Pancing.Net
April 23, 2014, 02:56:30 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News:
 
  Home   Forum   Help Search Calendar Login Register  
Pages: 1   Go Down
  Print  
Author Topic: Pancing Tenggiri Waktu malam Gelap  (Read 8476 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
w_amildin
Tenggiri
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 243


johorfishingtribe

w_amildin@yahoo.com wan w_amildin
WWW Email
« on: April 14, 2009, 12:31:51 PM »

A.alaikum Kenkawan.

Tenggiri seperti mana semua sudah tahu merupakan spesis yang agresif dan kuat. Giginya yang tajam boleh putuskan steel wire 100lb dalam keadaan tegang. Kawan dah kongsikan dengan kenkawan berkenaan memancing tenggiri diwaktu siang jadi kali ni kawan nak kongsikan bagaimana untuk memancing tenggiri diwaktu malam. Ikan tenggiri tidak nampak dalam gelap jadi kita per berikan bantuan cahaya sekiranya nak mancing ikan ini diwaktu malam yang gelap. Lampu flouresent diperlukan untuk tarik ikan kebot dan menampakkan bayangan umpan yang kita sediakan.

Umpan yang besar spt ikan Kembung, Selar, Alu2 dan Tongkol bersaiz besar lebih efektif kerana lagi besar umpan lagi jelas pada penglihatan ikan. Drift tidak sesuai dalam keadaan malam yang gelap melainkan menggunakan umpan sotong hidup kerana sotong hidup memang sudah ada cahaya sendiri diwaktu malam. Drift boleh dipraktikkan sekiranya malam tersebut bulan terang tetapi sekiranya malam gelap hanya satu keadah saja yang sesuai iaitu pancingan separuh kedalaman air dibawah cahaya lampu.

Set pancing medium dengan mainline, perambut, steel wire dan matakail berapa besarpun tidak menjadi masalah. Perambut mono sepanjang 1 meter setengah disambung ke steelwire panjang 1 kaki yang telah diikat 2 matakail jarak 6inci antara satu matakail. Gunakan tiub atau rangung dan batu ladung. Turunkan umpan separuh kedalaman air pastu biarkan ia dibawah cahaya lampu.

Pancing tenggiri diwaktu malam begini memerlukan skill yang berbeza dari waktu siang kerana ikan tenggiri waktu malam makan umpan dalam keadaan menjunjung. dimana tenggiri datang dari bawah dan makan umpan pastu dibawa naik ke atas. Bila saja perambut tegang dan tertarik ladung ia akan gigit apa yang terikat pada makanannya jadi kalau kita tak tegangkan mainline dan tak hook up waktu ini pasti perambut kita sudah putus sedangkan joran kita tak ada tanda2 umpan dimakan ikan.

Bagaimana kita nak tahu masa yang sesuai untuk buat hook up?Huh. Cuba fahami betul2 penerangan yang kawan berikan ini. Waktu malam gelap kita kena gunakan ladung yang berat supaya umpan berada dibawah lampu yang dipasang atas bot jadi umpan betul2 kena berada dibawah bot. Bila kita menggunakan ladung yang berat hujung joran kita ada lendut sedikit kan? Hujung joran itulah yang menjadi panduan untuk kita bila masa ikan dah makan umpan dan masa yang sesuai untuk hook up. Sentiasa perhatikan lenturan hujung joran sekiranya lenturan naik menjadikan joran kita lurus seperti tiada beban menandakan tenggiri sudah junjung ladung kita jadi tegangkan tali dengan cepat sehingga terasa berat pastu terus hook up. Bila dah hook up barulah ikan dibawah itu akan agresif dan rentap pancing kita denagn kuat dan berenang laju. Layanlah seperti mana kita mancing waktu siang. Insyaallah kenkawan dapat naikkan ikan tersebut.

Ikan tenggiri yang makan malam kebiasaannya jenis yang bagak2 skala 8kg keatas jadi perlawanannya juga boleh tahan..
Logged

http://jft.com.my/forum/
Andai dunia ini masih dianggap berharga,
bukankah akhirat itu jauh lebih berharga dan mulia.
Andai jasad ini memang diciptakan untuk mati,
maka bukankah mati di jalan Allah lebih mulia.
Pancing.Net
« on: April 14, 2009, 12:31:51 PM »

 Logged
speedrider
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 703


sikayzie
WWW Email
« Reply #1 on: April 14, 2009, 12:50:02 PM »

tq bang Wan.

Bagaimana dengan jigging pada waktu malam (berdasarkan keadaan tenggiri yang akan makan dalam keadaan menjunjung)
Adakah dengan menggunakan lure jig luminous?
Logged

w_amildin
Tenggiri
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 243


johorfishingtribe

w_amildin@yahoo.com wan w_amildin
WWW Email
« Reply #2 on: April 14, 2009, 05:47:40 PM »

jig diwaktu malam sama saja spt mana kita praktik di waktu siang. luminous jig pasti akan dikejar tenggiri kerana bercahaya dalam air
Logged

http://jft.com.my/forum/
Andai dunia ini masih dianggap berharga,
bukankah akhirat itu jauh lebih berharga dan mulia.
Andai jasad ini memang diciptakan untuk mati,
maka bukankah mati di jalan Allah lebih mulia.
speedrider
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 703


sikayzie
WWW Email
« Reply #3 on: April 14, 2009, 09:18:24 PM »

terima kasih untuk panduan ni bang. tq
Logged

mudim
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1058


To be happy people... go fishing -Ganbatté-


« Reply #4 on: April 14, 2009, 09:29:21 PM »

mekasih bang wan... saya akan praktik kan masa di pipe line nanti...

info yang cukup berguna... Wink
Logged

En. Sham
Mod.Laman Ini
Marlin
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 752


http://img212.imageshack.us/img2
WWW
« Reply #5 on: April 14, 2009, 09:34:27 PM »

Dgr citer bro....baru balik dari sedili.....menarik ka?
Logged


...........Ngail Sokmo.........
- 012 3685116 -

http://www.rm20segera.com/?r=jomlajoin
http://www.jutawanfreedom.com
man rsa
Bilis
*
Offline Offline

Posts: 35


« Reply #6 on: April 14, 2009, 11:17:56 PM »

tima kasih byk2 bang, maklumat yg diberi amat berguna. selama ni x pernah pn tau cara2nya. cdg nk g candat bln 5 ni blh gak cuba. hajat bsr tp ni la bru first time nk pancing laut. x tau pn mcm mana keadaannya. sblm ni trn candat je tp dpt ikan yu. Sad
Logged
w_amildin
Tenggiri
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 243


johorfishingtribe

w_amildin@yahoo.com wan w_amildin
WWW Email
« Reply #7 on: April 14, 2009, 11:57:29 PM »

pergi sedili sabtu lepas hasil kurang kerana angin kubur atau lebih dikenali angin penutup masih ada. angin timur laut ini beralun sampai kedasar menyebabkan karang2 diliputi pasir dan lumpur. hanya 2 ekor tenggiri saja kami dapat.
Logged

http://jft.com.my/forum/
Andai dunia ini masih dianggap berharga,
bukankah akhirat itu jauh lebih berharga dan mulia.
Andai jasad ini memang diciptakan untuk mati,
maka bukankah mati di jalan Allah lebih mulia.
gestapo
Pelata
*
Offline Offline

Posts: 102


Email
« Reply #8 on: June 12, 2013, 12:23:45 PM »

INTERESTIM
Logged
farzeli68
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1434


H/p : 0197361900 (buka 24 jam)


Email
« Reply #9 on: June 12, 2013, 09:31:44 PM »

terima kasih tuan kerana memberi info berguna kepada kekawan yang masih mencari kaedah terbaik memikat tengiri pada waktu malam.

Pengalaman hambo bab tu tak ler banyak tapileh kongsi juga sikit..apa yang diperkatakan oleh tuan hamba memang betul tu..cuma saya nak tambah :

1..Ikan tenggiri makan malam memang banyak berlaku bawah lampu dan saiz bagak2 punya.daya tarikan usah cakap ler.....yang jadi masalahnya kekawan sebelah menyebalah perlu cepat karau (sebab tali kail bawah bot jer)...sekali dia pusing bot..3-4-5-6 batang jorang dia lelong nanti.kalu lambat tali pancing lain nanti jadi megie..pakat dok buka tali lak masa tu buang masa (perlu ingat time ikan makan tak lama, time tu ler paling berharga) so kalu dok pakat betulkan tali yang kusut merupakan satu kerugian..

2.  Kaedah memasang mata pada stell...saya kerap guna mata 3 dalam kes ni...bila tenggiri ngap..minta maaf ya jarang terlepas dan kuasa juang ikan ini kurang sikit kerana ikan tak leh nak tutup mulut disengkang oleh mata tiga...so peluang mendaratkan ikan ni ternyata lebih menyakinkan. Kerap saya guna 1 mata biasa, 2 mata 3 bagi ikan kacang bersaiz sederhana..kalu ikan kacang idup lagi best..letak mata kail atas kepala, tengah dan belakang..kalu umpan mati terpaksa ler satu mata kail yang depan dicangkok pada mulut ikan agar mulutnya tidak terbuka, Baik juga ikat mulutnya dengan getah (kompom mulut ikan umpan tidak terbuka)...cuba ler mana tau berhasil menjinak ikan tenggiri yang dah bijak sana sekarang ni..

Kesimpulannya, menjinak ikan tenggiri umpan hidup adalah yang terbaik.
Logged

Ikan sudah kurang kat laut...mancing pun dah tak berapa sedap macam dulu...bot dah mahal...bot pukat tunda & jerut & harimau..semua bermaharaja lela...pemancing yang dok mancing kawasan larangan kena tangkap...mana lagi nak mancing dengan bajet ciput ni.
farzeli68
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1434


H/p : 0197361900 (buka 24 jam)


Email
« Reply #10 on: June 12, 2013, 09:33:25 PM »

pergi sedili sabtu lepas hasil kurang kerana angin kubur atau lebih dikenali angin penutup masih ada. angin timur laut ini beralun sampai kedasar menyebabkan karang2 diliputi pasir dan lumpur. hanya 2 ekor tenggiri saja kami dapat.

sama ler kita kena juga angin..hasil kurang...
Logged

Ikan sudah kurang kat laut...mancing pun dah tak berapa sedap macam dulu...bot dah mahal...bot pukat tunda & jerut & harimau..semua bermaharaja lela...pemancing yang dok mancing kawasan larangan kena tangkap...mana lagi nak mancing dengan bajet ciput ni.
Pages: 1   Go Up
  Print  
 
Jump to:  


Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.19 | SMF © 2013, Simple Machines
SMFAds for Free Forums
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
SimplePortal 2.3.2 © 2008-2010, SimplePortal