Pancing.Net
November 01, 2014, 01:42:25 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News:
 
  Home   Forum   Help Search Calendar Login Register  
Pages: 1   Go Down
  Print  
Author Topic: Panduan, laluan menuju ke Sabak Bernam Port Pancing  (Read 7070 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
En. Sham
Mod.Laman Ini
Marlin
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 752


http://img212.imageshack.us/img2
WWW
« on: October 24, 2008, 04:23:28 PM »


KUALA LUMPUR: Pemilihan Kampung Sungai Lang, Parit Baru dekat Sabak Bernam sebagai gelanggang pusingan ketiga Karnival GP Joran 2008 pada 7 dan 8 Jun ini, adalah untuk memperkenalkan banyak lokasi baru memancing di Selangor.

Kalau sebelum ini, Kuala Selangor dan Kelanang menjadi lokasi GP Joran namun pemilihan Kampung Sungai Lang dilihat bertepatan memandangkan terdapat banyak lubuk ikan di sepanjang perairan daerah berkenaan.

Ditambah pula, lima Kebun Ikan Selangor (KIS) kelolaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri yang menganjur dari Bagan Nakhoda Omar sehingga ke Parit 3, Sungai Burung di Kuala Selangor sudah pasti menjanjikan satu kelainan.

Sejak dibina pada 2006 lalu, pelbagai spesies ikan mahal mendiami KIS iaitu kerapu, tetanda, senangin, alu-alu, kurau, pari, jemuduk, landuk dan beberapa ikan kelas A lain. Ikan komersial lain ialah selar kuning, kembung, bawal pinang dan kunyit juga boleh dipancing di situ.

KIS dilaksanakan di kawasan perairan kurang berarus pada jarak 3 hingga 5 batu nautika dari pantai dengan keluasan 1.2 hektar hingga 2 hektar. Antaranya ialah kebun ikan di Bagan Nakhoda Omar, Sungai Burung, Simpang Lima dan Sungai Haji Dorani di Sungai Besar, manakala satu di Parit 3, Sungai Burung.

Peserta laut boleh berlepas di jeti Kampung Sungai Lang yang jaraknya satu kilometer daripada lokasi kategori pantai.

Panjang pantai Kampung Sungai Lang dianggarkan 3 kilometer dan mampu memuatkan lebih 2,000 peserta. Antara spesies yang terdapat di pantai berkenaan ialah pari, semilang, daun baharu, bawal pinang, senangin, kerapu dan lain-lain.

Untuk ke sini, pemancing dari Utara boleh menggunakan lebuh raya Utara-Selatan dan keluar di Plaza Tol Bidor, Perak kemudian menuju ke Teluk Intan dan apabila sampai di persimpangan Hutan Melintang, dikehendaki membelok ke kiri dan mengikut arah ke Sabak Bernam-Kuala Selangor.

Patuhi papan tanda dan ikut kain rentang GP Joran yang dipasang di tiang lampu serta kawasan strategik di Sabak Bernam untuk sampai ke jeti Sungai Lang.

Bagi pemancing dari Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur dikehendaki memasuki Lebuh Raya Utara Selatan sama ada dari Plaza Tol Sungai Buloh melalui Jalan Duta. Apabila sampai susur keluar ke Sungai Buloh dan Kuala Selangor, anda dikehendaki membelok kiri. Selepas membayar tol anda dikehendaki memandu ke arah Sungai Buloh dengan melalui Penjara Sungai Buloh.

Apabila sampai di simpang tiga di Asam Jeram/Jeram, anda dikehendaki membelok ke kanan menuju ke Kuala Selangor dan teruskan perjalanan melalui Pekan Tanjung Karang, Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam.

Ikut arahan papan tanda dan kain rentang GP Joran yang mengarahkan anda terus ke jeti dan Pantai Sungai Lang di Parit Baru.

Manakala bagi pemancing dari Lumut atau Ipoh, mereka boleh menggunakan lebuh Lekir-Kayan untuk ke Hutan Melintang dan membelok ke kiri untuk ke Sabak Bernam.

Bagi pemancing dari Kuala Lumpur dan Klang, mereka boleh melalui Lebuh Raya Klang-Kuala Selangor-Tanjung Karang- Sabak Bernam.

Peserta dari Selatan pula dinasihatkan memasuki susur ke KLIA di Nilai menuju ke utara sehingga melepasti Restoran Jejantas ke Sungai Buloh dan masuk ke susur kiri. Seterusnya ikut laluan seperti peserta dari Pantai Timur.
Logged


...........Ngail Sokmo.........
- 012 3685116 -

http://www.rm20segera.com/?r=jomlajoin
http://www.jutawanfreedom.com
Pancing.Net
« on: October 24, 2008, 04:23:28 PM »

 Logged
Pages: 1   Go Up
  Print  
 
Jump to:  


Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.19 | SMF © 2013, Simple Machines
SMFAds for Free Forums
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
SimplePortal 2.3.2 © 2008-2010, SimplePortal