Jawatan Kekosongan | JURUTEKNIK TINGKATAN BIASA TNB

(1/2) > >>

KamalAriffinM:
salam buat forumer forumer sekalian...
ada peluang kerjaya utnuk disharekan bersama sama disini...
sila layari https://emadis.tnb.com.my/eMadis/Public/Vacancy.aspx / http://emadis.tnb.com.my  /
https://emadis.hq.tnb.com.my/emadis/ 

petikan dari iklan tersebut
Quote

Maklumat Lanjut
Nama Jawatan : Juruteknik Tingkatan Biasa
Bidang : Elektrikal atau Awam (Sivil)
Taraf Jawatan : Tetap
Gaji Tetap : RM1,400.00 sebulan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jawatan yang dinyatakan, di Bahagian Pembahagian TNB di seluruh Semenanjung Malaysia.

Permohonan dibuka kepada Calon Luar sahaja.
(Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak-Anak Syarikat TNB)

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara ‘on-line’. Sila layari laman web seperti di bawah:

[url]http://emadis.tnb.com.my[/url]   atau

[url]https://emadis.hq.tnb.com.my/emadis/[/url]   atau

[url=http://www.tnb.com.my]www.tnb.com.my[/url]>>Careers>>eMadis

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui ‘link’ di atas, serta permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 September 2012.

Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Encik Muhamad Azwan bin Mohd Zain
Tel : 03-79679000 ext 1209     E-mail : mazwan.mzain@tnb.com.my

Encik Wan Faizul Azahar bin Wan Mansor
Tel : 03-79679000 ext 9396     E-mail : faizulazahar@tnb.com.my

Encik Ahmad Hasnulfitri bin Che Kamaruddin
Tel : 03-79679000 ext 1202     E-mail : hasnulfitri.ck@tnb.com.my


Bidang Tugas


Syarat Kelayakan
·        Warganegara Malaysia.

·        Mempunyai Sijil dari Politeknik tempatan atau universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dalam jurusan seperti berikut :
 
o    Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) atau
o    Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau
o    Sijil Kejuruteraan Awam

·        Minimum CGPA 3.00
 
·        Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran berikut :
 
o    Bahasa Inggeris
o    Matematik
 
·        Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan
 
      (tidak menghidap sebarang penyakit kronik).
 
·        Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
 
·        Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.
 
·        Boleh bekerja dalam satu pasukan.
 
·        Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.
 
·        Hanya terhad kepada calon lelaki sahaja.


Tarikh Tutup: 07 Sep 2012

afiz:
Tq atas info tuan

manba_nkk:
Terima Kasih bro Kamal !

Tapi budak u baru dapat gaji 1.4k aje ke ? Banyak allowance lain kot ?

pancing tegar:
Quote from: manba_nkk on August 27, 2012, 06:47:41 PM

Terima Kasih bro Kamal !

Tapi budak u baru dapat gaji 1.4k aje ke ? Banyak allowance lain kot ?

cukup ler tu bayor ptptn....
belen leh g mancing dah...

manba_nkk:
Quote from: pancing tegar on August 27, 2012, 06:52:33 PM

cukup ler tu bayor ptptn....
belen leh g mancing dah...


Ingat budak u boleh dapat 2k++  ;D

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page