Author Topic: Casting deck untuk bot aluminium/fiber  (Read 6654 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline hitokiri

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 387
  • New Team Anglers [NTA] Sportfishing
    • Email
Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« on: June 18, 2012, 09:30:06 PM »
Salam warga pnet,

Sementara menunggu org rumah masak cheese cake, saya rasa elok jugak kalo saya buat satu article untuk casting deck bot ni. Bak kat omputih, "Sharing Is Caring"  ;)

Ingat nak buat cincai je untuk tujuan real live mock up sebab ada plywood lebih masa buat lantai bot getah. Tapi bila test semalam kat dam, rasanya bole teruskan dgn sedikit modification untuk structure ngan hatch baru yg lebih besar. Takyah potong plywood baru.
Mod ni boleh juga dibuat untuk fiber mahupun aluminium, flatbottom ataupun v-hull. Bezanya v-hull kena letak tulang tgh. Yg saya buat ni tak letak tulang vertical tengah, dan nampaknya cukup teguh untuk 2 org caster berdiri di atasnya.

Bahan2 diperlukan:
- plywood kalis air 1/2"
- pop rivet 5/8" ngan rivet gun
- drill ngan drill bit 5/8" (cordless lagi bagus)
- engsel stainless
- "L" angle aluminium 2mm tebal
- gergaji kayu (jigsaw lagi senang)
- gergaji aluminium (circular cutter/angle grinder lagi best)
- cardboard tebal untuk test mock up (saya guna kotak ikea)
- angle ruler, pita pengukur
- self drilling screw

Cara2nya:

Mula-mula ukur size dan lukiskan kawasan yg hendak di tutupi decking. Sangat penting untuk plan kan kedudukan hatch kerana tulang aluminium perlu di buat berdasarkan kedudukan hatch tersebut.
Sgt membazir sekiranya membuat tulang dahulu dan kemudiannya membuat tulang untuk hatch kerana kita boleh buat kedua-duanya terus. Ambil kira kedudukan tulang untuk deck dan combine kan selagi boleh.

Lepas ukur, buat dulu potongan ukuran atas cardboard tebal. Kalo yakin dengan kebolehan mengukur dan memotong, boleh la terus potong plywood. 1/2" plywood dlm kes ini adalah mencukupi kerana sudah ada banyak tulang di bawahnya. Lebih baik letak lebih tulang kerana plywood yg lebih tebal adalah lebih berat. Omputih banyak buat  tulang decking mereka menggunakan kayu beluti. Kayu adalah lebih berat dari alu.
Buat test fit cardboard jika anda memilih cara ini. Jgn lupa buat tulang sementara untuk mengelakkan dari cardboard dari jatuh terus.



Lagi elok kalo dah buat lubang kat cardboard untuk merancang posisi hatch.



Gunakan cardboard itu juga untuk merancang kedudukan tulang aluminium nanti.
Sebanyak mungkin, elakkan dari meletakkan tulang di dinding bot untuk mengelakkan dari menebuk lubang. Ini adalah untuk mengurangkan risiko kebocoran. Sepatutnya, kita boleh drill dinding bot (fiber/aluminium) dan kemudian seal kan ngan rivet+silicon, tapi saya tak nak mengambil risiko. Jadi saya hanya menebuk lubang di tulang dan bench bot sedia ada.



Pada bench pula saya memotong sedikit bahagian angle alu untuk membentuk seperti dibawah supaya boleh di rivet kan ke bench.



Layout tulang saya adalah seperti berikut:




Saya ada tambah tulang cross kiri dan kanan tapi lupa ambil gambar.
Lepastu tulang hatch pun tak saya tangkap gambar.

Test fitting lepas potong plywood.



Untuk hatch, walaupun kita dah plan untuk letak tulang, jangan rivet dulu. Tunggu sehingga kita dah potong pintu di plywood, baru kita rivet tulang hatch mengikut kawasan pintu.




Untuk engsel, screw kan ke tulang supaya ianya lebih teguh. Kalo nak buat pintu hatch lebih besar, disarankan supaya membuatnya dengan plywood lebih tebal.




Untuk tombol pintu, sementara ni saya hanya menggunakan tali reben yg di stapler dari belakang. Lepas ni nak beli tombol hatch stainless. Engsel pun saya bakal tukar.

Project lepas ni, nak tambah carpetting dan tambah deck tengah. Tengah cari material yg sesuai untuk carpet.

Sekian, selamat mencuba!



Formerly known as "itikganaz"

Offline gymkhana

  • Marlin
  • *
  • Posts: 4539
  • Gender: Male
  • nett@gymkhana :-)
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #1 on: June 18, 2012, 09:51:22 PM »
lawa benor bot kome IG...  ;) ;)


nett@gymkhana 012 586 8363

Offline hitokiri

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 387
  • New Team Anglers [NTA] Sportfishing
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #2 on: June 19, 2012, 08:40:37 AM »
lawa benor bot kome IG...  ;) ;)

ahahaha... ni compang-camping laie nett. Kena tunggu setahun dua laie, baru siap habis kot..  ;)
Formerly known as "itikganaz"

Offline Abang Saiful

  • Arowana
  • *
  • Posts: 34771
  • Gender: Male
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #3 on: June 19, 2012, 08:42:52 AM »
perghhhhh sudut kerastangan yg terbaekkkkk ni tuan IG.. tahniah yopp ;D ;D ;D

Offline kzkh9786

  • Marlin
  • *
  • Posts: 2011
  • Gender: Male
  • M.P.C - Jeng Krengg
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #4 on: June 19, 2012, 03:06:09 PM »
brape kaki ni IG.


Melaka Phantom Caster [ M.P.C ]

Offline hitokiri

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 387
  • New Team Anglers [NTA] Sportfishing
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #5 on: June 19, 2012, 07:39:39 PM »
12' mcm omputih punya jon boat.
Formerly known as "itikganaz"

Offline gymkhana

  • Marlin
  • *
  • Posts: 4539
  • Gender: Male
  • nett@gymkhana :-)
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #6 on: June 19, 2012, 08:04:48 PM »
tak der ker trip dekat-dekat sebelum bulan ramadhan tiba... ;) ;)


nett@gymkhana 012 586 8363

Offline hitokiri

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 387
  • New Team Anglers [NTA] Sportfishing
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #7 on: June 19, 2012, 11:10:45 PM »
tak der ker trip dekat-dekat sebelum bulan ramadhan tiba... ;) ;)

Mesti ada! Niat di hati nak gi mana? Cer citer? Mungkin bole kita terjah!  ;)
Formerly known as "itikganaz"

Offline Existench

  • Bilis
  • *
  • Posts: 2
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #8 on: June 23, 2012, 07:31:43 PM »
terbaik IG! i salute your effort!! mmg best casting atas deck rata cmni. ini bot aluminium brand dan model apa?

Offline hitokiri

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 387
  • New Team Anglers [NTA] Sportfishing
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #9 on: June 30, 2012, 10:02:09 AM »
terbaik IG! i salute your effort!! mmg best casting atas deck rata cmni. ini bot aluminium brand dan model apa?

Thanks.. yup memang best casting deck rata ni... hatch tu memang berguna untuk menyimpan brg2 supaya lebih rung untuk casting atau tido  ;) .

Bot ni Punt 365 12'. Macam Jon Boat omputih, cuma tak begitu dalam.
Rating untuk 5hp, tapi letak 15hp.. TERBAIK!! Transom tak flex, water clearance sangat memuaskan!
Nak maneuver pun senang.
Formerly known as "itikganaz"

Offline shahzam

  • Marlin
  • *
  • Posts: 9460
  • Gender: Male
  • mancen jgn x mancen
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #10 on: June 30, 2012, 10:12:01 AM »
Assalamualaikum w.b.t.

fuh....terbaek tuan IG.......terbaek.......thanks dor da sharing.....

Offline botaque

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 295
  • Gender: Male
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #11 on: July 13, 2012, 03:50:05 PM »
terbaik tuan... 

utk carpet banyak pilihan boleh digunakan:-

1. Carpet biasa boleh tapi leceh berat kalau kena basah. Nak jemur satu hal.
2. Carpet getah kereta boleh tapi berat gak.
3. Anti slip mat - yg ni ok ringan tapi mahal le pulak... guna yg utk sukan pun boleh.

Saya punya dulu pakai carpet getah kereta tapi leceh berat... saya tak letak apa2 ... nasib baik saya guna material 'Composite Cladding'..ringan tapi liat untuk deck sebab dia plastic...  jadi say fix kan terus.. dulu teragak nak buat compartment .. tapi leceh bila nak angkat .. nak kena kunci lak. Jadi saya minimakan.. berat.... cari cari yg paling ringan. Apa2hal bila dah siap ni memang best gile buat cast. Saya pernah gak turun sorang... berdirikan depan deck cast sorang2 .. syok gile..

Offline hitokiri

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 387
  • New Team Anglers [NTA] Sportfishing
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #12 on: July 16, 2012, 10:52:49 AM »
Yup tuan botaque,

Kapet dah dapat (dapat free, yg sales booth slalu pakai) tapi serba salah nak pakai ke tak.
Rasanya nak terus cat anti-slip kat interior boat terus.
Tapi sebab kapet free, jadi kemungkinan besar nak test fit dulu.

Kalo tak suka, bukak dan buang, pastu cat interior pakai cat lantai ke, hape ke... tgh survey laie material.

Skarang decking dah version 2. Saya buat 1 piece dari depan ke tengah beserta rod locker kiri-kanan.
Bole tahan berat, tapi still beza ringan dari fiber.
Saya akan salut kapet untuk version ni, pending plan untuk version 2.1. Version 2.1 mungkin akan tukar kepada plywood 9mm/6mm.
Tgh planning laie.

Nanti saya update progress.
Formerly known as "itikganaz"

Offline botaque

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 295
  • Gender: Male
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #13 on: July 16, 2012, 04:31:58 PM »
cantik tuan.. dah buat deck dgn compartment mmg syok. Ni kalau oleh towing rasanya lagi mudah.

Offline hitokiri

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 387
  • New Team Anglers [NTA] Sportfishing
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #14 on: July 16, 2012, 07:15:20 PM »
cantik tuan.. dah buat deck dgn compartment mmg syok. Ni kalau oleh towing rasanya lagi mudah.


Itu la... Tgh servey laie mcm mana nak dpt permit. SPAD dok rancak ronda area saya ni... Tu yg tak brani.
Kalo dpt pakai trailer, rasanya tv plasma 42" pun saya taruk! Ehehehe...

Ada sesapa tau camne nak apply untuk permit trailer?
Formerly known as "itikganaz"

Offline hitokiri

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 387
  • New Team Anglers [NTA] Sportfishing
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #15 on: July 19, 2012, 09:15:14 PM »
Hupdate!

Dah potong plywood baru dan tambah 2 lagi hatch, kat tgh pun dah tambah decking berserta cut out untuk cooler box, tapi member bagi idea untuk buat lantai rata atas seat bench.

Jadi pegi beli barang dan kerja lantai v2.0 berlangsung.


Tulang version 2.0




Close up


Frame untuk hatch


Lantai blakang dah siap carpet


Blakang bole bukak untuk letak tangki minyak ngan peralatan lain

Haritu dah try v2.0 ni kat AK. Pass dgn cemerlang. Bole bawak 4 org caster.
Cuma skang ni bot jadi berat. Ini pun dah beli plywood baru.
Rerupanya plywood sini mempunyai berat yg kengkadang TERSANGAT berbeza.
Jadi kalo anda ingin mencuba, pilih bebetul plywood. Pilih yg ringan tapi cukup mampat.

Nanti akan di update setelah semua plywood siap varnish dan carpet.
Formerly known as "itikganaz"

Offline botaque

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 295
  • Gender: Male
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #16 on: July 20, 2012, 04:37:27 PM »
terbaik bro... kalau dah siap boleh tunjukk siap dgn seat sekali. Memang selesa siap carpet.. boleh baring sekali.
Mungkin berat sikit tapi kalau 2 org boleh angkat okle tu.

Nak tanya.. kalau masa angkat atas kereta... plywood tu bro bukak ke?

Pasal JPJ takde masalah sebab sekarang tak perlu permit utk angkut bot atas kereta... jgn lebar bot lebih besar drp bumbung kereta dahle.
Pasal guna trailer.. boleh apply kat JPJ tapi kena g JPJ negeri. Kalau tak silap road tax dia rm100 setahun. Trailer boleh buat sendiri atau tempah.
Enjin boleh lekat terus senang.. cuma masalah sikit kalau tempat tu tinggi takde ramp tapi still boleh angkat..

Apa2hal ... best usaha bro.. dulu saya mmg nak buat mcm ni tapi masalah saya selalu turun 2 org..nak angkat berat2 x brp daya sangat.. jadi saya cari alternatif paling ringan..

Offline berudu

  • Arowana
  • *
  • Posts: 21263
  • Gender: Male
  • Kejayaan Tdk Akn Dtg Kpd Manusia Yg Leka
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #17 on: July 20, 2012, 06:08:34 PM »
Tahniah teman ucapkan kepada AG.... kerjatangan memang terbaik ;)
Ayuhak mancing     DAIL
 

Offline hitokiri

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 387
  • New Team Anglers [NTA] Sportfishing
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #18 on: July 21, 2012, 08:20:40 PM »
terbaik bro... kalau dah siap boleh tunjukk siap dgn seat sekali. Memang selesa siap carpet.. boleh baring sekali.
Mungkin berat sikit tapi kalau 2 org boleh angkat okle tu.

Nak tanya.. kalau masa angkat atas kereta... plywood tu bro bukak ke?

Pasal JPJ takde masalah sebab sekarang tak perlu permit utk angkut bot atas kereta... jgn lebar bot lebih besar drp bumbung kereta dahle.
Pasal guna trailer.. boleh apply kat JPJ tapi kena g JPJ negeri. Kalau tak silap road tax dia rm100 setahun. Trailer boleh buat sendiri atau tempah.
Enjin boleh lekat terus senang.. cuma masalah sikit kalau tempat tu tinggi takde ramp tapi still boleh angkat..

Apa2hal ... best usaha bro.. dulu saya mmg nak buat mcm ni tapi masalah saya selalu turun 2 org..nak angkat berat2 x brp daya sangat.. jadi saya cari alternatif paling ringan..


Thanks bro, nanti try usha kat jpj.
Plywood tu mati terus. Pakai skru, tapi still bole bukak tanpa masalah.

Kalo bro botaque takut berat, turun boating reramai sket.
Saya biasa turun 2-3 boat, jadi memasing tolong menolong. Kalo sengsorang je, letih gak.
Saya pun tgh enjoy boating je... Casting pun kalo dpt ok... Tak dapat pun takpe... Janji tali basah ngan cooler box ada air sejuk!  ;)
Formerly known as "itikganaz"

Offline hitokiri

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 387
  • New Team Anglers [NTA] Sportfishing
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #19 on: July 21, 2012, 08:27:54 PM »
Ni ada hdate gambar sket.
Dah siap carpet, tapi belum pasang accessories (trolling motor, fish finder, gps mount, etc).

Tuan botaque pun ada mintak gambar taruk seat gak... So saya amik skali.




Nanti nak taruk seat tgh skali.


Compartment blakang




Mende paling penting dlm bot, cooler box!


Cooler box, decking depan dan rod locker kiri kanan


Pandangan depan


Hatch

Rasa sampai sini je dulu. Nak cat bot dulu kot baru sambung.


Formerly known as "itikganaz"

Offline botaque

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 295
  • Gender: Male
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #20 on: July 23, 2012, 12:36:24 PM »
memang terbaik bro IG.... kerja kemas dan cukup complete... siap semua. Tak dapat ikan pun still boleh suka lg enjoy boating.

Saya pernah turun tasik sorang2 sebab gian sangat nak g..hari kerja lak..last minit.. redah sorang2. Masalah nak naikkan semula boat ke atas keta...
terpaksa sagat je .... sorang2 .. tapi lepas gak.

Nak tanya seat boat tu beli kat eplore marine ke bro..? Rasanya mahal gak seketul seat tu..

Offline hitokiri

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 387
  • New Team Anglers [NTA] Sportfishing
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #21 on: July 23, 2012, 02:01:20 PM »
Ok gak le mahal nya... RM250. Tapi ringan!
Ni tgh fabricate seat mount baru.
Formerly known as "itikganaz"

Offline botaque

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 295
  • Gender: Male
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #22 on: July 24, 2012, 01:13:40 PM »
Ok gak le mahal nya... RM250. Tapi ringan!
Ni tgh fabricate seat mount baru.

beli kat mana dapat rm250 bro..? Murah sangat tu.. termasuk bracket?

Offline hitokiri

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 387
  • New Team Anglers [NTA] Sportfishing
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #23 on: July 24, 2012, 01:54:59 PM »
Ok gak le mahal nya... RM250. Tapi ringan!
Ni tgh fabricate seat mount baru.

beli kat mana dapat rm250 bro..? Murah sangat tu.. termasuk bracket?


oooo.... bracket tu lain.. bracket rm100.
Dua-dua jenama springfield. Seat tu baru sampai aritu. Tu yg terus amik.
Selesa sangat!

Skang ni bracket tu tak brapa pakai, sebab dah takde tempat nak letak.
Kalo nak pinjam test, boleh la. Cuma kena beli seat je la.
Formerly known as "itikganaz"

Offline botaque

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 295
  • Gender: Male
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #24 on: July 24, 2012, 03:05:44 PM »
ok bro tq. Nanti lepas raya mau cari satu..best ada seat cuma spacing je kacau kalau nak berdiri kat belakang.
Kalau jalan2 mesti tak sakit belakang.

Offline hitokiri

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 387
  • New Team Anglers [NTA] Sportfishing
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #25 on: July 24, 2012, 09:25:58 PM »
Bro, skang ni tgh rnd pakai alternative murah. Sama ada buat mount sendiri atau modified ikea punya kerusi. Kerusi ikea tu rm50 je, siap bole pilih kaler lagi. nanti saya post gambar.

Pastu tgh nak try bikin anchor lock, mcm kayak punya scotty anchor lock.

Kalo ada idea, tabur sket... Bole saya try kan.

Tempat sandar kena ada, blakang ni nak pakai lama.... Kengkadang casting seharian tak bersandar, tangkap gak pinggang ngan blakang.
Formerly known as "itikganaz"

Offline botaque

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 295
  • Gender: Male
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #26 on: July 26, 2012, 10:26:16 AM »
ok gak...bro

kalau jadi post kat sini..

Offline SG_one

  • Marlin
  • *
  • Posts: 7451
  • Gender: Male
    • Email
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #27 on: August 13, 2012, 10:10:57 PM »
terbaiklah .... best boating .....

Offline abee

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 361
  • Gender: Male
  • Rezeki itu dari allah jua
    • http://memerangsungai.blogspot.com/
Re: Casting deck untuk bot aluminium/fiber
« Reply #28 on: November 13, 2013, 10:18:11 AM »
terbaik brooo
cuma nk tanya sikit....aluminium boleh lekat fiberglass tak? :D
Hidup didunia ibarat seorang pengembara, mencari hasil yang bernas untuk dibawa pulang di akhirat bukan untuk di kaburi kelalian dunia. Semua itu, pujukan syaitan yg melalaikan dan mengundang durjana...
http://memerangsungai.blogspot.com