Big splash big fish bak kata orang putih....
Salam sume..teman pun nak kongsi skit la..rasanya popper R2C ni tak la mahal mana tapi masih relevan klau kita bawa ke pelantar..alhamdulillah kedua-dua popper ni nak merasa di kokak oleh GT..
Popper yang berjaya memikat GT di Pelantar Minyak Terengganu.
1. Popper River2sea model Bubble Walker 180.
Gambar diatas menunjukkan popper keluaran river2sea model Bubble Walker 180. Didalam badan popper ni dilengkapi dengan bearing yang memberi kesan getaran dan bunyian apabila ditarik dan dihenjut ketika aksi popping. Tepat dengan namanya bubble walker, ia meninggalkan kesan buih yang dihasilkan oleh mulut popper yang terbuka. Ini memudahkan kawanan GT mengesan kehadiran popper ni. Ia ibarat anak ikan yang sedang bermain dipermukaan terutamanya ketika ia ditarik dan dihenjut dengan kala yang sama.
Popper seberat 180g ni amat sesuai digunakan untuk balingan jarak jauh dan menghampiri kawanan GT yang sedang boiling. Tetapi popper ni terdapat sedikit kelemahan dari segi kemasan pembuatannya. disebabkan oleh rekabentuknya daripada plastik, kemasan clear coatnya mudah tertanggal.
2. Popper River2sea model dumbell pop 200
Gambar diatas menunjukkan popper River2sea model dumbell pop 200, Popper dilengkapi dengan warna matelik ni juga dibekalkan dengan sepasang mata besar sebagai pemikat. mulutnya yang besar dengan leher yang ramping dapat menghasilkan bunyi pop yang nyaring dan mudah untuk memikat kawanan Gt untuk mengejarnya. beratnya 200g dengan mentuk badan yang sedikit panjang berbanding bubble walker lebih memudahkan balingan tepat kesasaran apabila diperlukan.
Selain dari pada popper itu sendiri, aku pernah dinasihatkan oleh rakan seperjuangan agar menukar mata 3 yang sedia ada kepada mata 3 yang diyakini prestasinya, ini bagi mengelakkan kejadian mata 3 yang terkangkang. Gama 4X - 3/0 (Gamakatsu) dan Owner solit ring hiper wire digunakan sabagai penyambung mata 3 kebadan popper. Ini sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada aku untuk hook up dan pump ketika ikan membaham popper.
3. Surecatch
Jenama surecatch memang paling berkesan sudah terbukti terutama Team Xa sentiasa membawa jenama ini
ke mana tempat untuk di uji ternyata hebat hasil nya sila rujuk trip xa yang lepas dan
rekod ikan terberat GT 25kg di penang lokasi kapal singapore oleh pemancing bernama Paksu juga telah menggunakan jenama ni

pada trip oct 2009 lokasi pelantar minyak pulai yg di gunakan oleh aji aji berjaya menaikan ikan Gt seberat 21.5 kg juga mengunakan popper surecatch..
Kelemahananda perlu menukar rings asal ke jenama lebih lasak kerana ring boleh terbuka apabila di gasak gt 20kg keatas
4.Halco Rostarekod ikan terberat di trip penang GT 15kg oleh pemancing bernama Sado juga telah menggunakan jenama halco rosta
Set Sederhana untuk popping.Rod Opus Bull Monster mash 8kaki ,Tali power pro 60ib,Reel Saltiga Blast 4500
jika size ikan Gt 20kg jika anda mengunakan set sederhana ini pasti anda keletihan menakibatkan pengsan
2 atau 3 jam ..kerana telah berlaku terhadap saya..
Set Berat Untuk PoppingRod Shimano Caranx panjang 8,4 tali power pro 80ib Reel Twin Power PG8000(akan di upgrade ke Stella 10000XG)

terpulang kepada kemampuan masing masing....tertapi ingat dari orang tua saya kalau terkena sakit gilos memancing
terpaksa lah saya berkerja keras mencari duit untuk membeli alatan memancing dikala hari in harga peralatan memancing
mahal bak boleh meminang anak dara...adakah anda sanggup berabis kerana tergilakan alatan memancing yg baru..
saya rasa memhabiskan Rm10,000.00 masih belum cukup lagi ini cuma untuk 1 set bottom 1 set Popping 1 set Jigging termasuk segala jenis gewang..
sila rujuk link
http://xtremeanglers.informe.com/forum/air-masin-f32/xtreme-anglers-kapal-besar-july09-t41.htmlsalah satu acara popping mengunakan jenama surecatch
1.popping di kapal besar trip july 2009 7-10kg

2.popping di kapal besar trip july 2009 11kg

3.popping di kapal singapore trip Oct 2009 25kg

4.popping di kapal singapore trip Oct 2009 18kg (ikan zulbb yg dapat)

5.Popping Kat kapal russion 13 kg oleh ajed pancing .net
Jenis popper Surecatch Albino 40g (Luminous)

Spec SHIMANO TWIN POWER 5000HG -











