Pancing.Net
November 01, 2014, 04:49:30 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News:
 
  Home   Forum   Help Search Calendar Login Register  
Pages: 1   Go Down
  Print  
Author Topic: Jemuduk, tenggiri, kerapu serbu unjam  (Read 2312 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
En. Sham
Mod.Laman Ini
Marlin
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 752


http://img212.imageshack.us/img2
WWW
« on: August 12, 2009, 05:24:24 PM »


Jemuduk, tenggiri, kerapu serbu unjam[/size=3]
Oleh Nuri Angkasa

KUALA ROMPIN: Beberapa ahli Kumpulan Tuna Biru bertekad untuk turun memancing walaupun diketahui bahawa keadaan laut di perairan di sini, tidak menentu, baru-baru ini.

KUALA ROMPIN: Beberapa ahli Kumpulan Tuna Biru bertekad untuk turun memancing walaupun diketahui bahawa keadaan laut di perairan di sini, tidak menentu, baru-baru ini.
Berbekal semangat juang yang tebal, lapan ahli pemancing diketuai Ijal, meninggalkan jeti di sini dengan menggunakan khidmat Tekong Mat Kancil dalam suasana paling baik dan menjanjikan pulangan membawa rezeki yang lumayan.
Dua muka baru dibawa oleh Ijal untuk berkenalan dengan laut, Walaupun kedua-duanya terkenal sebagai pemancing handal di kolam atau tasik tapi belum sekali pun berdepan dengan laut dan cabarannya.
Abu dan Salim cuba mencari pengalaman di laut sambil mengharap supaya kehadiran kali pertama itu tidak berdepan dengan ribut atau mabuk.
Kawasan buruan ikan berparuh seperti ikan layar dan marlin tidak dibawa oleh tekong Mat Kancil kerana kami perlu mencari ikan gred A untuk dibawa pulang dijadikan lauk.

Tekong memandu bot ke kawasan menunda (trolling) dengan Ijal dan Adi diberi peluang mempamerkan kemahirannya.
Mereka menggunakan gewang 18 cm berkepala merah yang sangat digemari ikan tenggiri mahupun alu-alu.
Sebaik saja dua kali mengelilingi kawasan karang kecil yang sering menjadi kegemaran dua spesies ikan bergigi tajam itu, gewang Ijal disambar kuat. Dia yang sudah bersedia terus bertindak balas dan mengawal dengan baik. Adi menggulung tali untuk memberi laluan mudah dan keselesaan kepada Ijal untuk bertarung. Namun pada pertengahan gulungan tali berkekuatan 50 paun itu gewang Adi pula disambar lantas mencetuskan keriuhan gembira semua pemancing.
Tekong Mat Kancil terpaksa mengawal bot. Sambil itu Ijal sudah berjaya menewaskan seekor ikan tenggiri seberat 5 kilogram (kg). Adi masih bertarung menggunakan kekili baru yang sama dibeli bersama Ijal,
“Kerapu tu Adi!” jerit Razak yang tajam penglihatannya sambil cuba membantu tetapi Tekong Mat Kancil lebih pantas bertindak lalu berjaya mendaratkan kerapu merah melalui gancu.
Kerapu ada bermain di pertengahan air atau hampir di permukaan air jika kawasan itu ada karang tinggi, begitu kata Tekong Mat Kancil yang sudah mengalih haluan bot ke unjam pula untuk mendapatkan ikan umpan dan lauk.
Unjam dengan pancing apollo tetap menjanjikan kepuasan bermain dengan ikan kecil seperti selar, tamban, kembung, selayang dan cencaru. Apa pun kali ini unjam menjanjikan kelainan yang tidak dijangka kerana jemuduk berpesta di situ.
Apollo berwarna putih serta mata pancing yang berumpan menjadi kegemarannya.
Jemuduk menguasai tangkapan kali ini malah pesta itu berterusan agak lama sebelum dikejutkan dengan beberapa ekor ikan lumba-lumba yang timbul bermain di sekeliling kawasan unjam.
Kami berpindah sebaik gangguan berlaku, demikian petua Tekong Mat Kancil. Lubuk ketiga menjadi pilihan tekong. Ia kawasan karang yang dihuni ikan terbaik.
Labuhan pertama seekor ikan selar hidup diturunkan oleh Mat Isa. Begitu pantas ia disambar sebaik saja batu ladung mencecah dasar. Isa yang sudah ada pengalaman memancing di batu karang dengan pantas menggulung tali dan tidak memberi peluang mangsa melarikan tali ke batu karang.
Seekor kerapu bersaiz besar di jinakkan oleh Isa yang menganggap itu rezeki untuk keluarga.

Logged


...........Ngail Sokmo.........
- 012 3685116 -

http://www.rm20segera.com/?r=jomlajoin
http://www.jutawanfreedom.com
Pancing.Net
« on: August 12, 2009, 05:24:24 PM »

 Logged
Pages: 1   Go Up
  Print  
 
Jump to:  


Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.19 | SMF © 2013, Simple Machines
SMFAds for Free Forums
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
SimplePortal 2.3.2 © 2008-2010, SimplePortal