Pancing.Net
October 02, 2014, 12:22:40 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News:
 
  Home   Forum   Help Search Calendar Login Register  
Pages: 1   Go Down
  Print  
Author Topic: perkongsian umpan rahsia ikan kap........  (Read 6566 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
budakbarubelajar
Pelata
*
Offline Offline

Posts: 101


Email
« on: December 31, 2009, 11:09:53 PM »

RESEPI PERTAMA:-

1. 1 buku roti (jangan guna roti gardenier atau hi-five atau
sebarang roti lembut atau liat. Gunakan roti murah yang
berharga sekitar RM1.20 atau lebih sedikit (mengikut harga
setempat)
4
2. Sebungkus roti ikan – warna puteh – ada dijual dikedai ikan
3. Sebungkus serbuk santan (kelapa pandan)
4. Pewangi pandan atau cecair pandan (ada dijual di kedai
pancing)
5. 300 ml atau 300 cm3 air (gunakan air mineral)
6. 100 gm tepung gandum
Penyediaan Bahan
1. Roti diblender halus. (jangan terlalu hancur). Jangan masukkan
kulit roti. Anda juga tidak boleh menggunakan roti gardiear
atau sejenis dengannya kerana roti jenis tersebut sukar untuk
diblending.
2. Roti ikan dipotong berbentuk kiub 1.5cm X 1.5cm X 1.5cm.
Simpan kiub roti ikan ini ke dalam bekas yang kedap udara
untuk mengelakkan roti tersebut menjadi lemau (masuk angin).
Sebelum anda tutup bekas tersebut, campurkan setengah dari
pewangi pandan (bahan 4), tutup, goncang dan biarkan.
3. Roti yang telah diblender halus (rujuk penyediaan Bahan 1),
gaulkan dengan ¼ dari serbuk santan pandan (bahan 3).
Selepas itu, gaulkan pula bahan-bahan tersebut dengan
setengah dari pewangi pandan (bahan 4). Renjiskan air mineral
(bahan 5) tetapi jangan terlalu banyak air. Patikan bahanbahan
yang telah digaul tersebut tidak terlalu lembut dan tidak
terlalu kental. Sekiranya terlebih air, gunakan tepung gandum
(bahan 6) untuk menjadikannya kental sedikit dan saudara
boleh melontarkannya ke dalam kolam dan tidak tercicir.
(Pastikan gaulan umpan yang disediakan itu, tidak terlalu
kental. Kap tidak akan menjamah makanan kental dan keras)
5
4. Umpan anda telahpun tersedia dan masukkan kedalam bekas
yang kedap udara. Umpan ini hanya untuk sekali penggunaan.
Anda tidak boleh menggunakan umpan yang disediakan ini
untuk esok hari kecuali anda simpan di dalam peti sejuk)
Kaedah melekatkan umapan ke mata pancing
1. Cangkukkan 2 kiub roti ikan pada bahagian hujung mata
pancing.
2. Palut mata pacing yang telah dilekatkan kiub roti dengan umpan
yang telah disediakan (rujuk Penyediaan bahan 4)
3. Balingkan pada jarak 20 kaki dari anda (Kap biasa bermain
berhampiran tebing kolam !!. Namun begitu anda juga boleh
membalingkan umpan anda jauh ke tengah kolam mengikut
kesukaan anda.) Patikan tali pancing anda dalam keadaan
tegang dan letakkan penanda seperti plastersin atau anda boleh
gunakan straw minuman sebagai penanda)
4. Sekiranya selepas 20 minit , umpan anda masih tidak dijamah
atau tiada tanda-tanda kap menghampiri umpan anda, angkat
pancing dan letakkan umban sekali lagi dan baling ke tempat
yang sama. (Jangan baling ke tempat lain). Berasabar, anda
pasti akan memperolehi kap.

RESEPI UMPAN POWER K2
Bahan-bahan
1. Sebuku roti biasa yang berharga RM1.20 atau lebih sedikit.
Mengikut harga setempat). Jangan gunakan roti gardinier atau
Hi-Five atau yang sejenis dengan nya.
6
2. Setengah keping kelapa parut
3. Pewangi pandan (Ada dijual di kedai pancing). Anda boleh
gunakan yang berbentuk serbuk atau cecair.
4. Roti ikan
5. Serbuk santan kelapa (Pandan)
6. 100 ml air atau 100 cm3 air.
Penyediaan Bahan
1. Roti disiat-siatkan halus. (Tidak perlu diblender). Gaulkan
dengan kelapa parut (bahan 2) . Disimpan ke dalam bekas
kedap udara.
2. Roti ikan dipotong bentuk kiub bersaiz 1.5cm X 1.5cm X 1.5cm.
Gaul dengan serbuk pewangi pandan dan disimpan ke dalam
bekas yang kedap udara.
3. Serbuk santan (gunakan ½ bungkus sahaja), dibancuhkan
dengan 100 ml air. Santan yang telah dibancuh ini, tuangkan
sedikit demi sedikit ke dalam bahan (penyediaan 1) di atas
sehingga kelihatan mudah dibaling (tidak gugur ketika
dibalingkan).
4. Umpan K2 anda telah sedia untuk digunakan.
Arahan Penggunaan.
1. cangkukkan kepingan roti dari (penyediaan bahan 3) ke mata
pancing anda. Selepas itu, cangkukkan 2 kiub roti ikan
(penyediaan bahan 2) pada bahagian hujung mata pancing anda
2. Balingkan pada jarak 20 kaki dari dari tebing kolam. (Saya
ingatan sekali lagi bahawa kap selalu bermain pada kedudukan
7
berhampiran tebing kolam). Namun begitu, anda boleh juga
baling umpan anda jauh ke tengah kolam mengikut kesukaan
anda.
3. Jika selepas 20 minit, umpan anda masih tiada tanda-tanda
dihampiri kap, tarik pancing anda dan pasang umpan sekali lagi
dan balingkan ke tempat yang sama. Bersabar. Jangan beralih
ke tempat lain sekiranya umpan masih belum dijamah ikan.
Logged
Pancing.Net
« on: December 31, 2009, 11:09:53 PM »

 Logged
mR_o
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 5628


ngail pah ceroh!!..ke guane?

syukryz@yahoo.com
Email
« Reply #1 on: December 31, 2009, 11:13:20 PM »

good info bro!!
Logged

Samuel8383
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 811


Hidup ikan, Tidur ikan, Isap Ikan, Minum Ikan.....


Email
« Reply #2 on: December 31, 2009, 11:46:02 PM »

  Kiss thank Q bro.............  informasi yg berguna
Logged

ajim
Siakap
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 78


kail panjang sejengkal, konfem kena toman


« Reply #3 on: January 02, 2010, 11:06:22 PM »

ikan ape yag suke umpan ni.....selain patin n tongsan....Huh?
Logged
Pages: 1   Go Up
  Print  
 
Jump to:  


Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.19 | SMF © 2013, Simple Machines
SMFAds for Free Forums
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
SimplePortal 2.3.2 © 2008-2010, SimplePortal