Pancing.Net
November 28, 2014, 10:24:49 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News:
 
  Home   Forum   Help Search Calendar Login Register  
Pages: 1   Go Down
  Print  
Author Topic: Kolam Pancing Air Masin Tanjung Keramat  (Read 3227 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
cengkih
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 135



Email
« on: September 20, 2012, 02:04:42 AM »

Diumumkan kolam ini yang terletak di belakang De Palmaa Inn Kuala Selangor telah diambil alih dari Pengusaha Kolam Sementa (Tuan Alwi ) oleh Bro Din Panjang dan beberapa rakan sekutu.

 Dari zaman Ah Kau, zaman Ah Chai (sea Lion), Ah Kok dan Tuan Alwi kolam ini banyak mencatakan sejarah suka duka pemancing daerah Kuala Selangor. Buat Masa Ini Kolam Sedang diubahsuai dengan bajet yang masih seciput seadanya,  Cheesy  dan dalam cadangan akan dibuka kepada umum pada 29 September 2012 ini.


Insyaallah update akan menyusul bersama gambar
Logged

Aku berlindung kepadamu darimu kerana aku darimu dan kembali kepadamu
Pancing.Net
« on: September 20, 2012, 02:04:42 AM »

 Logged
kopytiam
Assistant Global Mod
Marlin
***
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 4516



Email
« Reply #1 on: September 20, 2012, 03:29:26 PM »

kawan alihkan ke Lokasi Memancing Air Masin yang Anda Tahu....
Logged

Respect is all about Give-and-Take...You show/give one, You'll get one back !
cengkih
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 135



Email
« Reply #2 on: September 20, 2012, 04:00:43 PM »

Tq Tuan KT, mintak maap tersalah lorong  Wink


 

Lorong kat simpang De Palma..lajak ke depan



Inilah rupa bangunan/kantin depan Kolam yang macam nak roboh selepas masalah partnership  orang lama



Sebelah kiri ada bekas kolam pancing udang rimau, available untuk sapa nak sewa katanya.



Ni kolam no 1 view dari bawah bangunan kantin. Katanya kantin akan diroboh dan bina semula, dan akan dialih sebahagian ke kolam ini untuk buat medan selera ala -ala terapung..ntah  ye tah tidakkk Cheesy. Tapi kolam ni tak akan diguna untuk memancing, hanya untuk bela ikan dan water retention.



Ni kolam no 2, belakang kolam udang rimau tadi, masih belum sempurna dibaiki, bila dah OK ada dua opsyen sama ada buat kolam pancing siakap sahaja atau optional switch antara kolam no 3 dan no 2, nuun kat belakang sana ada 3 lagi kolam untuk simpanan air dan bela ikan/udang, belakang lagi ada alur temoat sembilang...depa cadang nak naik jeti propa untuk menyembilang, bayor punya tak free.


Belakang kolam no 1, kolam 3 kolam utama, entrance melalui sebelah kanan bangunan kantin, sebelah tokkong


Merangkap pengurus, Bob Naga (sapa kaki pancin kerapu naga kat sea lion kenal lah muka ni kut) dan wireman / otai kolam Bang Lebai depan muka kaunter.


Kolam 3 untuk pembukaan 29 hb  September nanti, baru selesai pembaikpulihan , susun atur tukun, pam, dan wiring. nanti katanya kantin sementara untuk minum akan dibuka kat dalam ni gak.


nanti kawan dapatkan detail tentang berapa ekor ikan, jenis apa dan berapa bayaran masuk. Mungkin ada perbezaan sedikit dari segi hadiah/ Jackpot, dimana ia disediakan oleh pengusaha. RM 2 extra dikenakan sebagai service/utiliti charge. Sekian buat masa ini Grin
Logged

Aku berlindung kepadamu darimu kerana aku darimu dan kembali kepadamu
afiz
AJK PNET
Arowana
***
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 17529


P.net DUN Klang ... 019-2453593


« Reply #3 on: September 20, 2012, 04:33:22 PM »

Wahhhhh... Lame xjenguk kolam ni.. Selalu pi intai2 je... Hehehe.. Tuan cengkih otai KS rupenye.. Ade masa leh kita minum2 jika saya balik umah mertua
Logged

nak marah, marah la.. saya apa hal??
cengkih
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 135



Email
« Reply #4 on: September 22, 2012, 04:53:47 PM »

Bukan otai Tuan Afiz, peminat setia jer. Dengor dek kaum kat Kuala ni...loya muntah hijau diorang  Cheesy .

Sambungan dari perbualan dengan Bro Din Panjang, pihak pengurusan meletakkan budget stok ikan bernilai sehingga 20K. Buat masa ini hanya stock Jenahak, Siakap dan Kerapu kompem ada , Senagin tewan, ada tapi tak kompem, kaci dan merah sepang masih dicari. Anggaran jumlah ikan sedia lepas dalam kolam adalah sebanyak 100 ekor, tidak termasuk didalam sangkar yang di stand by. Maksudnya 100 ekor itu dah bebas/pulih dari kesan ubatan masa delivery. Macam manapun  masih subjek kepada faktor sambutan availabiliti dan lokasi stok. Untuk makluman harga bekalan ikan hidup adalah sekitar 18.5 per kg bagi siakap, 22 bagi jenahak dan 28 hingga 30 bagi kerapu. Tidada ikan saiz mega dimasukkan buat masa ini tapi usaha sedang dijalankan untuk mendapatkan pari hidup sebagai penyeri hadiah misteri.

Kolam no 3 sudah lebih 90% siap, manakala ada perubahan dimana kolam no 1 akan diaktifkan berbanding kolam no 2, atas sebab keselesaan, dan kedai makan ala terapung diubah kepada kantin yang lebih luas dengan target menghidangkan masakan seafood. Kolam no 1 dijangka mula digunapakai dalam masa 2 minggu selepas kolam 3 beroperasi.

Bagi mereka yang berhasrat menyewa bagi maksud mengadakan keraian atau pertandingan boleh hubungi Din Panjang atau Bob Naga.  Kadar sewa per kolam secara umumnya adalah RM 1500 bagi tempoh sekitar sekerat hari, tidak termasuk nilai stok ikan yang dilepaskan yang akan mengikut nilai yang sanggup dibayar oleh penyewa.

Begitu juga pihak pengurusan sedang bertungkus lumus menyempurnakan sistem pengairan dan rawatan bagi menangani masalah kolam bocor, ikan berbau lumpur, ikan sakit dari pembekal akibat penghantaran jauh/ teroverrdos ubat dan lain lain  Grin sekian dulu.
Logged

Aku berlindung kepadamu darimu kerana aku darimu dan kembali kepadamu
cengkih
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 135



Email
« Reply #5 on: September 27, 2012, 09:41:05 PM »

Setakat 1.00am 27 sept tadi 100 ekor siakap baru dilepas masuk dalam kolam. Ada lagi 150 ekor terdiri dari jenahak dan kerapu akan dilepaskan. Bro Din Panjang ada SMS 3 hari lepas menjemput warga p. net hadir mencuba memancing disini.
Logged

Aku berlindung kepadamu darimu kerana aku darimu dan kembali kepadamu
cengkih
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 135



Email
« Reply #6 on: September 28, 2012, 02:18:54 AM »

Kolam no 3 sudah complete. Tambahan dari 100 siakap ada lagi 20, 130 jenahak dan dan 15 kerapu baru dilepaskan, selebihnya dalam sangkar. Waktu beroperasi
                        3 petang hingga 3 pagi setiap isnin hingga Khamis.
                        Jumaat 3 petqng hingga 7 pagi sabtu
                        Sabtu  9 pagi hingga 7 pagi ahad
                        Ahad 9 pagi hingga 3 pagi isnin

Deposit 52 ringgit termasuk 2 ringgit servis charge yang meliputi utiliti, kebersihan dan lain -lain. Minimum 3 jam dengan bayaran rm15/jam. Hadiah wang bagi ikan terberat disediakan dalam skala dwi minggu seperti berikut:

pertama rm 500
kedua    rm 300
ketiga    rm 200
keempat rm 100
kelima    rm 50

Sekian dulu, insyaallah akan menyusul gambar aksi di hari pembukaan . Wink
 
Logged

Aku berlindung kepadamu darimu kerana aku darimu dan kembali kepadamu
cengkih
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 135



Email
« Reply #7 on: October 02, 2012, 06:44:49 PM »


Gambar Hari Pembukaan


Early Birds..ada datang seawal Jam 7 pagi untuk mengambil suasana





Bang din Kuda Belang, dengan udang sumpahannya," kalau ikan tak makan ni, derhaka Cheesy"


Pailang Otai Siakap, siapa lagi kalau bukan Wak Lan (Kiri)..ada brani kita challenge baling




Pukul 9 pagi acara mula, rekod menunjukkan 99 orang memancing.




Ikan pertama dinaikkan




Perambut pertama yang berbolot   Grin




Tokey besar Din Panjang, kontraktor yang bermula dengan membuat dan membekalkan Tempe dan Santan .

14 hb Okt Kolam no 1 akan dibuka dan kolam no 3 akan direhatkan.
Logged

Aku berlindung kepadamu darimu kerana aku darimu dan kembali kepadamu
cengkih
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 135



Email
« Reply #8 on: October 08, 2012, 05:34:53 AM »

Sedikit review update yang saya kira kurang positif tetapi sejujurnya. Walau pun dikatakan ramai kolam ini agak menggalakkan pada pembukaan harian, saya telah mencuba pada malam jumaat dan malam minggu (midnight) tetapi handau Cheesy. Saya kira pada malam jumaat itu saya tidak bernasib baik kerana pot di tempat yang salah - ada ikan yang dinaikkan oleh org lain di pot berbeza.

Tetapi pada malam minggu itu ternyata ikan mabuk (dari sebelum hujan jam 2-4) dan tiada ikan dilepaskan sekitar jam 1pg , hanyasanya dilepaskan 5 ekor jenahak pada jam 3pg. Hanya 3 ekor ikan yang makan pancing dari jam 12 sampai 7 pagi. Telah saya sebutkan kepada pengurusan  supaya mengisytiharkan jumlah ikan yang dilepaskan serta waktunya agar pemancing tidak merasa ragu-ragu dengan keberadaan ikan. Tetapi setakat ini tidak diendahkan. Huh Juga tidak disenaraikan nama peserta dan tangkapan terberatnya bagi cabutan hadiah dwi mingguan. Kes ikan mabuk ini tidak nyata pada siang esoknya, tetapi setakat jam 12 tgh, selepas 3 jam dibuka siang hari Ahad cuma seekor jenahak yang memakan pancing. Pengurusan kata ikan mabuk seko dua je...hampeh Roll Eyes

Selain itu kedudukan tandas dipintu masuk yang agak terdedah kepada risiko ular pd waktu malam , kemudahan makan dan minum dan keberadaaan umpan yang sesuai mesti diperbaiki segera.
Logged

Aku berlindung kepadamu darimu kerana aku darimu dan kembali kepadamu
cengkih
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 135



Email
« Reply #9 on: October 18, 2012, 02:22:02 PM »

Sedikit update, pada 14hb lepas sebagaimana yang di khabarkan kolam  3 direhatkan  dan dibuka hanya bagi sabtu dan ahad. Alhamdulillah sambutan kolam 1 kira OK, ramai orang tempatan kureng berhasil tetapi orang luar menggasak. Kolam 1 agak separuh saiz kolam 3, rentapan ikan agak kasar dan ramai yang jadi mangsa putus selain sangkut kat tukun. Hadiah bagi kolam 1 ini dwi mingguan manakala kolam belakang mengikut pusingan bulanan.

Papan, list ranking telah dinaikkan. Tapi waktu dan jenis ikan dilepaskan tak boh gak...management...tak bran kaa??? apa baranggggggg Cheesy



Berikutan ini juga saya mempromokan pertandingan sebagaimana diatas Wink Sekian dulu. Diharap pihak pengurusan dapatlah berperanan dalam dunia cyber membuat promo....lariiiiiiiiiiii Grin
Logged

Aku berlindung kepadamu darimu kerana aku darimu dan kembali kepadamu
cengkih
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 135



Email
« Reply #10 on: January 24, 2013, 04:26:18 PM »

Update.
Dari Oktober ke Disember 2012 pelbagai liku terjadi kepada pengusaha bersekutu. Pendek cerita kolam ini masih beroperasi tetapi dijalankan secara persendirian oleh Bro Din Panjang. Tumpuan diberikan untuk menaiktarafkan kantin hingga menjadi medan selera ala ikan bakar, yang dijangka akan mula di buka pada hari raya cina nanti.

Operasi kolam

Isnin – Khamis dan Ahad  :               10 pagi     hingga    3 pagi esoknya
Jumaat :                                           3 petang  hingga   7 pagi esoknya
Sabtu :                                           10 pagi     hingga    7 pagi esoknya

Bayaran pendahuluan (Deposit)   RM 50.
Kadar bayaran                             1 Jam = RM 15.00
Waktu memancing minima         3 jam (3x15 = RM45)
Tambahan masa memancing seterusnya akan dikenakan kadar caj per jam.
Lebih 20 minit                              ½ x15 = RM   8 (round up)
Lebih 35 minit                                1x15 = RM 15
Pakej tengahmalam 7 jam (Malam Sabtu dan Ahad, juga cuti kelepasan am) = RM 70

Ikan Kerapu, Jenahak dan Siakap. Lebih kepada jenahak, bergantung pada stok.


Buat masa ini seminggu ada 2 kali ikan extra dilepaskan (30 ekor x2), yang akan dimesej kepada sesiapa yang tinggalkan contact number di kaunter. Pihak pengurusan baru sedang merencanakan satu pakej EARLY BIRDS.

Hari: Isnin atau selasa atau rabu. Jam 7 pagi hingga 10
Ekslusif kepada 15 pemancing sahaja yang booking. Ikan extra dilepaskan sebanyak 30 ekor dan udang pree 3 ekor seorang. Yuran RM 50 non refundable. Sekiannnn..... Grin


Logged

Aku berlindung kepadamu darimu kerana aku darimu dan kembali kepadamu
Pages: 1   Go Up
  Print  
 
Jump to:  


Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.20 | SMF © 2013, Simple Machines
SMFAds for Free Forums
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
SimplePortal 2.3.2 © 2008-2010, SimplePortal