Pancing.Net
August 28, 2014, 07:03:27 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News:
 
  Home   Forum   Help Search Calendar Login Register  
Pages: 1 2 3 4 5 »   Go Down
  Print  
Author Topic: perkongsian umpan rahsia patin..jeng jeng jeng....  (Read 44890 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
budakbarubelajar
Pelata
*
Offline Offline

Posts: 101


Email
« on: December 31, 2009, 11:28:41 PM »

RESERI P1

Bahan-bahan
1. 500 gram tepung ubi
2. 300 gram usus ayam (ambil yang berwarna seakan kmerahan)
3. 1 buku ragi (Ada dijual di kedai India atau Melayu)
Penyediaan Bahan
1. Usus ayam dibersihkan dan dipotong sepanjang 1 inci.
Masukkan sedikit air kira-kira 150 ml. Blender usus ayam
tersebut sehingga halus dan tidak ada sisa-sisa atau urat-urat
yang tidak hancur. Tapis dengan penapis untuk memastikan
sisa-sisa terbuang. (PERHATIAN: Anda dinasihati
menggunakan Blender dan Penapis Khas. Dan jauhkan alatan
tersebut dari digunakan oleh isteri untuk kegunaan harian lain)
2. Ragi dipecahkan sehingga hancur.
12
3. Gaulkan ke semua tepung ubi, ragi dan usus ayam yang telah
diblender tadi. Pastikan gaulan tersebut berkeadaan seperti roti
canai yang belum ditebarkan iaitu dalam keadaan berkental.
4. Simpan gaulan tersebut dalam bekas yang kedap udara. Anda
dinasihati menyimpan gaulan tersebut sekurang-kurangnya 4
jam sebelum boleh digunakan.
Arahan Penggunaan
1. Kepalkan ke mata pancing dan balingkan jauh ke tengah kolam.
Patin biasanya berada di tengah kolam dan pada tempat yang
dalam.
2. Biarkan sekurang-kurangnya 20 minit. Jika masih tidak ditarik
oleh ikan, angkat pancing dan gantikan umpan. Balingkan
semula ke tempat yang sama. Jangan beralih tempat terlalu
cepat. Bersabar. Umpan anda pasti dimakan oleh patin.


RESEPI UMPAN POWER P2
Bahan-bahan
1. Satu buku roti RM1.20 atau lebih sedikit mengikut harga
setempat. Anda juga boleh menggunakan roti gardinear atau
High-five atau yang sejenis dengannya.
2. 350 gram usus ayam – ambil yang berwarna seakan-akan
merah. Jangan ambil yang keras.
3. ½ keping kelapa parut.
4. 100 ml air
13
Penyediaan bahan
1. Roti disiat-siat tapi tidak terlalu kecil.
2. Usus ayam dibersihkan dengan membuang segala kotorannya
dan dipotong 1 inci panjang. Blender sehingga halus dengan
blender khas. (PERHATIAN: Jangan menggunakan blender
yang sering digunakan oleh isteri anda dalam tugas hariannya.
Anda perlu beli atau dapatkan blender khas untuk tujuan ini).
Masukkan sedikit air agar bahan tersebut tidak terlalu likat atau
pekat. Tapis dengan penapis yang anda khaskan untuk tujuan
itu.
3. Pastikan tiada sisa pepejal seperti urat-urat usus yang tidak
hancur. Jika ada, buang (dengan menapis)
4. Masukkan bahan yang telah diblender tadi ke dalam satu bekas
lain. Gaulkan semua bahan iaitu cairan usus, kelapa parut dan
roti dengan sama rata. Pastikan gaulan tidak terlalu lembut.
Jika lembut, tambah cebisan roti.
5. Sebaik-baiknya gunakan selepas 4 jam umpan tersebut
disediakan.
Arahan Penggunaan
1. cangkukkan cebisan roti tersebut pada mata pancing.
2. Setelah dicangkukkan ke mata pancing, kepal roti tersebut agar
tidak bertaburan semasa anda membalingkan umpan ke dalam
kolam.
3. Balingkan jauh ke tengah kolam kerana biasanya patin berada
di tengah kolam terutama tempat yang dalam.
4. Tunggu sekurang-kurangnya 20 minit, sebelum anda
mengangkat pancing anda jika tidak dimakan ikan. Gantikan
umpan yang baru dan balingkan tempat ang sama.
14
5. Bersabar. Jangan terlalu cepat untuk beralih ke tempat lain.
Umpan anda telah bertaburan di dasar kolam. Ini merupakan
satu tarikan untuk patin menghampirinya dan seterusnya
memakan umpan anda.

RESEPI UMPAN POWER P3
Bahan-bahan
1. 500 gram dedak 929 atau 920 atau 928
2. 350 gram usus ayam. Ambil yang berwarna seakan-akan
kemerahan.
3. 100 ml air
Penyediaan bahan
1. Dedak diblender halus (Anda boleh dapatkan yang tersedia
halus di kedai pancing).
2. Bersihkan usus ayam dengan membuang segala kotorannya dan
dipotong sepanjang 1 inci (Boleh juga dipotong dahulu dan
dibersihkan kemudian). Campurkan sedikit air dan diblender
halus. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
3. Buangkan segala sisa pepejal yang tidak hancur dengan
menapis bahan tersebut.
4. Campurkan ke dalam dedak dan gaul sehingga rata. Pastikan ,
gaulan tersebut tidak terlalu lembik. Jika lembik, tambah
sedikit dedak. Kemudian, masukkan ke dalam satu bekas yang
kedap udara dan kalau boleh, biarkan selama 4 jam sebelum
digunakan.
15
Arahan penggunaan.
1. Kepalkan dedak gaulan tersebut ke mata pancing.
2. Balingkan jauh ke tengah kolam kerana patin memang suka
berada di tengah kolam. Jika umpan anda tidak dimakan atau
tiada tanda-tanda dimakan oleh ikan, biarkan selama 20 minit
sebelum diangkat dan digantikan dengan umpan baru.
Balingkan ke tempat yang sama. Mudah-mudahan buruan patin
anda akan berhasil. Insya Allah.


RESEPI UMPAN POWER P4
Bahan-bahan
1. Roti berharga RM1.20 atau lebih sedikit. Jangan gunakan roti
Gardinear atau High-Five atau yang sejenis dengannya.
2. ibu roti (Mauripan) – 1 bungkus
3. Kelapa parut ½ biji.
4. Pewangi power (Warna unggu) – boleh dapatkan dari kedai
dedak atau kedai pancing.
Penyediaan Bahan
1. Roti disiat kecil (tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar)
2. Gaulkan roti, mauripan, kelapa parut dan pewangi power sama
rata dan disimpan ke dalam bekas yang kedap udara. Biarkan
sekurang-kurangnya 4 jam sebelum digunakan.
Arahan Penggunaan
1. Cangkukkan cebisan roti ke mata pacing. Selepas itu kepalkan
agar tidak bertaburan semasa dibalingkan nanti.
16
2. Balingkan jauh ke tengah kolam dan tunggu sahaja sehingga di
makan oleh ikan. Selepas 20 minit, jika tidak dimakan ikan,
angkat dan tukarkan umpan baru. Balingkan ke tempat yang
sama.


RESEPI UMPAN POWER P5
Bahan-bahan
1. 600 gram dedak 929
2. 200 gram dedak 923
3. 100 gram dedak Hong
4. 200 gram kerisik (kelapa parut yang direndang garing) – ada
dijual sedia diguna di mini market atau super market.
5. Pewangi Power – ungu – strawberry – 2 bungkus
6. Air mineral
Penyediaan Bahan
1. Jika anda membeli dedak yang berbentuk pelet, campurkan
kesemua bahan 1, 2, 3 dan 4 dan blender sehingga halus.
2. Jika anda membeli dedak yang telah dimesen halus, gaulkan ke
semua bahan 1, 2, 3, 4 dan 5.
3. Simpan ke dalam bekas yang kedap udara.
4. Bila hendak menggunakannya, ambil sedikit dan tutup semula
dengan ketat bekas yang mengandungi dedak tersebut.
Arahan Penggunaan
1. Tuangkan air mineral kepada bekas yang mengandungi dedak
sehingga dedak berkeadaan lembab (tidak basah dan melekit).
Bancuh atau gaul dan gumpal sama rata.
17
2. Balutkan mata pancing dengan dedak yang siap dibancuh tadi
dan kepal tetapi jangan sehingga terlalu padat.
3. Balingkan ke tengah kolam atau mengikut citarasa anda (Patin
kerapkali berada di tengah kolam). Sekiranya masih tidak
dimakan oleh ikan, tunggu sehingga 20 minit barulah diangkat
pancing dan gantikan umpan baru. Balingkan ke tempat yang
sama. Jangan beralih tempat terlalu kerap. Kalau boleh tunggu
sehingga umpan anda dimakan oleh ikan.
Logged
Pancing.Net
« on: December 31, 2009, 11:28:41 PM »

 Logged
budakbarubelajar
Pelata
*
Offline Offline

Posts: 101


Email
« Reply #1 on: December 31, 2009, 11:30:03 PM »

klo ade sape2  yg dah try jgan lupe inform2 k.....
Logged
Samuel8383
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 811


Hidup ikan, Tidur ikan, Isap Ikan, Minum Ikan.....


Email
« Reply #2 on: December 31, 2009, 11:45:22 PM »

  Cheesy thank Q bro........ boleh try sabtu nir
Logged

drfaiz
Bilis
*
Offline Offline

Posts: 19


Email
« Reply #3 on: January 01, 2010, 11:45:33 AM »

info yg terlalu berguna bro!....teruskan usaha... Cheesy Cheesy Cheesy
Logged
pelatung_parit
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2942


janji ada air.... zazzzz!!!............


« Reply #4 on: January 01, 2010, 01:59:53 PM »

GOOD INFO.. TQ.
Logged

jom casting sampai rentung....... contackler klu sudi.... 012-7773652 hehehehe.........

JGN LUPA ADD PESBOOK TEMAN....
Wak Jeman
jay43000
SAPA
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 787



Email
« Reply #5 on: January 01, 2010, 04:27:10 PM »

btul2 otai tuan budakbarubelajar ni
mcm2 ptua
 Grin Grin
Logged

ikan kekek mak iloi iloi....
budakbarubelajar
Pelata
*
Offline Offline

Posts: 101


Email
« Reply #6 on: January 01, 2010, 04:57:42 PM »

ish...
saya bdak2 lg...
Logged
CBR_F1
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 138


ex bikers


Email
« Reply #7 on: January 01, 2010, 05:34:09 PM »

good info bro Cheesy Cheesy





p/s dkat mana nak cari blender secondhand Huh Huh
Logged

kita kawan tak mahu lawan,
Samuel8383
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 811


Hidup ikan, Tidur ikan, Isap Ikan, Minum Ikan.....


Email
« Reply #8 on: January 01, 2010, 08:51:39 PM »

apa macam jika air ditukar dengan telur ayam.  Huh saya rasa kebanyakan ikan suka makanan yang berprotin, lagipun telur akan menyebabkan dedak lebih kental dan tahan lama........ ni pendapat sdn bhd.. jika salah tolong betulkan.
Logged

Abang Saiful
Arowana
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 34716



Email
« Reply #9 on: January 02, 2010, 09:43:57 AM »

woooooo tq bro.. dah macam nak buat kuih pulok hehehehehehe..
apa2pun teman ucap terima kasih dan teman akan cuba resepi ni Grin Grin Grin
Logged
ikhSeRn
Tenggiri
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 334



Email
« Reply #10 on: January 02, 2010, 10:32:03 AM »

ni klu kat sungai ley guna x petua nih..........
klu ley nak try je nih.......
Logged

kontek me at 013-7270020
fishin is fishin.........
budakbarubelajar
Pelata
*
Offline Offline

Posts: 101


Email
« Reply #11 on: January 02, 2010, 10:58:04 AM »

kome ley try laa...
kt mne asal ann ade ikan patin...
hehhe....
nie nk tnye pndapat korang sume....
kan kebanyakan kolam pancing x bgi gune perut ayam...
tpi...
klo gne resepi ini mcam mne plak ahh....
prot ayam nie dah dicampor aduk kan....
Logged
ikhSeRn
Tenggiri
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 334



Email
« Reply #12 on: January 02, 2010, 11:04:51 AM »

owh owite nnt nak try kt sungai je huhu.....
erm klu x berbau sgt....ley kot.....
tp rasanya mest berbau gak perut ayam 2
klu x kantoi ngan tokey kolam ley je guna..........
Logged

kontek me at 013-7270020
fishin is fishin.........
budak sekolah
Tenggiri
*
Offline Offline

Posts: 402


Email
« Reply #13 on: January 02, 2010, 06:07:20 PM »

ya betoi sayer setuju........kalau kantoi pun alih2 dia tak bg guna jer......belasah jer....
Logged
ikhSeRn
Tenggiri
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 334



Email
« Reply #14 on: January 02, 2010, 06:48:52 PM »

haha tul2
klu b4 kantoi 2 rasanya sempat la kot 2-3 ekor dah atas darat dah ikannya huhu
Logged

kontek me at 013-7270020
fishin is fishin.........
ajim
Siakap
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 78


kail panjang sejengkal, konfem kena toman


« Reply #15 on: January 02, 2010, 11:01:29 PM »

haha...aku setuju...pki je perut ayam..tu...
tokey kolam dah kayoooooo.....kito yg tak kayoo.$$$$...heheh
Logged
hazwan
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 592


Peace

hazwan_hassan
WWW Email
« Reply #16 on: January 02, 2010, 11:04:21 PM »

woooo... resepi nih kena print ....

Thanks bro
Logged

http://www.jft.com.my
JOHOR FISHING TRIBE
budak sekolah
Tenggiri
*
Offline Offline

Posts: 402


Email
« Reply #17 on: January 03, 2010, 11:03:31 PM »

jgn pening kepala bos yg penting ikan atas darat lu hahahah.......... Roll Eyes Roll Eyes
Logged
ikhSeRn
Tenggiri
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 334



Email
« Reply #18 on: January 03, 2010, 11:11:30 PM »

haha tul2......
klu nmpk tokey 2 dtg dekat je...
cepat2 nyorokkan umpan perut yama kuarkan lak umpan dedak.....
Logged

kontek me at 013-7270020
fishin is fishin.........
tomman
Tenggiri
*
Offline Offline

Posts: 206


Mesin Katak Oh!katak kroooooooooooook


Email
« Reply #19 on: January 04, 2010, 03:35:32 PM »

Ade satu lagi umpan yg best nak dicuba

Bahan2

1. Roti Gardenia
2. Serbuk dedak power no. 2 (bau strawberry)
3. Inchiban Mega taste pandan (botol)
4. Mata gamakatsu Octopus Circle

potong roti bentuk dadu pas tu spry inchiban pandan tadi bagi lembab skit,masukkan serbuk dedak power tadi sedikit sahaja dan gaul sama rata.gunakan perambut kembar ( 2 mata) jenis V cangkuk kat mata kail dan kepal sebesar bola pingpong sahaja (jangan besar sangat)baling jauh2 dan apalagi melangut ler kejap kehhhhh

p/s : teman selalu naik patin pakai umpan nie.baunya seakan2 masam dan wangi sedikit.cuba2 jangan tak cuba
Logged

TOKOH BELIA NEGARA tu ! kui!kui!kui!
budak sekolah
Tenggiri
*
Offline Offline

Posts: 402


Email
« Reply #20 on: January 04, 2010, 06:23:11 PM »

 teman pun selalu guna tp pakai roti jenama sedap jer
Logged
budakbarubelajar
Pelata
*
Offline Offline

Posts: 101


Email
« Reply #21 on: January 04, 2010, 09:58:51 PM »

thanx bnyk2 bnyk2 bro tomman.....
bro slalu comment sy pnye topic...
kt tmpat sy nie xdek org gune ichiban.....
bro tomman ade tau x tmpat kt ipoh nie gune ichiban.....
lagi satu.....
klo gune prambut V tu..
at ltak kt atas pin ke....??
Logged
berudu
Arowana
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 21261


Kejayaan Tdk Akn Dtg Kpd Manusia Yg Leka


Email
« Reply #22 on: January 05, 2010, 04:39:43 PM »

best-best.... bleh try... mana nak carik blender... kat rumah pun ada 1 jer... ekekeke Grin Grin Grin
Logged

Ayuhak mancing     DAIL
 
tomman
Tenggiri
*
Offline Offline

Posts: 206


Mesin Katak Oh!katak kroooooooooooook


Email
« Reply #23 on: January 06, 2010, 12:58:44 PM »

sebenarnya teman nie ikut orang aje sebut benda tu inchiban,tapi kalau kome nak cari mega taste pandan tu boleh cari kat mana2 rangkaian cawangan TCE Tackle,diorang punye produk tu.pewangi pandan tu kalau tidak di sulam dengan serbuk power no. 2 tak berkesan.lebih kurang lapan kolam pancing di Perak dan Selangor teman guna,alhamdulillah dapat.tapi tengok nasib,kekadang mangko.

Ok,perambut V tu, sonang aje nak buat,potong tali sepanjang 2 kaki pas tu ikat mata di kedua2 penghujung tali tadi,ikat bahagian tengah untuk sangkut pada minnor pin,jadi kome dapat perambut dalam 1 kaki panjang.teman selalu panggil twin atau berkembar.kebanyakannya panggil V.masukkan/cangkuk roti pada mata kail dan ambil sedikit kepal sebesar bola golf atau pingpong,baling jauh2 sampai tengah sebab patin nie main tengah.campuran inchiban dalam botol spray perlu betul.termasuk campuran serbuk power no. 2 tu.tak boleh banyak sangat,nanti takleh nak kepal.

Pembetulan :

roti gardenia sebenornye kurang sesuai pakai sebab ia akan menjadikan umpan kome liat ,so ikan lambat shot,cari roti jenama Sedap,family yang harga murah.
Logged

TOKOH BELIA NEGARA tu ! kui!kui!kui!
budak sekolah
Tenggiri
*
Offline Offline

Posts: 402


Email
« Reply #24 on: January 06, 2010, 05:31:37 PM »

nak numpang tanya.....sri kat kantan kat tronoh tu peronah mancen ker yob.......awak geram kat patinyer........biasa mancen pake umpan aper.......
Logged
jinggo
Pelata
*
Offline Offline

Posts: 140


« Reply #25 on: January 08, 2010, 05:00:15 PM »

nak tanyo Pewangi Power – ungu – strawberry – tu macm mane ruponyo
Logged
Betok76
AJK PNET
Marlin
***
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 6202



« Reply #26 on: January 08, 2010, 05:13:01 PM »

very good info...mekasih.. Grin Grin
Logged
tomman
Tenggiri
*
Offline Offline

Posts: 206


Mesin Katak Oh!katak kroooooooooooook


Email
« Reply #27 on: January 11, 2010, 04:01:19 PM »

pewangi power sebenarnya banyak jenis,jangan keliru,untuk patin teman syorkan pakai pewangi power no. 2 dalam pakaging petak.harga di Kepong tackle RM 3.50 kalau di kedai Bidor RM 5.00.kalau buka ia akan pecah menjadi serbuk.paket luar warna silver terdapat corak kuning.codding die no. 1,no. 2,no.3,no.4.untuk patin pilih no. 2.ia perlu disulam dengan ichiban mega taste pandan keluaran TCE Tackle.campuran nisbah kene betul sebab penggunaan serbuk tu tidak boleh banyak mahupun kurang. jika lebih bau roti akan menguasai dan kalau lebih ia akan menjadi bau seakan strawberry.kalau betul ia akan berbau seakan keju masam tapi wangi.haaaa itu dan menjadi ler.kegunaan umpan nie untuk kolam bayor aje dan masa tournement.antara kolam yang menjadi umpan nie ialah di kolam Wak Nan di Ipoh,Shariff World di Bidor,Joran Terjun di Ulu Kemensah,Kolam Aji di Ulu Yam,Kolam Pancing di Subang,Sukida dan beberapa kolam lagi.teman dah ekplo.tapi terdapat satu lagi umpan iaitu penggunaan tepung/doh maggi.selalu di Wak Nan ada jual.tapi teman selalu buat sendiri aje  pakai maggi kosong blender hancur campur minyak skit dan air.Wak Nan memang menjadi.

Ok. Kolam sri kantan di Tronoh tu,cuba pakai maggi/kosong yang diblender sampai tepung dan campur minyak skit dan air.jadikan doh.kalau rajin pergi kat kilang buat maggi dan beli sekilo.buat doh dan pakai mata bom dengan 4 mata ditanam di dalam bom satu mata biar di bawah.buat sendiri lagi sengan boleh nak ajust mata tu. dia kene 2 inci dari bom kepal.baru cepat strike.teman gune umpan nie dan roti dan buat eksperimen dan hasilnya umpan roti+inchiban pandan+power no. 2 lebih menjadi.pernah sekali teman naik 6 patin tapi C&R aje.saje seronok tarik.pakai maggi pun cepat juga tapi semuanya tengok rezeki.
Logged

TOKOH BELIA NEGARA tu ! kui!kui!kui!
budak sekolah
Tenggiri
*
Offline Offline

Posts: 402


Email
« Reply #28 on: January 11, 2010, 09:21:33 PM »

tq yob lh try nanti....
Logged
tomman
Tenggiri
*
Offline Offline

Posts: 206


Mesin Katak Oh!katak kroooooooooooook


Email
« Reply #29 on: January 14, 2010, 03:13:56 PM »

nak lebih kaw lagi campur 1 peket mauripan untuk sebungkus roti .teman lupa nak bagitau.
Logged

TOKOH BELIA NEGARA tu ! kui!kui!kui!
Pages: 1 2 3 4 5 »   Go Up
  Print  
 
Jump to:  


Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.19 | SMF © 2013, Simple Machines
SMFAds for Free Forums
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
SimplePortal 2.3.2 © 2008-2010, SimplePortal