Ikan-ikan Gergasi...

(1/8) > >>

Akhil Fateh:
PART-1

Ikan apakah yg sebenar-benarnya dikategorikan sebagai ikan gergasi di muka bumi ini...?
Dan mengapakah ia mampu membesar sedemikian rupa...?

          Bagi kita persoalan ini agak pelik memandangkan ada ikan bertaraf gamefish terhebat seperti mersuji dan tuna sirip biru yg boleh menjangkau saiz gergasi.Misalnya tuna sirip biru Atlantik dilaporkan berskala lebih 700kg.Malah rekod mersuji hitam dan biru juga telah melepasi angka ini.Mersuji besar pernah ditimbang dgn mersuji biru(blue marlin) seberat 819kg yg ditangkap sekumpulan pemancing di perairan Hawaii pada 1970.Bagaimanapun ikan sunfish hampir pasti sebagai ikan brtulang paling besar kerana ada sesetengah specimen ini yg dianggar seberat 1000kg atau lebih.Saiz ini mungkin mengagumkan,tetapi sbnarnya dikerdilkan oleh satu lg kumpulan ikan yg utama iaitu ikan2 berawan(cartilaginous fishes).Kumpulan ikan ini yg juga dipanggil 'elasmobranch' ini termasuklah yu dan pari.Mereka dikategorikan dibawah label ikan berawan kerana rangkanya trdiri dari rawan sepenuhnya,bukan tulang(ikan bertulang dipanggil teleost.Ikan bertulang dianggap lebih maju berbanding yu dan pari kerana ia terdiri dari lebih 24000 spesis di plenet Bumi berbanding hanya beberapa ratus spesis yu dan pari.Walaupun demikian yu dan pari juga wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz,dari saiz yu pygmy dewasa sekerdil 20cm sehinggalah ikan terbesar di samudera raya yg tiada tandingan iaitu tu paus yg makan secara menapis filter feeder.... [PART 1]

jat:
salam abangsayang,
pendapat saya..saiz ikan bergantung pada faktor persekitaran sama ada dari segi keluasan habitat di perairan dan pemakanan.

tarpon atau ikan bulan..di semenanjung saiznya sekadar bawah sekilo hingga 5 kg..tapi kat borneo ianya menjangkau 5 - 10kg, perairannya pun lebih luas. ambil tempat yg lagi luas seperti di perairan kanada dan australia..spisis ni menjangkau 50kg seekor. sama gak spisis siakap air tawar dan siakap air masin.

ikan2 besar kebanyakannya berada di perairan atlantik dan pasifik..yellow fin tuna, jerung, ikan paus dan mcm2 lagi..di perairan selat melaka skop yg lebih kecil susah nak jumpa spisis ni, boleh dikatakan tiada. di laut china selatan pulak kebanyakan ikan adalah lebih mega. luasnya habitat bermakna banyaklah makanan. betul tak?? ;D

Akhil Fateh:
Yer...betul tu jat...luasnya habitat bermakna banyakla makanannya...
apapun nnt kita sambung di part 2 pula....

deviljinz:
ada org cakap kalu ikan saiz dari 2 meter dah kira gergasi. xtau betul ke tidak bab slalu gak nengok monster river kat ngc.  ;D

mR_o:
syok tgk national geographic channel hooked psl monster of fish..layannn

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page