Pisau pilihan korang

<< < (20/23) > >>

cengkih:
Quote from: jman on September 16, 2012, 08:19:40 AM

Pisau ni saya tempah daripada tukang pisau di Bukit Badong, Batang Berjuntai. Harga pisau dan sarung kayu ciku kalau tak silap RM60 aje. Kaedah yg diguna ialah 'stock removing'. Mata pisau diperbuat daripada besi mata 'band saw'. Tak mudah berkarat macam besi spring, tak mudah tumpul dan lambat tajam kalau diasah sebab besinya sangat keras. Cuma matanya nipis sebab dibuat daripada mata 'band saw'. Sangat sesuai utk melapah kulit lembu tetapi sangat tidak sesuai untuk menakik batang pokok  ;D



Kalau ada sesiapa nak menempah parang atau pisau daripada 'housing bearing' (bukan daripada ball bearing), boleh tempah daripada tukang besi di Pasir Penambang, Kuala Selangor. Bawa saja bearing (yg bersaiz besar lagi bagus kalau nak buat parang) dan jangan lupa bawa 'template' bentuk parang daripada kertas. Dengar cerita, housing bearing Land Rover lama adalah antara yg terbaik. Tukang pisau yg terkenal Ed Fowler dari America Syarikat membuat pisau daripada besi yg sama dengan housing bearing dan harganya mencecah ribuan ringgit. Cuma saya rasa tukang besi di Kuala Selangor tidak menjalankan proses 'tempering' @ membaja. Saya tidak pernah nampak dia menjalankan proses ni semasa saya mengeraskan @ hardening mata kapak saya di kedai tu.



Hebat ni tuan....bukan takat lapah kulit, sembelih lembu  3 ekor sekaligus selamba jer. Ada kawan pakai bahan sama buat kapak buleh belah batu. Setuju, rasanya tukang tu hanya membentuk dan menajam tapi tidak mencanai besi.
Tabik ...

haslah:
Sapa-sapa berminat nak beli pisau cengini, PM teman.

mancasting75:
Quote from: maie69 on May 13, 2012, 04:14:54 PM

Quote from: armaged on December 07, 2011, 12:05:25 AM

Quote from: ToReX on December 06, 2011, 11:40:36 PM

ttg rege sy mmg xpasti sbb tgk je pisau 2
xtgk tag harga plak sbb kagum gak bila
columbia wat produk baru klu betul la dr
columbia hehehe


kalau bawah seratus tu SR columbia china...boleh tahan gak qualitas


Ya ka ... saya ada beli 2 bilah tapi cop kat mata pisau tu tulis USA. Beli pun sebab 3 bilah AK-47 tu semuanya telah dibeli kawan-kawan yang berminat.

Ni jenis yg ada tulis US Saber tu ker..ader org juai kat Masjid Darul Ehsan  Subang Jaya kalu tak silap RM35.00 siap sarung..cun gak

jman:
Pisau yg berjenama ni saya tengok kat ebay ada tiga kategori/jenis walaupun rupa dan jenama sama. Kalau yg dijual dan didakwa dibuat di Amerika Syarikat harganya paling mahal. Kategori kedua, origin dari China atau Taiwan dan dijual oleh orang Amerika, harganya murah sikit daripada yg pertama dan yg dibuat di China/Taiwan/Hong Kong dan dijual oleh orang sana, harganya paling murah dan kadang-kadang pos percuma. Tak tahu mana yg paling baik sebab tak pernah beli ketiga-tiga ketegori tersebut. Kalau ada tuan-tuan yg pernah beli dan guna boleh kongsi pengalaman.

caldia X:
Quote from: cengkih on September 18, 2012, 02:08:46 PM

Quote from: jman on September 16, 2012, 08:19:40 AM

Pisau ni saya tempah daripada tukang pisau di Bukit Badong, Batang Berjuntai. Harga pisau dan sarung kayu ciku kalau tak silap RM60 aje. Kaedah yg diguna ialah 'stock removing'. Mata pisau diperbuat daripada besi mata 'band saw'. Tak mudah berkarat macam besi spring, tak mudah tumpul dan lambat tajam kalau diasah sebab besinya sangat keras. Cuma matanya nipis sebab dibuat daripada mata 'band saw'. Sangat sesuai utk melapah kulit lembu tetapi sangat tidak sesuai untuk menakik batang pokok  ;D



Kalau ada sesiapa nak menempah parang atau pisau daripada 'housing bearing' (bukan daripada ball bearing), boleh tempah daripada tukang besi di Pasir Penambang, Kuala Selangor. Bawa saja bearing (yg bersaiz besar lagi bagus kalau nak buat parang) dan jangan lupa bawa 'template' bentuk parang daripada kertas. Dengar cerita, housing bearing Land Rover lama adalah antara yg terbaik. Tukang pisau yg terkenal Ed Fowler dari America Syarikat membuat pisau daripada besi yg sama dengan housing bearing dan harganya mencecah ribuan ringgit. Cuma saya rasa tukang besi di Kuala Selangor tidak menjalankan proses 'tempering' @ membaja. Saya tidak pernah nampak dia menjalankan proses ni semasa saya mengeraskan @ hardening mata kapak saya di kedai tu.



Hebat ni tuan....bukan takat lapah kulit, sembelih lembu  3 ekor sekaligus selamba jer. Ada kawan pakai bahan sama buat kapak buleh belah batu. Setuju, rasanya tukang tu hanya membentuk dan menajam tapi tidak mencanai besi.
Tabik ...



   best nie.... ;D ;D ;D ;D

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

[*] Previous page