SAPA
  • Marlin
  • *
  • Posts: 4976
  • Gender: Male
  • lelap time.....bye2
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #12 on: November 10, 2010, 01:04:47 PM »
betul2....dan kimat untuk beli umpan...hidup...hehehe
lelap time.....bye2

Offline jat

  • Arowana
  • *
  • Posts: 10169
  • Gender: Male
  • :Pt Klang - Psir Mas:
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #13 on: November 10, 2010, 01:10:34 PM »
selalunya yg hentam umpan tiruan ni jnis2 ikan pemangsa je kan..kalau kolam air tawar mana ada ikan pemangsa..mustahil rasanya rohu dgn tongsan nak kejar lure.. :D
tapi kalau kolam air masin hampir semua ikan dendam kat lure..bawal je laa kalau tak nak pun :D


'Berikan seseorang seekor ikan, anda memberi dia makan untuk sehari'.          
'Ajarkan seseorang menangkap ikan, anda memberi dia makan untuk seumur hidup.'

Offline jejakapemalu

  • Marlin
  • *
  • Posts: 2423
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #14 on: November 10, 2010, 01:17:24 PM »
hehehe bang jat tu tengok kat dier punye list tu ader nampak tak pacu ngan siakap kalu baung pun hantam gak lure ni heheheheeee

Offline jejakapemalu

  • Marlin
  • *
  • Posts: 2423
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #15 on: November 10, 2010, 01:23:16 PM »
Ikan :
1. Patin
2. pacu spesis hantam lure
3. Rohu
4. Tongsan
5. Leekoh
6. Baung spesis hantam lure
7. Siakap (masih ada tapi jumlah x banyak la) spesis hantam lure

tige spesis ni hantam lure la abg jat ngheeeeee

Offline Ryzal Bawal hunter

  • SAPA
  • Marlin
  • *
  • Posts: 4976
  • Gender: Male
  • lelap time.....bye2
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #16 on: November 10, 2010, 01:40:33 PM »
hehhee....abg jat....aa lagi....seludup le umpan tiruan...mcm SP tu...hehehe
lelap time.....bye2

Offline ashhhurun

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 208
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #17 on: November 10, 2010, 01:46:02 PM »
huhu..ok gak ni.lama xpergi kolam ni sejak tokey gemuk tu xjaga kolam ni...huhuhu...dah kat 2 tahn kot aku xpergi kolam ni...ok dah ni....leh serbu kolam ni.....heheheh...nanti aku bagi nick aku kat kaunter.....xsabar dah ni.....

Offline Ryzal Bawal hunter

  • SAPA
  • Marlin
  • *
  • Posts: 4976
  • Gender: Male
  • lelap time.....bye2
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #18 on: November 10, 2010, 01:52:35 PM »
 ;D ;D
lelap time.....bye2

Offline The Devil

  • Bilis
  • *
  • Posts: 24
  • Gender: Male
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #19 on: November 10, 2010, 03:47:26 PM »
Salam semua ahli forum,

Untuk makluman semua forumers, saya dan kawan saya telah pun mengambil alih Kolam Batu Bata di Shah Alam. Di sini saya ingin menjemput semua ahli p.net untuk datang memancing di sana bermula Sabtu ini (13/11/2010).

Bayaran = RM 20.00 / 3 jam (minimum)
              Tambahan masa = RM 5.00/jam


* ada pembetulan sikit. Tuan Lemaxjr minta saya tolong post kan...jumpa disana kenkawan, Jackpot mlm minggu (sabtu) ni. ;D

Offline teinmomo

  • Arowana
  • *
  • Posts: 10856
  • Gender: Male
  • "love it learn it "
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #20 on: November 11, 2010, 01:00:54 AM »
cmne cara nk dapatkan membership tu?



Offline lemaxjr

  • Marlin
  • *
  • Posts: 676
  • Gender: Male
  • tak elok joran simpan lama-lama dalam stor.. :-)
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #21 on: November 11, 2010, 09:29:50 AM »
Salam semua..

terima kasih di atas sokongan yg diberikan...

Jejakapemalu - Terima kasih tuan..siakap masih ada kt kolam ni tp jumlahnye sikit je la..buat masa skrg ni, xde perancangan lg utk tmbh siakap..insyaallah kalo ada sambutan, maybe boleh ditambah..

Tuan Ryzal - Terima kasih tuan. Semoga pengurusan baru ni berjaya.. 

Donestone - Ni alamat dia : Lot 1285 Jalan Batu Bata, Seksyen 35 40470 Shah Alam..map akan saya masukkan secepat mungkin..

Cooyard - Insyaallah saya akan masukkan map asap..mesra alam dan mesra pelanggan..heheh

Jat - Betul tu tuan..kalo ada sambutan utk siakap, mungkin saya akan tambah stok tapi bkn dlm masa terdekat ni la..

Jejakapemalu - ini pandangan saya la..sebenarnya kebanyakan tuan kolam x bagi guna lure sebab utk jaga kesihatan ikan tu..xnk bagi luka-luka, sbb kalo luka ikan cpt mati..sy x nafikan kalo sebaliknya pun, ikan akan luka. Cuma kebarangkalian tu kecik la skit..rasanya kalo nk kata ikan habis di kolam, mcm x munasabah sbb tuan kolam akan tmbh stok setiap minggu..tuan kolam lg suka kalo ikan cpt habis..ye la dpt sambutan bagus dr pemancing..yg penting kepuasan pemancing sbnrnya..ini Cuma pandangan saya la..kalo salah mintak dimaafkan..

Pt - tengkiu tuan pt..samala kita..semoga maju bersama...

Ashhurun - datang tuan jgn x dtg...hehehe

Teinomom - Yg ni dlm perbincangan lg..blm tetap lg..tp esk saya akan update pasal benda ni...
kalau takde geng nak mancing hujung minggu tu, koling-koling la kawan kat sini... ;-) 0126152664

Offline Ryzal Bawal hunter

  • SAPA
  • Marlin
  • *
  • Posts: 4976
  • Gender: Male
  • lelap time.....bye2
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #22 on: November 11, 2010, 09:40:11 AM »
insyallah ada masa nanti malam pertandingan tu...saya datang ke kolam tuan....untuk melawat dan menjadi ahli..hehhe
lelap time.....bye2

Offline jat

  • Arowana
  • *
  • Posts: 10169
  • Gender: Male
  • :Pt Klang - Psir Mas:
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #23 on: November 11, 2010, 10:07:09 AM »
insyallah ada masa nanti malam pertandingan tu...saya datang ke kolam tuan....untuk melawat dan menjadi ahli..hehhe

jumpa kat sana zal.. ;D


'Berikan seseorang seekor ikan, anda memberi dia makan untuk sehari'.          
'Ajarkan seseorang menangkap ikan, anda memberi dia makan untuk seumur hidup.'

Offline Ryzal Bawal hunter

  • SAPA
  • Marlin
  • *
  • Posts: 4976
  • Gender: Male
  • lelap time.....bye2
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #24 on: November 11, 2010, 10:10:59 AM »
insyallah.....
lelap time.....bye2

Offline jejakapemalu

  • Marlin
  • *
  • Posts: 2423
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #25 on: November 11, 2010, 10:21:47 AM »


Jejakapemalu - ini pandangan saya la..sebenarnya kebanyakan tuan kolam x bagi guna lure sebab utk jaga kesihatan ikan tu..xnk bagi luka-luka, sbb kalo luka ikan cpt mati[/color]..sy x nafikan kalo sebaliknya pun, ikan akan luka. Cuma kebarangkalian tu kecik la skit..rasanya kalo nk kata ikan habis di kolam, mcm x munasabah sbb tuan kolam akan tmbh stok setiap minggu..tuan kolam lg suka kalo ikan cpt habis..ye la dpt sambutan bagus dr pemancing..yg penting kepuasan pemancing sbnrnya..ini Cuma pandangan saya la..kalo salah mintak dimaafkan..



terimakasih tuan lemaxjr atas pendapat yang diberikan mewakili tokey kolam.......

saya bukan apa cuma nak bagi pendapat supaya caster yang mengunakan lure seperti saya tidak terpinggir dari merasa tarikan ikan kolam menggunakan lure.

pada caster macam saya terdetik juga dihati ingin memancing dikolam dan masaalahnya semua kolam tidak membenarkan lure digunakan dikolam mereka.

mengenai kecederaan ikan semasa memancing saya rasa teknik memancing menggunakan lure lagi rendah kecederaan pada ikan berbanding dengan lain2 teknik cuma kelemahan yang ketara trend lure caster dimalaysia ini adalah mengunakan line yang kecil dan ini tak salah sebenarnya cuma menganggu pemancing lain sahaja.masaalah ini boleh diselesaikan.

cuba tuan jelaskan apa yang saya boldkan tu,apakah jenis kecederaan ikan bila mengunakan lure sebab guna lure tak sama dengan kaki sembat.

apa kata tuan jadi pelopor tokey kolam pertama yang membenarkan pancingan mengunakan lure dikolam tuan(kolam lain dah ada sebenarnya tapi dorang praktikkan CnR)pada ikan dikolam tersebut. apa kata tuan tetapkan untuk semua jenis lure yang digunakan hanya single hook dibenarkan,treble hook sama sekali diharamkan. kalu nak lagi best barbless hook cuma yang ni orang yang betul2 pakar sahaja dapat menewaskan ikan dan kelebihanya kecederaan paling minimum pada ikan.tapi kalau ikan yang dipancing berakhir didalam kuali atau periuk buat apa nak fikirkan sangat pasal kecederaan sewaktu memancing lain la nak CnR.....betul tak?

terimakasih.................

Offline siakap_78

  • Marlin
  • *
  • Posts: 710
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #26 on: November 11, 2010, 10:47:18 AM »
good moningg TOKEEE....ikan dah masuk brp byak setiap spesis...tlg senarai jumlah setiap spesis ikan dimasukkan...permulaan take over brapa TAN keseluruhan ikan dimasukkan??...jgan lupa update setiap kali masukkan ikan beserta jumlah/kg...bleh la bajet bila ikan nak bukak mulut...kolam ni bleh tahan lebar n dlmnyaa...so kena isi ikan dgan jumlah yg byak(DEPANT PADA MODAL TOKE LE)...bakk kata pemancing kolam mengelegak dgan ikan..byak ikan dr air...xdapt pun xpe dah syokk/jiwa xkacau bila tgk ikan main airr...nk bagi meriah  kolam kasi masuk patin saiz L-XXL(skrng susah cr.. rjin2 tanye supplier) semaksimum..don't worry ini ikan lambat makan..tgk ni patin "mandii" compom klau ada customer yg bangau xleh nak bising kata "IKAN TALAKK"....anywayy selamat maju jaya ;) 8)

Offline scot

  • Marlin
  • *
  • Posts: 1567
  • Gender: Male
  • mencari pengalaman
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #27 on: November 11, 2010, 11:15:27 AM »
salam....mintak tulun tuan tanah upload map ke kolam tu...
nak jugak membantu memeriahkan kolam tuan.... ;)

Offline jejakapemalu

  • Marlin
  • *
  • Posts: 2423
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #28 on: November 12, 2010, 11:54:05 AM »
Bump!!!!!!!!!!!!!!sejuta kali :D

Offline lemaxjr

  • Marlin
  • *
  • Posts: 676
  • Gender: Male
  • tak elok joran simpan lama-lama dalam stor.. :-)
    • Email
Re: Kolam Pancing Batu Bata, Shah Alam
« Reply #29 on: November 13, 2010, 10:11:52 AM »
salam semua ahli p.net,

Tuan jejakapemalu,

Sebenarnya ini adalah pandangan saya sendiri berdasarkan teori yg diperolehi secara tidak rasmi oleh percakapan antara pemancing. Saya tidak nafikan bahawa saya masih kekurangan ilmu berkenaan sukan memancing ini tetapi dari masa ke semasa saya akan menambah pengalaman dan pengetahuan saya. Harap tuan dapat berikan sokongan. Sila beritahu saya jika ada saya tersilap langkah atau ketidakpuashatian di kalangan tuan.

Berkenaan cadangan tuan itu, pihak kami akan menimbangkan perkara tersebut dari masa ke semasa kerana cadangan ini amat baik sekali. Maklumlah mmg jarang kita lihat kolam membenarkan penggunaan lure ini. (ini dari pengamatan saya je la..bukan fakta)

Akhir kata, terima kasih di atas pandangan dan cadangan tuan. Semoga tuan dapat memberikan sokongan kepada kami.

Jemput datang ye nti...

Siakap_78 - Untuk permulaan, kami hanya memasukkan tiga jenis ikan sahaja dahulu iaitu tongsan (100kg), pacu (200kg) dan rohu (200kg). Mmg kalau dilihat dari segi saiz kolam, jumlah ikan ini adalahh amat sedikit tetapi ikan akan ditambah setiap minggu.

Terima kasih tuan atas cadangan tu..mmg dlm perancangan kami nk masukkan ikan mega2 pulak lps ni..ye la tgk pemancing dpt pun sdh syok..

Scot - Map akan dimasukkan scpt yg mungkin...

Akhir kata, jemput2 la datang kolam ye...kalau tuan2 ada cadangan atau komen, sila maklumkan kpd kami...x kira la buruk ke baik ke..janji pemancing hepi....

wassalam
kalau takde geng nak mancing hujung minggu tu, koling-koling la kawan kat sini... ;-) 0126152664