May 20, 2013, 04:52:08 PM
Welcome,
Guest
. Please
login
or
register
.
1 Hour
1 Day
1 Week
1 Month
Forever
Login with username, password and session length
News
:
Home
Forum
Help
Search
Calendar
Login
Register
Pancing.Net
>
LAMAN FORUM PANCING
>
Pertanyaan, Panduan & Soal Jawab mengenai pancing
>
LURE, JIG aka. GEWANG.
(Moderators:
Potocol
,
ejoy_burger
) >
INFO GEWANG (RAPALA)
Pages:
1
2
3
»
Go Down
« previous
next »
Print
Author
Topic: INFO GEWANG (RAPALA) (Read 13732 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
jebatjohor
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 2116
INFO GEWANG (RAPALA)
«
on:
December 31, 2009, 05:23:52 PM »
Kwn nak berikan sikit ingo ttg gewang RAPALA yg ada pada masa kini.. Terutama pd beginner, yg da otai kalau ada info kwn silap harap tegur... Info kwn ambik dari saudara Mohdaa, rakan pemancing kwn yg tegar pada pancingan gewang.... Kwn sekadar berkongsi info..
Ok, kepada adik-adik didalam dan diluar sana, disini Cikgu ingin menceritakan sebuah kisah tentang gewang atau sinonim dengan panggilan "Rapala" kerana mungkin jenama ini yang memulakan era gewang di tanah air kita. Untuk pengetahuan umum gewang sebenarnya bukanlah baru di dunia memancing ini malahan ada ahli arkeologi menjumpai spesimen2 gewang yang berusia lebih ratusan tahun lamanya seperti yang berada di dalam kotak hikmat Zin (JFT). Kenapa Gewang? penggunaan gewang adalah salah satu alternatif untuk teknik pancingan di dalam dan luar negara yang boleh tahan juga hasil yang diperolehi melalui teknik ini, bukan itu sahaja, gewang adalah salah satu umpan yg mudah dibawa kemasa sahaja walaupun di kedai makan kerana ia tidak berbau seperti udang busuk ataupun ruat. Untuk permulaan cikgu ingin mendedahkan gewang jenis atas air (topwater) dahulu sebelum mengenal gewang jenis selaman.
Jenis Popper yang berkesan untuk pancingan air tawar dan juga masin.
Bentuk bibir popper
Jenis Pencil Bait
Bentuk pencil bait yang tidak mempunyai bibir
seperti gambar-gambar gewang diatas, ia adalah jenis gewang timbul, popper adalah jenis gewang yg menghasilkan percikan air apabila ditarik henjut, spesis yang biasa menyambar gewang jenis ini adalah dari spesis air tawar iaitu haruan, toman, belida, sebarau, kelah. Air masin pula dari jenis alu-alu, siakap, kerapu, siakap merah dan dari spesis belakang pulau juga ia efektif pada spesis geropoh, talang, dan pelbagai spesis pemangsa lain. Bagi pencil bait pula ia juga adalah jenis timbul dan cara renangannya adalah seperti ikan sakit ataupun terkena sampukan sawan "kerbau pendek" yang bermain atas air, teknik henjut juga diperlukan utk gewang ini. Walaupun gewang topwater ini agak kurang digunakan oleh pemancing kita namun ada di sesetengah situasi ia diperlukan dan lebih efektif contohnya ikan geropoh dibelakang pulau. Bersambung di episod akan datang dengan gewang lain pulak ya anak-anak murid. Teh Ais satu!
Logged
From Angler To Angler For angler.. hasnol 012-7353543
JFT angler
Pancing.Net
INFO GEWANG (RAPALA)
«
on:
December 31, 2009, 05:23:52 PM »
Logged
jebatjohor
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 2116
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #1 on:
December 31, 2009, 05:27:30 PM »
ok, untuk stanby dlm kotak gewang, kita stanbykan 4 ekor topwater (popper/pencilbait) lain2 saiz dr 5cm ke 10cm, selaman cetek (bentuk minnow mcm x-rap) dlm 4ekor jugak berlainan saiz, selaman dlm atau gewang gemuk pun perlu juga 4-5 ekor. ni salah satu contoh persediaan untuk semua jenis gewang selaman dlm kotak gewang
Logged
From Angler To Angler For angler.. hasnol 012-7353543
JFT angler
jebatjohor
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 2116
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #2 on:
December 31, 2009, 05:29:30 PM »
ok, sekmen tak merapu pulak ni; jenis gewang selaman cetek dan juga jenis suspen iaitu separa tenggelam, gewang paling laku dibedal siakap, peacock bass, siakap merah, haruan, etc. perhatikan bibir gewang-gewang ini;
namun begitu ada juga model-model gewang ini dari jenis tenggelam (singking), jadi semasa membeli perhatikan betul-betul pilihan anda timbul (floating) atau Tenggelam (sinking). saiz yg disarankan adalah dari 6cm ke 9cm paling maksimum, terbukti spesimen bersaiz belasan kilo menggemari gewang jenis selaman ini. warna? bergantung kepada warna air, warna merah putih(readhead) masih mendahului paling laku disambar.
Logged
From Angler To Angler For angler.. hasnol 012-7353543
JFT angler
jebatjohor
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 2116
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #3 on:
December 31, 2009, 05:30:26 PM »
sekmen seterusnya agak sesetip skit kepada rakan2 semua iaitu gewang gemok (fat) iaitu salah satu jenis gewang yg juga perlu disediakan didalam kotak manceng kita, keberkesanan gewang jinis ini telah dibuktikan dengan sambaran feberet daripada toman dan juga kerapu. saiz yg sesuai adalah sekitar 5cm gitu, dan terdapat dua selaman iaitu selaman dlm hingga ke 10kaki dan juga selaman cetek. kebaikkan gewang ini adalah ia sedikit berat dan jarak lontaran agak cantik dan jauh. pemilihan warna tidaklah begitu penting untuk gewang gemok ini kerana setelah beberapa tahun menggunakan gewang jenis ini di persekitaran pantai untuk mencari kerapu, ia bedal aja janji gemok. ciri-cir jenis timbul (flaoting) adalah pilihan yg sesuai untuk digunakan. brand Rapala , Lucky Craft, Strike Pro adalah brand yg terbaik buat masa sekarang untuk model buncit ini dan jadilah pengguna yg bijak ketika membeli gewang jenis ini;
Bibir gewang untuk selaman dalam
jenis bibir untuk selaman cetek.
Logged
From Angler To Angler For angler.. hasnol 012-7353543
JFT angler
jebatjohor
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 2116
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #4 on:
December 31, 2009, 05:31:23 PM »
Gewang jenis sambungan ( jointed) ini adalah jenis gewang yang paling cantik renangannya, juga terdapat dlm pelbagai jenis selaman dan sesuai utk semua jenis spesis pemangsa air tawar ataupun air masin. Gewang jenis ini juga jika dibaling tarik tanpa membuat henjutan tetap cantik sampai adakalanya pemancing sendiri yg teringin nak menerkam gewang jenis ini;
Jenis gewang jointed selaman dalam
sambungan pada gewang yg terputus dua ini menambahkan lagi kecantikan renangannya, adajuga jenis gewang hingga 3 sambungan.
Logged
From Angler To Angler For angler.. hasnol 012-7353543
JFT angler
jebatjohor
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 2116
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #5 on:
December 31, 2009, 05:32:14 PM »
ok, gewang seterusnya adalah jenis bersaiz besar iaitu antara 12cm hingga ke 15cm yg boleh dianggap sebagai gewang bagak dan tidak sesuai untuk digunakan semasa mengilat/casting. Disyorkan gewang bersaiz besar ni digunakan untuk tundaan/trolling sahaja dan salah satu model terkenal adalah Halco sorcerer yg memang gah untuk tundaan siakap putih dan siakap merah di muara dan pernah saya sendiri pernah membuat eksperimen di area sungai papan dan hasilnya adalah alu-alu, siakap putih dan juga kerapu di sekitar tepian reba yg bnyk mendapat sambaran. selalunya gewang besar ni disarankan menggunakan jenis selaman dalam untuk tundaan. Gewang jenis ini juga kerapkali digunakan untuk tundaan tenggiri dan ia menjadi kegemaran tenggiri tetapi di sekitar utara agak culas sedikit mungkin kerana pemancing disana telah mengajar tenggiri utara menggunakan sesudu/spoon. apapun rezeki ada jika kita rajin mencuba dan yakin dengan gewang bersaiz ini, klau dah nak pindah dari lubuk ke lubuk tu apa lagi, trolling lah!
Halco Sorcerer 125mm dan 150mm ini yg menjadi idaman kaki-kaki trolling dan sgt efektif kerana gelekannya yg agak gedik.
Jenis bibir Halco ini yg juga tertera kedalaman selaman.
Logged
From Angler To Angler For angler.. hasnol 012-7353543
JFT angler
jebatjohor
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 2116
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #6 on:
December 31, 2009, 05:33:13 PM »
Info seterusnya adalah gewang ultra ringan iaitu gewang mikro yg sememangnya cinonet. saiz gewang mikro ini bolehlah kita kirakan saiznya iaitu bersaiz 5cm kebawah dan berat dlm lingkungan 8gram kebawah. Walaupun gewang bersaiz cinonet ini tidaklah formal digunakan di kebanyakkan tempat dan set joran untuk melontar gewang bersaiz ini juga berbeza contohnya aksi joran sekitar 4-10paun dan juga paling kasar 6-12paun dan perambut kejutan juga yg paling maksimum dan sesuai hanyalah 20paun sahaja. gewang jenis mikro ini juga terdiri dari singking/tenggelam, topwater/atas air, dan juga selaman cetek dan kebanyakkan sasarannya adalah seperti Bandang Bulan yg gemarkan gewang bersaiz cinonet ini. ada juga sesetengah kes pengilat akan menjumpai sekitar kawasan yg berlopak cetek dan adakalanya didiami oelh spesis siakap merah bersaiz 200gram kebawah, begitu juga saiz haruan yg remaja dan saranan untuk menggunakan gewang jenis mikro ini juga perlu. Jika kita perhatikan para pemancing dari pantai timur khususnya pengilat kuantan, gewang mikro bersaiz 5cm ini dijadikan gewang utama untuk mereka memburu siakap putih dan rekod terbesar siakap putih yang berjaya didaratkan oleh rakan saya sendiri dengan menggunakan gewang mikro ini adalah 16kg! fikirkan jika ia logik untuk anda yg mempunyai lubuk siakap putih yang bersaiz mega, cubalah dengan gewang yg bersaiz mikro ini dengan set mengilat ringan dan rasakan penangan tarikan siakap putih, jgn lupa dengan penukaran mata kail gewang dan juga split ring yg lebih kuat dan berkualiti!
Logged
From Angler To Angler For angler.. hasnol 012-7353543
JFT angler
ilhamasong
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 2864
017-777-3677 Lanun Johor
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #7 on:
December 31, 2009, 05:33:38 PM »
good info jebat... lagi..
Logged
Aku Penoreh
Di Putrajaya "Jom Mancing"
ilhamasong@pancing.net
pg_bputra
Jemuduk
Offline
Gender:
Posts: 163
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #8 on:
January 01, 2010, 09:18:15 PM »
hullamak...
da bole jadik profesor nih...
nak tanye sket... kalau gewang2 yang berharga murah sket (ekonomi) efektif x prof. jebat
Logged
majulah sukan memancin....
joran maluri
SAPA
Arowana
Offline
Gender:
Posts: 22850
012 2011744 / 019 3100410 HJ SAARI -WP
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #9 on:
January 01, 2010, 09:22:41 PM »
Quote from: pg_bputra on January 01, 2010, 09:18:15 PM
hullamak... da bole jadik profesor nih...nak tanye sket... kalau gewang2 yang berharga murah sket (ekonomi) efektif x prof. jebat
TAMBAH SOALAN LAGI.....
KO GUNA LPBC DAN ROD APA YEK
KO DAH MAIN BONDO NI JEBAT ...BDST WOOOOO
DAH DAPEK INFO TERINGIN GAK TU....
Logged
ajoharis
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 5400
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #10 on:
January 01, 2010, 10:07:21 PM »
good info...
banyak lagi yg nak dipelajari....
Logged
jom mancen gelama........
hanya itu yang ku tahu........
kalau tak... mancen di paso......
pg_bputra
Jemuduk
Offline
Gender:
Posts: 163
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #11 on:
January 03, 2010, 12:59:30 AM »
maybe kawan kita si jebat nih tengah penat pasal hari nih kan dia nikah/sanding kat tmpt pompuan. confirm kene basuh periuk nye lepas majlis nih. ape2hal pn kita tunggu dia free baru dia jawab soalan kita nih....(itupn kalau kdn bg lesen nak berforum nih) kihkihkih......
Logged
majulah sukan memancin....
berudu
Arowana
Offline
Gender:
Posts: 21082
Kejayaan Tdk Akn Dtg Kpd Manusia Yg Leka
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #12 on:
January 05, 2010, 04:58:26 PM »
Rabun mata tengok rapala Jebat Johor nyer
Bang... klu yang murah2 nyer tuh ok tak???
Logged
Ayuhak mancing
DAIL
ToReX
Marlin
Offline
Posts: 2362
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #13 on:
January 06, 2010, 09:46:41 AM »
rege xmnjdi ukuran dlm kejayaan mnggunakan gewang ni yg pnting cra persembahan la yg menentukan kejayaan menipu sang ikan huhuhuhu
Logged
live.....life.....cool....hardcore caster
hazwan
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 592
Peace
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #14 on:
January 06, 2010, 11:46:43 PM »
baru laaa kawan clear sket bab gewang nih.....
sebulan kena beli sekor nih...
Logged
http://www.jft.com.my
JOHOR FISHING TRIBE
pg_bputra
Jemuduk
Offline
Gender:
Posts: 163
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #15 on:
January 07, 2010, 12:15:03 AM »
mane cukup wan 1 bln sekor.... heheheheeee...
pocong skali beli 1 hari 5-6 ekor... seminggu bape kali dia g fishingline.....
aku nak beli sekor 1bln pn x mampu...kikikiiii...
Logged
majulah sukan memancin....
joran maluri
SAPA
Arowana
Offline
Gender:
Posts: 22850
012 2011744 / 019 3100410 HJ SAARI -WP
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #16 on:
January 07, 2010, 12:27:35 AM »
Quote from: hazwan on January 06, 2010, 11:46:43 PM
baru laaa kawan clear sket bab gewang nih....sebulan kena beli sekor nih...
BETULLL TU LAMA 2 BANYAK..
KOK TAK DAPEK IKAN WAN KO MASAK KAN KARI RAPALA TU....HA HAA HAAAA...LARI
Logged
hazwan
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 592
Peace
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #17 on:
January 07, 2010, 12:40:33 AM »
Quote from: pg_bputra on January 07, 2010, 12:15:03 AM
mane cukup wan 1 bln sekor.... heheheheeee...
pocong skali beli 1 hari 5-6 ekor... seminggu bape kali dia g fishingline.....
aku nak beli sekor 1bln pn x mampu...kikikiiii...
Pocong da kena karenn.. tu pasal dia beli gewang bebanyakk..
aku lom kena karen lagi lerrr
Logged
http://www.jft.com.my
JOHOR FISHING TRIBE
pg_bputra
Jemuduk
Offline
Gender:
Posts: 163
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #18 on:
January 07, 2010, 12:44:51 AM »
nak kene karen bukan susah.
nanti aku suruh pitt bawak g casting kat tmpt yg banyak ikan.... heheheeee
Logged
majulah sukan memancin....
hazwan
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 592
Peace
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #19 on:
January 07, 2010, 12:48:54 AM »
Quote from: pg_bputra on January 07, 2010, 12:44:51 AM
nak kene karen bukan susah.
nanti aku suruh pitt bawak g casting kat tmpt yg banyak ikan.... heheheeee
Boy.... akan ku tuntut janji mu iteww... bila bro???
Logged
http://www.jft.com.my
JOHOR FISHING TRIBE
pg_bputra
Jemuduk
Offline
Gender:
Posts: 163
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #20 on:
January 07, 2010, 01:00:20 AM »
bole... nanti akan ku fowardkan pada pitt. dia tengah kat melaka skang nih. balik kampung.
Logged
majulah sukan memancin....
hazwan
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 592
Peace
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #21 on:
January 07, 2010, 01:07:06 AM »
lambat pon takpa... kawan pon lom ada collection gewang bro...
Logged
http://www.jft.com.my
JOHOR FISHING TRIBE
jebatjohor
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 2116
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #22 on:
January 07, 2010, 01:41:48 AM »
Sorilah, baru blik jb dan baru nak buka pc.. smlm pun nak tgk mana2 yg tertinggal..
Quote from: pg_bputra on January 01, 2010, 09:18:15 PM
hullamak...
da bole jadik profesor nih...
nak tanye sket... kalau gewang2 yang berharga murah sket (ekonomi) efektif x prof. jebat
Quote from: berudu on January 05, 2010, 04:58:26 PM
Rabun mata tengok rapala Jebat Johor nyer
Bang... klu yang murah2 nyer tuh ok tak???
soal ekonomi x da masalah. Mcm bro torex bg tau, cara permainan menjadi faktor. Namun soal kaler gewang pun sikit sebanyak membantu hasil. "Lain padang, Lain belalang". Nak kene try and error serta tnya org yg da biasa dgn kwsan tu.
Quote from: joran maluri on January 01, 2010, 09:22:41 PM
Quote from: pg_bputra on January 01, 2010, 09:18:15 PM
hullamak... da bole jadik profesor nih...nak tanye sket... kalau gewang2 yang berharga murah sket (ekonomi) efektif x prof. jebat
TAMBAH SOALAN LAGI.....
KO GUNA LPBC DAN ROD APA YEK
KO DAH MAIN BONDO NI JEBAT ...BDST WOOOOO
DAH DAPEK INFO TERINGIN GAK TU....
kwn guna rod fenwick eagle gt IM6 dgn mesin abu silvermax je bang aji... tp ni nak upgrade sikit2 ke revo plak
. nak beli daiwan zillion ke calcutta conquest x mampu lagi
Quote from: hazwan on January 06, 2010, 11:46:43 PM
baru laaa kawan clear sket bab gewang nih.....
sebulan kena beli sekor nih...
pelan2 kayuh wan, nak beli byk mmg x mampu, beli sikit2 nnti penuh la box.. mcm kwn gak
Logged
From Angler To Angler For angler.. hasnol 012-7353543
JFT angler
mR_o
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 5627
ngail pah ceroh!!..ke guane?
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #23 on:
January 07, 2010, 07:22:38 AM »
sy nk tnye sket..normalnye ikatan gewang adalah terus ke main line kn..tp ade tak cara lain kite bleh wat selain dr sambungan terus ni?..sbbny main line lame2 nnti akan jd makin pendek plk sbb asyik tukar gewang je..huhu..sy dah penah gune pin kt hjung main line utk wat sambungan tp gelekan gewang jd tak comey sgt la..ade cara lain tak kwn2?
Logged
asik
Tenggiri
Offline
Posts: 442
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #24 on:
January 07, 2010, 11:03:23 AM »
wahh, infomasi yang sangat sangat sangat dan sangat sangat sangat sangat berguna... terimakasih daun keladi, banyak ilmu curahkan lagi.. heheheeee...
Logged
jebatjohor
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 2116
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #25 on:
January 07, 2010, 07:42:55 PM »
Quote from: mR_o on January 07, 2010, 07:22:38 AM
sy nk tnye sket..normalnye ikatan gewang adalah terus ke main line kn..tp ade tak cara lain kite bleh wat selain dr sambungan terus ni?..sbbny main line lame2 nnti akan jd makin pendek plk sbb asyik tukar gewang je..huhu..sy dah penah gune pin kt hjung main line utk wat sambungan tp gelekan gewang jd tak comey sgt la..ade cara lain tak kwn2?
kwn biasanye pasang shockleader pd mainline. x kirela fg knot ke albright knot ke..jd x jd masalah pd mainline disamping shockleader membatu menyerap henjutan ikan
. Mungkin bro bleh ikat o-ring (org lain panggil apa x tau la) pada line, setiap kali nak tukar just pakai plier. ada juga kwn tgk rakan yg pasang kekili pada line/shockleader.
Harap dpt membantu sedikit... kalau silap tlg tegur
Logged
From Angler To Angler For angler.. hasnol 012-7353543
JFT angler
si_diman
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 757
dok makang tarang weh...sap okok lu ah..
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #26 on:
January 12, 2010, 02:58:11 AM »
wah..kene dengan info..sbb bru nk bjinak2 ngan casting..nie..terima kasih tuan jebat..harap2 nanti info psal teknik dan cara plak..set yg sesuai...tq tuan
Logged
wongaedan
Pelata
Offline
Gender:
Posts: 149
harimau malaya
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #27 on:
January 12, 2010, 10:37:04 AM »
salam bro jebat.nak tanya ni,kawan baru berjinak2 dalam casting ni.
1.gewang ni leh ke pakai untuk ayer masin ngan air twr?or ada beza.kalau ada macmana nak kenal?
2.shockleader ni yang ikat ngan mainline kan.biasanya berapa panjang ek?dari jenis tangsi biasa ke or ada dari jenis tertentu.
Logged
dah mula susah nak berenti.......
contact no: kosong1sembilan6sembilan3satu6kosong4
ToReX
Marlin
Offline
Posts: 2362
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #28 on:
January 12, 2010, 12:03:21 PM »
gewang xjd maslah utk guna kat air tawar ker air masin y penting klu guna kat air masin lps guna kene basuh bersih2 takut karat pas2 spilt ring dgn treble hook pon kene tgk2 takut karat
tgk keadaan la klu stakat lyn ruan dlm sekaki dah cukup pnjg lain la lu nak lyn toman sebarau siakap kene la panjg sy biasa guna dlm sedepa utk lyn casting ni nak tahan n kuat gunakan shock leader dr jenis floro carbon mmg liat n tahan jenama plak ikut suka la tp yg best ialah verivas dgn stren(pandgnan peribadi jer ni)
Logged
live.....life.....cool....hardcore caster
asik
Tenggiri
Offline
Posts: 442
Re: INFO GEWANG (RAPALA)
«
Reply #29 on:
January 12, 2010, 12:05:44 PM »
Quote from: ToReX on January 12, 2010, 12:03:21 PM
gewang xjd maslah utk guna kat air tawar ker air masin y penting klu guna kat air masin lps guna kene basuh bersih2 takut karat pas2 spilt ring dgn treble hook pon kene tgk2 takut karat
tgk keadaan la klu stakat lyn ruan dlm sekaki dah cukup pnjg lain la lu nak lyn toman sebarau siakap kene la panjg sy biasa guna dlm sedepa utk lyn casting ni nak tahan n kuat gunakan shock leader dr jenis floro carbon mmg liat n tahan jenama plak ikut suka la tp yg best ialah verivas dgn stren(pandgnan peribadi jer ni)
en, torex, xbalik ker? moh ler meng casting....
Logged
Pages:
1
2
3
»
Go Up
Print
« previous
next »
Jump to:
Please select a destination:
-----------------------------
LAMAN PENTADBIR
-----------------------------
=> Pengumuman dan Ucapan
===> Ucapan Tahniah dan Penghargaan.
===> Ucapan Selamat.
===> Ucapan Takziah
===> Pengumuman Jemputan.
===> UMUM
===> ~ TELAH BERLALU ~
-----------------------------
LAMAN SUAI KENAL
-----------------------------
=> Salam Perkenalan
===> {- KOD ETIKA Pancing.Net -}
-----------------------------
LAMAN PERTANDINGAN, TRIP DAN AKTIVITI.
-----------------------------
=> Pertandingan, Trip dan Aktiviti (Surat Jemputan)
=====> TRIP MEGA P.NET { SEDILI 2010 }
=> Perbincangan @ perancangan mengadakan pertandingan, trip dan aktiviti.
-----------------------------
LAMAN UMUM
-----------------------------
=> PAPAN KENYATAAN UMUM
===> Usahawan & Ahli Perniagaan di P.net
===> Kisah Seram dlm hidup anda.
=> Alam Sekitar
=> Keluarga
===> Hiburan
===> IT, Komputer & Multimedia
=> *English & Other Languages Sections..
-----------------------------
LAMAN FORUM PANCING
-----------------------------
=> PERTANDINGAN GAMBAR TANGKAPAN TERBAIK
=> Gallery Gambar/video
===> Album gambar trip dan perjumpaan.
===> Koleksi rod,reel dan alatan manceng anda.
===> Hasil pancingan anda.
===> Keindahan Alam
===> Koleksi video.
=====> Video Pancing Anda
=====> Macam-macam Ada..
===> Dunia Fotografi
=> Air Masin
=> Air Tawar
=> Pertanyaan, Panduan & Soal Jawab mengenai pancing
===> BAIT aka. UMPAN.
===> REEL aka. KEKILI/MESIN
===> ROD aka. JORAN
===> LINE aka. TALI
===> TACKLE aka. ALATAN.
===> LURE, JIG aka. GEWANG.
===> TEKNIK, GAYA, JENIS dan CARA PANCINGAN.
=====> CASTING
=====> BOTTOM
=====> FLY FISHING
=====> JIGGING - TROLLING - POPPING - DRIFTING
===> UMUM.
===> PENGANGKUTAN AIR
===> HIDUPAN AIR.
=> Info pemancing
===> KEDAI BARANGAN PANCING YANG ANDA TAHU.
=====> Kepulauan Borneo.
=====> Kawasan Utara
=====> Kawasan Selatan
=====> Kawasan Timur
=====> Kawasan Barat
===> LOKASI MEMANCING AIR MASIN YANG ANDA TAHU.
===> LOKASI MEMANCING AIR TAWAR YANG ANDA TAHU.
===> TEKONG BERMASALAH.
===> PERKHIDMATAN SEWA BOT DAN TEKONG.
===> TIPS, PETUA & PANTANG LARANG MEMANCING.
=> Menjual, Mencari/Membeli & Menyewa
===> Mencari & Membeli
-----------------------------
LAMAN 'DIY'
-----------------------------
=> Membuat Rod
=> Peralatan pancing
Loading...
SimplePortal 2.3.2 © 2008-2010, SimplePortal