LAPORAN KAJIAN UMPAN ROHU KOLAM

(1/4) > >>

BuDakail:
PENDAHULUAN.
Sekian lama saya mengkaji dari setiap aspek termasuklah umpan yang digunapakai serta teknik pancingan di kolam,Akhirnya saya telah mendapat jawapannya.Laporan ini adalah tidak seberapa, tapi bolehlah digunakan sebagai panduan atau rujukan sekiranya anda sudi gunapakai.Diharap anda semua berkongsi apa jua ilmu pengehtahuan berkaitan dunia pancing agar dapat kita semua dapat manfaatnya.

PENGENALAN KEPADA IKAN ROHU.
Ikan rohu sejenis ikan yang makan dengan cara Menyedut makanan.Ikan Rohu tidak makan seperti ikan patin atau pacu.Haruslah anda tahu serba sedikit agar tidak ketinggalan.

TEKNIK MEMANCING ROHU
1.Jenis Mata Kail
-Mata kail yang digunakan untuk memancing ikan rohu adalah jenis mata bom yang mana Spring terletak di tengah dan dikelilingi 5 atau 6 mata kail
2.Saiz Mata Kail
-Jika anda perhatikan,Mulut ikan rohu tidaklah sebesar mana.Dengan itu saiz mata haruslah tidak terlalu kecil(mengelakkan terlepas) atau tidak terlalu besar.Kebiasaannya Saiz untuk pancingan rohu adalah saiz 10 atau 11.Harus diingatkan ikan rohu jenis ikan yang sensatif dan berenang dengan laju.Jadi gunakalah saiz yang betul.
3.Saiz batu
Untuk pancingan ikan rohu.Anda harus menggunakan batu bersaiz antara 3 hingga 5.Ikan rohu jenis makan menyedut dan ikan rohu akan menggolekkan mata kail bom.Apabila batu digunakan,Maka Umpan pada mata bom berada statik pada tempatnya

UMPAN IKAN ROHU
1.UMPAN PADA MATA KAIL
BAHAN-BAHAN
a)Roti Gardenia(butterscotch)
b)Roti Gardenia(cokelat kismis)
CARA-CARA
Roti Gardenia(buttterscotch) atau (cokelat kismis) dipotong di penyitkan/dihimpitkan diatas pinggan rata kemudian dipotong dadu kecil-kecil(bergantung pada saiz mata yang anda gunakan).Simpan didalam bekas tupperware seterusnya simpan dalam peti sejuk semalam sebelum digunakan.Apabila hendak digunakan,sangkutkan pallet roti tadi ke mata kail.

2.UMPAN PADA SPRING(UMPAN UTAMA)
BAHAN-BAHAN
a)Dedak Rohu 123 keluaran SUPER FISH ONE POWDER 1 packet
b)Dedak perisa susu keluaran SUPER FISH ONE POWDER 5 packet
c)Dedak Roti omega 1 packet.
d)Dedak perisa pandan keluaran SUPER FISH ONE POWDER 5 packet
e)Power perisan pandan(gambar ikan bawal hitam mulut tutup) 7 packet
f)air tebu
CARA-CARA
Kisarkan dedak roti omega sehingga halus.Campurkan semua bahan-bahan diatas tadi(kecuali air tebu).Campurkan di dalam bekas tupperware atau botol dan goncangkan agar semua bercampur sekata.Biarkan semalaman.Apabila hendak menggunakan umpan masukkan sedikit demi sedikit dalam bekas lain dan campurkan dengan air tebu.(mengelakkan pembaziran dan umpan boleh dipakai banyak kali)

PERINGATAN PENTING.
Sukatan air tebu dan dedak campuran haruslah betul bagi mengelakkan umpan menjadi terlalu kering atau tidak terlalu lembik.Umpan biarlah agak agak basah dan bila dikepal ianya menjadi ketulan dan bila berada dalam air umpan itu pecah/terburai.

Tips
Anda harus uji tahap kebasahan/kekeringan/kelembikan umpan anda dengan mengepal umpan anda sedikit dan masukkan dalam baldi kecil.Jika umpan anda terburai/pecah,Maka umpan anda siap untuk dilontar.

TEKNIK MEMANCING ROHU KOLAM
Pada balingan umpan yang pertama,Kepalkan umpan seberapa besar untuk menyediakan "tapak" ikan rohu.Sekiranya ikan rohu mengena,balingan umpan anda yang seterusanya adalah pada tempat balingan anda yang pertama tadi(kekalkan tempat balingan umpan anda)

umpan biasa:
terbaik bro..bgus untuk mmbntu kaki rohu..t byk dedak yg agk sukar di perolehi..kt mane ad jual??

chapoi:


ni dikire rohu liar ke bro?

wan82:
huh...terbaikk...nice info... ;D :D

tuntungturbo:
Menarik....boleh di cuba try test... :)

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page