Author Topic: Pancing Ketarap/Bayan Pinggir Pantai/Pulau  (Read 3921 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline w_amildin

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 243
  • Gender: Male
  • johorfishingtribe
    • Wan Ngail/Pancing
    • Email
Pancing Ketarap/Bayan Pinggir Pantai/Pulau
« on: April 14, 2009, 12:25:57 PM »
A.alaikum kenkawan..

Ketarap atau bayan merupakan satu spesis yang menghuni kawasan karang pinggir pantai. Diet pemakanan spesis ini ialah ketam dan udang. Kadang2 sotong juga boleh digunakan. Ketam bakau/nipah merupakan umpan terbaik. Ikan ini kebiasaannya berikan perlawanan yang hebat sekiranya dipancing dipersisiran pantai dengan kedalaman bawah 10 meter tapi tekanan dilaut dalam akan mengurangkan daya kekuatan ikan ini.

Set pancing yang sesuai untuk duga ikan ini ialah set heavy atau set medium tapi biarlah joran yang keras dan pendek. Untuk spesis skala 5kg ke atas reel yang boleh masukkan mainline lebih 50lb diperlukan kerana ikan ini sangat kuat. Kekuatannya kita boleh layan tapi yang menjadikan susah kerana ia tinggal dalam karang jadi bila umpan mengena kita kena tahan renangannya supaya tak dibawa masuk dalam karang. Perambut keras 80lb-100lb boleh digunakan untuk menahan asakan ikan dan paling penting sekali dapat bertahan sekiranya terkena hujung karang yang tajam. matakail pula kawan gunakan yang jenis bilahnya tebal supaya tahan patah atau lengkang. Perambut tidak perlu panjang sangat cukup sekadar 2 kaki dan tidak memerlukan steel wire.

Ketam nipah hidup ini terlebih dahulu dimatikan pastu dikopek cengkerang dibahagian atasnya. potong 4 bahagian sekiranya saiz besar dan ketuk kakinya biar pecah biar aromanya keluar untuk menarik ikan tersebut. Umpan ini biasanya hanya dimakan oleh ikan ketarap/bayan dan kaci sahaja. Sebaiknya ketam ini dibawa dalam keadaan hidup untuk mengelakkannya rosak bila nak digunakan.

Setelah umpan dicangkut dimatakail, turunkan perlahan lahan kedasar. Bila sudah jejak dasar gantungkan setinggi 2 kaki dari dasar. Setkan drag ke maksima dan pegang dengan kuat dan sentiasa dalam keadaan bersedia. Biasanyanya ikan ini kalau makan umpan akan terlebih dahulu masukkan kedalam mulutnya dan akan pecahkan ketam tersebut barulah berenang masuk kedalam karang. Jadi bila terasa pergerakan joran yang lembut tu kita kena pegang kuat2 tapi jangan rentap dulu. Bila terasa joran kita ditarik sikit barulah kita hook up dan tahan jangan dikarau. Bila terasa ikan sudah agak lemah barulah kita karau dan naikkan kebot.

Kenapa kita kena tahan aje selepas kita hook up???. Pertanyaan ini selalu diajukan pada kawan. Kita jangan lupa bahawa lokasi pancing spesis ini dikelilingi karang2 yang besar dan tinggi. Pancing kita dalam keadaan regangan dan tegangan yang tinggi semasa ikan tarik pancing kita jadi akan terguris dan putus dengan cepat bila terkena hujung karang yang tajam tetapi kalau kita tahan saja ia masih terkena juga hujung karang tersebut tapi tidak terguris kerana tali tak bergerak. pastu bila ikan sudah agak lemah sikit barulah kita karau. bila sudah naik atas bot kenkawan kena berhati hati bila nak tanggalkan mata pancing kerana ia akan meronta dan mata pisau kat bahagian pipinya boleh melukakan tangan kita.

Banyak lagi tip, info dan pengalaman pancing boleh dikongsi dalam website kawan.
wamildin.multiply.com
http://jft.com.my/forum/
Andai dunia ini masih dianggap berharga,
bukankah akhirat itu jauh lebih berharga dan mulia.
Andai jasad ini memang diciptakan untuk mati,
maka bukankah mati di jalan Allah lebih mulia.

Offline jebatjohor

  • Marlin
  • *
  • Posts: 2131
  • Gender: Male
    • Email
Re: Pancing Ketarap/Bayan Pinggir Pantai/Pulau
« Reply #1 on: April 19, 2009, 09:09:37 AM »
nak kena hafal tips ni, nak gi layan ketarap nnti... thanks byk2 cik wan for the info..
From Angler To Angler For angler.. hasnol 012-7353543
JFT angler

Offline ma_d_dungun

  • Marlin
  • *
  • Posts: 648
  • Gender: Male
  • .
    • Email
Re: Pancing Ketarap/Bayan Pinggir Pantai/Pulau
« Reply #2 on: April 19, 2009, 09:31:14 AM »
betul tu saya sokong....
'slumber jer sokmo'
    013-9501991 @ 013-9986992

Offline harriemaulana

  • Marlin
  • *
  • Posts: 2326
  • Gender: Male
  • Ipoh 016.555.5979 010.546.5979
    • Email
Re: Pancing Ketarap/Bayan Pinggir Pantai/Pulau
« Reply #3 on: May 08, 2009, 01:10:59 AM »
Mmg enjoy layan bayan nihhh tapi teman belom penah naikkan yg lebih dari 2kg setakat nihh
mngkin tempat yg teman randuk tuhh agak cetek jadi saiz bayannyerr tak laa besor2 sangat
tapi itu pun fight gilerrr ;)

Offline danielaz

  • Bilis
  • *
  • Posts: 3
    • Email
Re: Pancing Ketarap/Bayan Pinggir Pantai/Pulau
« Reply #4 on: March 30, 2010, 02:44:17 PM »
tempat lain tak ada kee