Pancing.Net
October 21, 2014, 06:46:36 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News:
 
  Home   Forum   Help Search Calendar Login Register  
Pages: 1   Go Down
  Print  
Author Topic: Tip Umpan: Buah mengkudu umpan ikan air tawar  (Read 1274 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
River_Monster
Jemuduk
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 167


Time Cuti.. tunggu apa lagi... PANCING Arr!


Email
« on: January 16, 2011, 02:26:05 PM »

Tip Umpan: Buah mengkudu umpan ikan air tawar

BUAH Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia, cukup sinonim dengan kaki pancing yang giat memburu ikan bersisik seperti lampam, terbol, pucuk pisang dan kaloi yang dikatakan gemarkan buah ini. Buah berkenaan berwarna hijau atau putih susu ketika muda dan perang selepas masak. Buah ini juga mengeluarkan bau busuk seakan keju masam selepas gugur dari pokoknya.

BUAH Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia, cukup sinonim dengan kaki pancing yang giat memburu ikan bersisik seperti lampam, terbol, pucuk pisang dan kaloi yang dikatakan gemarkan buah ini.

Buah berkenaan berwarna hijau atau putih susu ketika muda dan perang selepas masak. Buah ini juga mengeluarkan bau busuk seakan keju masam selepas gugur dari pokoknya.

Lazimnya buah ini tergolong dalam famili Rubiaceae ini berbentuk sedikit melengkung dan bersaiz telur ayam dan mudah didapati di sekitar kawasan kampung, tepi sungai atau pinggir hutan.


Tinggi pokoknya iaitu kira-kira empat hingga lima meter dan dahannya bengkang-bengkok serta mempunyai daun yang tebal dan hijau berkilat.

Selain digunakan sebagai umpan memancing, buah ini yang sudah dikomersialkan ini turut memiliki khasiat yang menakjubkan untuk tubuh badan bagi penggemar jusnya.

Taburannya yang begitu banyak sekitar Asia Tenggara menyebabkan segelintir pengusaha menanamnya untuk dijadikan bahan ubat-ubatan dan kosmetik.

Dalam jurnal yang dipaparkan dalam internet, khasiatnya sungguh banyak iaitu mempunyai pelbagai zat yang mampu mengekang tekanan darah tinggi serta kanser.

Di arena memancing pula, cara buah mengkudu ini digunakan sebagai umpan iaitu dengan menghiris berbentuk dadu kecil. Ketulan ini kemudiannya dicucuk seperti sate pada perambut tunggal sepanjang setengah depa.

Selain itu, kaedah lain iaitu menggunakan sebiji buah mengkudu masak ranum yang dicangkukkan mata kail rambai turut berupaya menjinakkan ikan air tawar.

Difahamkan, bau busuknya menyebabkan ikan bersisik mudah mengesannya dan masa dulu buah ini menjadi umpan pilihan bagi masyarakat kampung selain buah sawit dan buah ara.

Menurut penggemar yang pernah menggunakan umpan ini, buah mengkudu masak ranum mampu menjerat ikan bersaiz lebih daripada sekilogram.

Lubuk pancing di kawasan sungai semula jadi menjadi pilihan pemancing kerana selain menjadi habitat ikan bersisik ini, buah mengkudu mudah didapati di sekitar kawasan berkenaan.
Logged

Selalu Lepaih Geram tang Kolam Joran Rimba Tekala, Semenyih.. kekadang kat Sukida @ Seri Bayu ..
Pancing.Net
« on: January 16, 2011, 02:26:05 PM »

 Logged
pemancingsepi
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1187



Email
« Reply #1 on: January 16, 2011, 02:40:37 PM »

info yg menarik...
terima kasih kerana berkongsi maklumat
Logged

membaca untuk mengetahui dan bertanya untuk memahami
River_Monster
Jemuduk
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 167


Time Cuti.. tunggu apa lagi... PANCING Arr!


Email
« Reply #2 on: January 16, 2011, 03:03:35 PM »

info yg menarik...
terima kasih kerana berkongsi maklumat

Sama-sama Bro..
Logged

Selalu Lepaih Geram tang Kolam Joran Rimba Tekala, Semenyih.. kekadang kat Sukida @ Seri Bayu ..
Pages: 1   Go Up
  Print  
 
Jump to:  


Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.19 | SMF © 2013, Simple Machines
SMFAds for Free Forums
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
SimplePortal 2.3.2 © 2008-2010, SimplePortal