Author Topic: Tiga waktu terbaik untuk memancing  (Read 27418 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline Mrmango

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 264
  • Gender: Male
    • Email
Tiga waktu terbaik untuk memancing
« on: April 17, 2009, 11:41:54 AM »
Tiga waktu terbaik untuk memancing
Oleh Nuri Angkasa



BERTANYAKAN waktu paling baik untuk menjalankan aktiviti memancing di laut selain kena lubuknya, umpan dan air pasang surut maka beberapa pakar veteran nelayan yang sempat ditemui sependapat bahawa masa paling sesuai untuk memancing ialah pada waktu senja sebelum matahari terbenam di kaki langit, tengah malam dan waktu awal pagi sebelum terbit fajar.

Tiga waktu pilihan yang disebutkan di atas berdasarkan pengalaman nelayan yang hidup mereka sebati dengan laut atau paling tepat diterjemahkan bahawa laut adalah pintu rezeki mereka. Kerana itu pelbagai usaha dilakukan bagi mengenal pasti untuk meraih rezeki seharian pada tahap maksimum.

Justeru, Petua Pak Nuri kali ini cuba mengaitkan tiga faktor masa yang disebutkan di atas untuk kita berkongsi sambil menentukan arah tuju petua lama dan baru yang boleh diguna pakai pada zaman moden ini.

Walaupun perubahan sentiasa berlaku, petua tetap petua. Cuma soal mengamalkan petua itu saja yang mula dilupakan oleh generasi muda hari ini, termasuklah tekong dan pemancing muda (tidak semua). Ini kerana peralatan moden seperti pengesan GPS dan sonar dalam banyak kelebihan berjaya mematahkan keupayaan petua. Namun bukan semua petua dapat dipatahkan kerana petua adalah amalan yang dihasilkan daripada gerak rasa serta suasana sekeliling dan alam semula jadi.

Petua kembali semula pada tiga masa terbaik memancing sekali pun tidak pada musim air mati. Waktu senja pilihan pertama, kerana pada waktu ini ikan akan keluar mencari makan dan akan berada dalam kawasan karang, lubuk atau tukun.

Pilihan kedua pada waktu tengah malam. Ini kemungkinan ada spesies ikan besar keluar mencari makanan seperti anak ikan sama ada di dasar laut mahu pun di permukaan air yang dihuni oleh banyak spesies ikan kecil bermain. Tetapi ada risikonya mengenai arus air yang deras yang bakal kita hadapi.

Terbaik ialah pada waktu awal pagi yang bermula 4 hingga 6 pagi. Ini kerana pada waktu itu ikan akan keluar semula mencari makan dalam keadaan lebih ganas. Begitulah pengakuan orang lama yang sudah sebati hidupnya dengan laut.

Ada juga yang memilih air mati yang ada kalanya berbeza dari satu kawasan dengan kawasan lain. Tetapi petua tetap petua dan baik untuk diamalkan.

Carilah tiga waktu ini untuk memancing di lubuk, karang atau tukun yang sudah dikenal pasti selain faktor umpan terbaik dan teknik memancing juga perlu dilakukan selaras dengan cita rasa alam sekitarnya bagi menjamin tangkapan lumayan

Offline buntal bujur

  • Marlin
  • *
  • Posts: 5170
  • Gender: Male
  • Mengey...mengey...mengey...!!!
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #1 on: April 17, 2009, 11:48:37 AM »
Terima kasih atas info tuan...amat berguna!!!
Nk g mancen tue ajak le BB nie...012-5612469

Offline ejoy_burger

  • Mod.Laman Ini
  • Marlin
  • *****
  • Posts: 5921
  • Gender: Male
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #2 on: April 17, 2009, 03:47:03 PM »
terima kasih tuan atas info ni...
tapi tuan telah tersalah laman...
tapi telah dialihkan... terima kasih sekali lagi...
Call: 018-4027040 / 010-2000577
Whatsapp: 018-4027040
BBM : 270AF59E
Facebook: https://www.facebook.com/faizulzahry.basri

Offline Mrmango

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 264
  • Gender: Male
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #3 on: April 17, 2009, 04:08:38 PM »
alamak salam laman la puloq.  timakasih kembali tuan ejoy

Offline wmf8001

  • Jemuduk
  • *
  • Posts: 180
  • Gender: Male
  • maghi kito pakat g ngail
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #4 on: May 03, 2009, 09:56:06 PM »
t.kasih atas info trsebut  ;D  ;D
  *fadil*013-9276615/014-2950028*

Offline manba_nkk

  • AJK PNET
  • Arowana
  • ***
  • Posts: 18237
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #5 on: July 11, 2009, 06:10:32 PM »
terima kasih !

3 waktu tu i paling suka awal pagi !

senja -- tak elok [ Maghrib ] dan banyak sangat nyamuk

tengah mlm -- tak tahan nak tidur je, lansung tak enjoy
takda peduli, hentam saja

Offline wengzy_1971

  • Bilis
  • *
  • Posts: 34
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #6 on: August 04, 2009, 12:00:54 PM »
 ;D ;D..tiga waktu terbaik..

1 - lepas gaji...hiii..hii
2 - dapat gi mancing free...
3 - tak mabuk free....lebih2 lagi atas bot..
******PENN 6500SS, DAIWA SPRINTER ST3000, OLYMPIC DL3000 ada minta kasi tau---> http://pasarmalam2u.jimdo.com, Kalu nak wat duit masuk sini http://myvemma.com/wengzy<---

*********************************

Offline joran maluri

  • SAPA
  • Arowana
  • *
  • Posts: 22936
  • Gender: Male
  • 019 3100410 HJ SAARI -WP
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #7 on: August 04, 2009, 12:11:01 PM »
;D ;D..tiga waktu terbaik..

1 - lepas gaji...hiii..hii
2 - dapat gi mancing free...
3 - tak mabuk free....lebih2 lagi atas bot..
  WOWOO WOOO WOO WO LALA LALA ....... :P :P :P



Offline jaanmajal

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 434
  • Gender: Male
  • Better Reel for Better Value....
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #8 on: August 04, 2009, 12:14:01 PM »
PALING WAKTU SUBUH LA..

ANGIN KURANG CKIT...

PANAS KURANG CKIT...

IKAN BYK CKIT...

HEHE...

Offline joran maluri

  • SAPA
  • Arowana
  • *
  • Posts: 22936
  • Gender: Male
  • 019 3100410 HJ SAARI -WP
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #9 on: August 04, 2009, 02:10:51 PM »
JAAN TEPAT 10000 PERATUSSS ;D ;D ;D

PALING WAKTU SUBUH LA..

ANGIN KURANG CKIT...

PANAS KURANG CKIT...

IKAN BYK CKIT...

HEHE...



Offline jaanmajal

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 434
  • Gender: Male
  • Better Reel for Better Value....
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #10 on: August 04, 2009, 04:03:39 PM »
AMBOOOIII...

IKHLAS KA PERLI TU....

HEHE..

JAAN TEPAT 10000 PERATUSSS ;D ;D ;D

PALING WAKTU SUBUH LA..

ANGIN KURANG CKIT...

PANAS KURANG CKIT...

IKAN BYK CKIT...

HEHE...

Offline armageddon

  • Siakap
  • *
  • Posts: 88
  • Gender: Male
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #11 on: October 13, 2009, 09:48:42 AM »
askum...
geng pancing suma....
mengikut pengalaman aku g pacing laut la...
tada istilah waktu² yg sesuai...
biasa aku tgk pasang surut
kalo pasang surut tinggi ( air besar ), aku g pancing tepi pulau
biasa jingging ikan capin/cupak, ikan selar, cencaru
bila masa surut jer dia akan mkn umpan
tp bila mula pasang, langsung tada mkn ( heran aku mana dia g sbb pulau pun bkn bsr pun )
 ;D ;D ;D ;D ;D
kalo pasang rendah ( air kecik )
biasa aku pancing ikan jenahak jer.
biasa masa sesuai ialah pasang mula lemah - tegak - mula surut lemah
masa² mcm ni jenak kecik² je mula mkn
pastu nanti kena karan jap ( ikan bsr dah mula tekan )
kena 3x  :D :D :D
bila air dah kuat sampai batu ladung sebesar penumbuk pun terbang
aku dah cabut..
biasa aku pancing dlm 3 - 4 jam jer
sbb sok nak keje  :-*


* umpan- sotong segar ( setakat umpan pasar buat sakit perut jenak jer )
* area melaka laut selat melaka



Offline AkuBudakBaik

  • Siakap
  • *
  • Posts: 86
  • Gender: Male
  • CaLL Me B¤B..
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #12 on: November 24, 2009, 09:12:49 PM »
ya wktu awal pg jnhak cr mkn..
ada rzeki Ada la... ;D

Offline Mrmango

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 264
  • Gender: Male
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #13 on: November 26, 2009, 09:27:18 PM »
woit BudakBaik - apesal la gambar pocong tu, gugur semangat aku tgk

Offline bllukang

  • Marlin
  • *
  • Posts: 731
  • Gender: Male
  • GS 07 samurai ,--)-----
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #14 on: July 26, 2010, 12:49:53 AM »
trimo-trimo kasih.. ;D
"MOH MANCING WEH!!!" 013-5844562

Offline Abang Saiful

  • Arowana
  • *
  • Posts: 34771
  • Gender: Male
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #15 on: July 26, 2010, 02:40:19 AM »
terima kasih tuan Mrmango, info yg bagus utk rakan2 di P.NET ini ;D ;D ;D

Offline joran maluri

  • SAPA
  • Arowana
  • *
  • Posts: 22936
  • Gender: Male
  • 019 3100410 HJ SAARI -WP
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #16 on: July 26, 2010, 06:19:20 AM »
TAMBAH.......

AWAL PAGI SEHINGGA JAM 1.30 PETANG ....

STAT BALIK JAM 3.30 PTG HINGGA KE IKAN BAPAK2 DATANG ( JAM 7.00 MALAM - 20 - 30 KG KEATAS )



Offline jat

  • Arowana
  • *
  • Posts: 10169
  • Gender: Male
  • :Pt Klang - Psir Mas:
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #17 on: July 26, 2010, 06:49:29 AM »
tima kasih info tu...
tapi 3 waktu tu laa yg paling kuat mencemburui kita :-\


'Berikan seseorang seekor ikan, anda memberi dia makan untuk sehari'.          
'Ajarkan seseorang menangkap ikan, anda memberi dia makan untuk seumur hidup.'

Offline wonderpets

  • Marlin
  • *
  • Posts: 3192
  • "apa yang penting KERJASAMA"
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #18 on: July 26, 2010, 07:14:33 AM »
salam'kum

ikan nie pun ado shift gak la.............adehhhh ;D....
"POIE MANCING"-019.307.0.224-
“Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya (sifat) Takbur (walaupun) sebesar zarah."-----Udara Masuk - Allah Allah Antara - Allah Allah Udara Keluar - Allah Allah Antara - Allah Allah-----

Offline yj09

  • Marlin
  • *
  • Posts: 1268
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #19 on: September 01, 2010, 11:56:28 PM »
3 waktu ni mmg betul... darat dan laut...time ni jugak setan2 agung bersuka ria...
sampai nak solat pun lambat sayang tinggal pancing.. adusss..

Offline ayap87

  • Bilis
  • *
  • Posts: 10
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #20 on: September 02, 2010, 12:42:27 AM »
info yg baekk nih...tanye sket...kalo tgh malam tu stat dari pkul brape??

Offline Rizal JJ

  • AJK PNET
  • Marlin
  • ***
  • Posts: 6886
  • Gender: Male
  • Mancing adalah hobi Keluarga tetap utama
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #21 on: September 03, 2010, 03:19:31 PM »
info yg baekk nih...tanye sket...kalo tgh malam tu stat dari pkul brape??

tiada masa khusus dari kul brapa...mungkin kul 11 mlm hingga kul 2 kot...
sbb kul 4 pagi hingga 6 pagi nak kuar lagi.... ;D  ;D
kena ulang baca baru den paham gak.... ;D  ;D
JURI JEMPUTAN

Offline Abang Saiful

  • Arowana
  • *
  • Posts: 34771
  • Gender: Male
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #22 on: September 03, 2010, 03:48:22 PM »
 ;D ;D ;D
info yg baekk nih...tanye sket...kalo tgh malam tu stat dari pkul brape??

tiada masa khusus dari kul brapa...mungkin kul 11 mlm hingga kul 2 kot...
sbb kul 4 pagi hingga 6 pagi nak kuar lagi.... ;D  ;D
kena ulang baca baru den paham gak.... ;D  ;D

Offline harimau berantai

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 498
  • Gender: Male
  • anugerah tuhan..bersama kita menjaganya....
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #23 on: September 04, 2010, 05:32:18 AM »
camne ngan ikan kolam lak?waktu yg same?,ikan sikit @ banyak? atau umpan yg tak sesuai?

tik...tok....tik....tok.... ???

Offline Abang Saiful

  • Arowana
  • *
  • Posts: 34771
  • Gender: Male
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #24 on: September 07, 2010, 02:03:19 PM »
 ::) ::) ::) ;D ;D ;D

Offline teinmomo

  • Arowana
  • *
  • Posts: 10856
  • Gender: Male
  • "love it learn it "
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #25 on: September 15, 2010, 09:46:35 AM »
TAMBAH.......

AWAL PAGI SEHINGGA JAM 1.30 PETANG ....

STAT BALIK JAM 3.30 PTG HINGGA KE IKAN BAPAK2 DATANG ( JAM 7.00 MALAM - 20 - 30 KG KEATAS )

 ;D ;D



Offline Abang Saiful

  • Arowana
  • *
  • Posts: 34771
  • Gender: Male
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #26 on: September 15, 2010, 12:13:18 PM »
ooooooogitu bang ajiii, mekacehh ;D ;D ;D
TAMBAH.......

AWAL PAGI SEHINGGA JAM 1.30 PETANG ....

STAT BALIK JAM 3.30 PTG HINGGA KE IKAN BAPAK2 DATANG ( JAM 7.00 MALAM - 20 - 30 KG KEATAS )

Offline zed

  • Marlin
  • *
  • Posts: 3794
  • Gender: Male
  • Fishing is an obsession...
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #27 on: June 05, 2011, 10:57:50 AM »
ooooooogitu bang ajiii, mekacehh ;D ;D ;D
TAMBAH.......

AWAL PAGI SEHINGGA JAM 1.30 PETANG ....

STAT BALIK JAM 3.30 PTG HINGGA KE IKAN BAPAK2 DATANG ( JAM 7.00 MALAM - 20 - 30 KG KEATAS )

cunggggggg!!!! ;D ;D
MANCING MANCING JUGAK SOLAT JANGAN DIABAIKAn..0126214495

Born to Fish…Forced to Work!
A bad day of fishing is still better than a good day at the office!



Offline abu_melayu

  • SAPA
  • Arowana
  • *
  • Posts: 15699
  • Gender: Male
  • اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #28 on: June 05, 2011, 11:07:36 AM »
Camtu trip bot malam kena pulun kaw2 kalau petang sampai esok pagi ;D

Offline matt_bear98

  • Marlin
  • *
  • Posts: 1181
  • Gender: Male
    • nak tgok pic..sila lawat flickr saya..
    • Email
Re: Tiga waktu terbaik untuk memancing
« Reply #29 on: June 12, 2011, 12:08:16 PM »
kalau mancing air tawar..guna umpan dedak..waktu 2 am hingga subuh antara yang terbaik..waktu ni ikan2 besar selalu nak makan..awal pagi selepas subuh lagi ikan galak makan..tapi saiznya tak sebesar waktu awal pagi tu..mkin suasana yang sunyi..mkinla..tapi saya banyak gak dapat saiz2 kilo2 siang hari...