May 22, 2013, 05:49:37 PM
Welcome,
Guest
. Please
login
or
register
.
1 Hour
1 Day
1 Week
1 Month
Forever
Login with username, password and session length
News
:
Home
Forum
Help
Search
Calendar
Login
Register
Pancing.Net
>
LAMAN FORUM PANCING
>
Air Masin
(Moderators:
Potocol
,
En. Sham
,
DelidaBintik
,
bidan
,
ejoy_burger
,
Fahiz
,
wanjoker
) >
tenggiri tuas
Pages:
1
Go Down
« previous
next »
Print
Author
Topic: tenggiri tuas (Read 6110 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
En. Sham
Mod.Laman Ini
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 752
tenggiri tuas
«
on:
September 24, 2008, 09:48:52 AM »
Halim Dulang mahir buru tenggiri tuas
PANGKALAN jeti nelayan di Kuala Dulang Kecil, Yan Kedah, sudah tidak asing lagi bagi ramai pemancing yang menggemari teknik casting (melontar umpan). Jika musim tenggiri mengamuk, kawasan tempat meletak kenderaan sesak di segenap ruang.
Seawal jam 6 pagi, jeti yang sempit mula menerima kunjungan pemancing yang bertali arus semata-mata ingin merasai amukan tenggiri. Jeti Kuala Dulang Kecil menempatkan bot nelayan kecil sesuai untuk dinaiki 4 hingga 6 pemancing tetapi kebanyakannya menggunakan enjin kuasa kuda besar.
Halim Ismail, 36, berasal Yan Kedah menjadikan Kuala Dulang sebagai tempat tumpuan kaki pancing dan nelayan. Penulis yang berkesempatan mencuba khidmat Halim baru-baru ini, puas hati dengan kerjasama yang diberikan walaupun dalam cuaca tidak menentu.
Tekong Halim cukup rajin dan sentiasa berusaha mendapatkan tenggiri untuk pelanggan. Setiap waktu digunakan sepenuhnya supaya usaha beliau menjadi inspirasi pelanggan untuk turut sama berusaha memancing. Menjerat tenggiri di sini memerlukan seseorang melakukan casting berterusan kerana spesies ini tidak memilih waktu untuk membedal umpan asalkan hidangan sentiasa berada di wilayahnya.
Jika musim memuncak, beliau keluar lebih tiga kali seminggu untuk memenuhi tuntutan pelanggan yang kebanyakan taksub dengan penangan dan kelincahan tenggiri merembat umpan. Malah ramai kumpulan pemancing mendapat habuan lebih besar apabila hasil tangkapan boleh mencecah ribuan ringgit untuk tempoh setengah hari memancing. Sebab itu, pemancing menggunakan sepenuhnya peluang yang ada selain puas memancing. Kos memancing ditampung dengan hasil jualan tenggiri yang mencecah RM16 sekilogram.
Bot Halim Dulang biasanya membawa pemancing ke lokasi tumpuan iaitu unjam buluh (tuas) dan lokasi kapal karam. Perjalanan ke sana memakan masa hampir 40 minit . Unjam itu yang diusahakan bersama rakannya dan akan ditambah tiga bulan sekali kerana ia hanya bertahan kurang empat bulan sebelum reput dan tenggelam sebagai tukun. Untuk ke kapal karam, akan mengambil masa hampir sejam.
Tenggiri di situ mudah diperdaya dengan teknik casting menggunakan umpan ikan pelaling mati. Ia dipasang dengan mata kail bersaiz 3/0 hingga 4/0. Seekor ikan umpan kebiasaannya dipasang tiga atau empat mata kail. Perambut kabel 30 paun perlu digunakan bagi mengelak putus digigit spesies bergigi tajam itu. Di hujung mata kail diikat ladung kecil dan pengilat kecil berwarna merah. Ladung bertujuan menenggelamkan umpan manakala pengilat merah akan berputar ketika dikarau. Warna merah dan kilat berperanan memikat tenggiri supaya menyambar umpan dengan rakus.
Selain umpan mati, umpan ikan hidup dari unjam juga lebih cepat memikat tenggiri. Selain itu, sotong plastik dan jig bulu ayam juga boleh digunakan ketika casting. Keterangan, hubungi Halim Tuas: 019-5577406.
Logged
...........Ngail Sokmo.........
- 012 3685116 -
http://www.rm20segera.com/?r=jomlajoin
http://www.jutawanfreedom.com
Pancing.Net
tenggiri tuas
«
on:
September 24, 2008, 09:48:52 AM »
Logged
Potocol
Mod.Laman Ini
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 9668
PERAK DARUL RIDZUAN
Re: tenggiri tuas
«
Reply #1 on:
November 29, 2008, 10:39:40 PM »
Keterangan, hubungi Halim Tuas: 019-5577406.
Terimakasih Sham.
Berguna info ini kalau nak plan sesuatu trip.
Logged
Orang yang KUAT bukan hanya mampu mengalahkan lawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menundukan nafsunya di saat ia sedang MARAH.
chikut
Marlin
Offline
Posts: 1004
Re: tenggiri tuas
«
Reply #2 on:
November 30, 2009, 04:48:02 PM »
salam en sham sayer berminat dengan kaedah 3 matakail yg tuan gunakan
errr bolerkerr tuan masukan gamba care ikatan nyer hamba ni xpandai sangt huhuhu
Logged
kita takakan berasa gundah walau sekali jika kiter tahu ape yng kita cari
~jenahak~
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 1447
golek iwak
Re: tenggiri tuas
«
Reply #3 on:
December 01, 2009, 04:19:21 PM »
emmm... ni la contohnya...
Logged
isteri ada sorang, anak dah 2 orang.. 0137017871
chikut
Marlin
Offline
Posts: 1004
Re: tenggiri tuas
«
Reply #4 on:
December 01, 2009, 10:39:51 PM »
oh begitu nak tanyer lai bende tu dah ade yg dah siap dijual atau kene buat sendiri laisatu mata kail tu nak cangkukan kat mana?(pada bahagian ikan) kalo boler tuan dapat sertakan gamba nyer lai mudah syer ni paham
timakasih
Logged
kita takakan berasa gundah walau sekali jika kiter tahu ape yng kita cari
bidan
Mod.Laman Ini
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 4463
"Mancen sampai Pensan"
Re: tenggiri tuas
«
Reply #5 on:
December 03, 2009, 01:59:13 AM »
Terima kasih. maklumat yg berguna.
Logged
Satu arah.... Satu Tujuan.... Satu citarasa!!
http://www.alatmanceng.blogspot.com
Ariel5596
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 1318
Re: tenggiri tuas
«
Reply #6 on:
December 03, 2009, 11:00:47 PM »
Quote from: En. Sham on September 24, 2008, 09:48:52 AM
Halim Dulang mahir buru tenggiri tuas
PANGKALAN jeti nelayan di Kuala Dulang Kecil, Yan Kedah, sudah tidak asing lagi bagi ramai pemancing yang menggemari teknik casting (melontar umpan). Jika musim tenggiri mengamuk, kawasan tempat meletak kenderaan sesak di segenap ruang.
Seawal jam 6 pagi, jeti yang sempit mula menerima kunjungan pemancing yang bertali arus semata-mata ingin merasai amukan tenggiri. Jeti Kuala Dulang Kecil menempatkan bot nelayan kecil sesuai untuk dinaiki 4 hingga 6 pemancing tetapi kebanyakannya menggunakan enjin kuasa kuda besar.
Halim Ismail, 36, berasal Yan Kedah menjadikan Kuala Dulang sebagai tempat tumpuan kaki pancing dan nelayan. Penulis yang berkesempatan mencuba khidmat Halim baru-baru ini, puas hati dengan kerjasama yang diberikan walaupun dalam cuaca tidak menentu.
Tekong Halim cukup rajin dan sentiasa berusaha mendapatkan tenggiri untuk pelanggan. Setiap waktu digunakan sepenuhnya supaya usaha beliau menjadi inspirasi pelanggan untuk turut sama berusaha memancing. Menjerat tenggiri di sini memerlukan seseorang melakukan casting berterusan kerana spesies ini tidak memilih waktu untuk membedal umpan asalkan hidangan sentiasa berada di wilayahnya.
Jika musim memuncak, beliau keluar lebih tiga kali seminggu untuk memenuhi tuntutan pelanggan yang kebanyakan taksub dengan penangan dan kelincahan tenggiri merembat umpan. Malah ramai kumpulan pemancing mendapat habuan lebih besar apabila hasil tangkapan boleh mencecah ribuan ringgit untuk tempoh setengah hari memancing. Sebab itu, pemancing menggunakan sepenuhnya peluang yang ada selain puas memancing. Kos memancing ditampung dengan hasil jualan tenggiri yang mencecah RM16 sekilogram.
Bot Halim Dulang biasanya membawa pemancing ke lokasi tumpuan iaitu unjam buluh (tuas) dan lokasi kapal karam. Perjalanan ke sana memakan masa hampir 40 minit . Unjam itu yang diusahakan bersama rakannya dan akan ditambah tiga bulan sekali kerana ia hanya bertahan kurang empat bulan sebelum reput dan tenggelam sebagai tukun. Untuk ke kapal karam, akan mengambil masa hampir sejam.
Tenggiri di situ mudah diperdaya dengan teknik casting menggunakan umpan ikan pelaling mati. Ia dipasang dengan mata kail bersaiz 3/0 hingga 4/0. Seekor ikan umpan kebiasaannya dipasang tiga atau empat mata kail. Perambut kabel 30 paun perlu digunakan bagi mengelak putus digigit spesies bergigi tajam itu. Di hujung mata kail diikat ladung kecil dan pengilat kecil berwarna merah. Ladung bertujuan menenggelamkan umpan manakala pengilat merah akan berputar ketika dikarau. Warna merah dan kilat berperanan memikat tenggiri supaya menyambar umpan dengan rakus.
Selain umpan mati, umpan ikan hidup dari unjam juga lebih cepat memikat tenggiri. Selain itu, sotong plastik dan
jig bulu ayam
juga boleh digunakan ketika casting. Keterangan, hubungi Halim Tuas: 019-5577406.
Encik Sham...teman berminat la kat jig bulu ayam tu...kat mana buleh dpt benda ni???teman ada juga nampak kat Seatackle tapi X brp yakin dgn kualiti dia
Logged
"The fishing was good; it was the catching that was bad"
KAPALA
Jemuduk
Offline
Gender:
Posts: 159
BORN TO FISH, FORCED TO WORK
Re: tenggiri tuas
«
Reply #7 on:
December 17, 2009, 11:57:31 PM »
Boleh pakai GEWANG?
Logged
manba_nkk
Arowana
Online
Posts: 14503
Re: tenggiri tuas
«
Reply #8 on:
December 18, 2009, 06:31:57 AM »
Terima Kasih bro Sham kerana info yg bagus sekali !
Logged
takda peduli, hentam saja
KAPALA
Jemuduk
Offline
Gender:
Posts: 159
BORN TO FISH, FORCED TO WORK
Re: tenggiri tuas
«
Reply #9 on:
December 24, 2009, 05:03:36 PM »
Menghitung hari....
2hb Januari 2010
YAHOOOO
Logged
marley
Pelata
Offline
Gender:
Posts: 112
kesian kat ikan...
Re: tenggiri tuas
«
Reply #10 on:
December 27, 2009, 12:22:36 AM »
Gud info..isnin ni tk jd tuas :-( tunggu raya cina lak..hangit
Logged
PTT 0174883513
matkudut
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 636
Re: tenggiri tuas
«
Reply #11 on:
December 28, 2009, 10:48:10 AM »
dari cite yg di dengor oleh halwa telinga ambe nihhh
spot menarik...tuh...
Logged
chikut
Marlin
Offline
Posts: 1004
Re: tenggiri tuas
«
Reply #12 on:
December 28, 2009, 02:33:40 PM »
Quote from: matkudut on December 28, 2009, 10:48:10 AM
dari cite yg di dengor oleh halwa telinga ambe nihhh
spot menarik...tuh...
wah nanti jangn lupe masukkan gamba2 menarik disane er tuan pg guner tekong maner yer boler citerke beraper kos?
Logged
kita takakan berasa gundah walau sekali jika kiter tahu ape yng kita cari
~jenahak~
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 1447
golek iwak
Re: tenggiri tuas
«
Reply #13 on:
December 28, 2009, 02:45:08 PM »
emmm tul tu...
walaupun x dpt join, dpt tgk report pun dah ok...
Logged
isteri ada sorang, anak dah 2 orang.. 0137017871
khanzab
Pelata
Offline
Gender:
Posts: 135
Na..Na..NA..Ngail Kite..
Re: tenggiri tuas
«
Reply #14 on:
December 28, 2009, 07:25:03 PM »
btol lh..xdpt join pn dpt bc report pn kira ok lh...
Logged
gelamapapan
Siakap
Offline
Posts: 82
Re: tenggiri tuas
«
Reply #15 on:
March 26, 2010, 10:39:09 PM »
a'kum,
saya dan beberapa kengkawan ada mengatur trip bulan depan untuk ke yan,masalahnya kami sorang pun langsung tak pernah pi,jadi info yang diberi ni memang berguna,cuma ada lagi beberapa perkara yang saya nak tanya
1-macam mana dengan perambut,kalau dalam gambar tu pakai spinner,perlukah di sangkutkan ke cili terus atau kena tambah lagi steel sebelum di sambung ke tali utama
2-bulu ayam pulak rupanya macam mana?
3-kata orang umpan sorang sekilo,kalau 7 orang 7 kilo,cukup ka?
4-temenung jenis apa yang paling baik,yang biasa atau borek?
5-selalu kita baca dalam majalah atau laman web semua cerita yang baik baik punya,ikan tenggiri sampai 21 ekor,siap dapat marlin lagi,adakah ini bermakna semua trip memang best macam tu?
6-apollo yang di pakai di situ mata saiz apa?nanti takut terbeli yang kecik tak dapat pulak rasa ikan cencaru,kalau yang besar takut tak dapat umpan pulak,boleh terangkan?
harap saudara dapat menjawab soalan saya nih,bukan apa,kena sediakan payung sebelum hujan,kena tanya taiko yang pernah pi sana,almaklumlah,baru nak try test.tq
Logged
joran maluri
SAPA
Arowana
Offline
Gender:
Posts: 22850
012 2011744 / 019 3100410 HJ SAARI -WP
Re: tenggiri tuas
«
Reply #16 on:
March 26, 2010, 10:52:13 PM »
....PERRHHHHHH.....PANJANG NAK KHATAMMM NI...
Logged
anat68
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 1283
Re: tenggiri tuas
«
Reply #17 on:
March 27, 2010, 07:21:06 AM »
Quote from: gelamapapan on March 26, 2010, 10:39:09 PM
a'kum,
saya dan beberapa kengkawan ada mengatur trip bulan depan untuk ke yan,masalahnya kami sorang pun langsung tak pernah pi,jadi info yang diberi ni memang berguna,cuma ada lagi beberapa perkara yang saya nak tanya
1-macam mana dengan perambut,kalau dalam gambar tu pakai spinner,perlukah di sangkutkan ke cili terus atau kena tambah lagi steel sebelum di sambung ke tali utama
2-bulu ayam pulak rupanya macam mana?
3-kata orang umpan sorang sekilo,kalau 7 orang 7 kilo,cukup ka?
4-temenung jenis apa yang paling baik,yang biasa atau borek?
5-selalu kita baca dalam majalah atau laman web semua cerita yang baik baik punya,ikan tenggiri sampai 21 ekor,siap dapat marlin lagi,adakah ini bermakna semua trip memang best macam tu?
6-apollo yang di pakai di situ mata saiz apa?nanti takut terbeli yang kecik tak dapat pulak rasa ikan cencaru,kalau yang besar takut tak dapat umpan pulak,boleh terangkan?
harap saudara dapat menjawab soalan saya nih,bukan apa,kena sediakan payung sebelum hujan,kena tanya taiko yang pernah pi sana,almaklumlah,baru nak try test.tq
aku nak jawap soklan 5 dgn 6 jer...5)kalo dah rezeki...korang...jgn kata 21 ekor...lebih pon buleh...tapi..kot dah tersurat...kumpau...sekor pon..jenoh....hehh..heh..
6)yg aku tau...kalo main apollo ni...org carik saiz 6-10 jer...biasanya..org guna saiz
7@8...tapi
tak tau ler..kot area yan ni..ikan apollo dia...beso2...kalo salah..tolong betulkan...
soklan yg lain tu...bg geng Pnet len jawapkan...hehh..hehh
Logged
bukan tak kenal diri...sekadar belum pasti...kabur matahati...
wonderpets
Marlin
Offline
Posts: 3193
"apa yang penting KERJASAMA"
Re: tenggiri tuas
«
Reply #18 on:
March 29, 2010, 03:58:20 PM »
salam'kum
saya baru balik dari tuas yan kedah 20 hb/3/2010.....perjalanan dari jeti kuala dulang.....
1-saya hanya pakai main line 20/15lbs..sebab tenggiri kat situ sekolah tinggi...main line terus disambung dengan swivel dan steel wire 25lbs seahawk 3 mata....mata dicangkuk pada dagu ikan,tengah badan,dan ekor..spinner tu penting...kalau takde buat je sendiri....lagi banyak color lagi elok....
2-Bulu ayam nie color putih,ada mata yang disambung steel wire...ambil yang hujung ekor betul...bulu ayam kena karau selaju mungkin sampai tercabut tangan.....
3-setakat umpan memang sorang sekilo...biasanya bot sediakan...kalau bagus dapat yang elok...sebab kalau yang dah lama baru sekali baling perut dah pecah......
4-hari tu saya pakai yang biasa jeeeee termenungnya...
5-ini bergantung keadaan.......8 jam sebelum bertolak kena call tekong....sebab cuaca tak menentu....kadangkala seekor pun susah nak dapat......kalau tekong kata 50/50 baik tak payah pergi....tapi kalau tekong kata ok......cantik la tu.....sebab kat tepi kuala je peraih dah tunggu....peraih ambil RM15.50 sekilo......
6-kalau apollo beli yang kat kedai tu je.....memang senang nak dapat kembung,selar,caru,kerisi......memang jenis sambar terus apollo..........
inilah serba sedikit yang boleh saya kongsi......tapi jangan lupa bawak la udang hidup atau sotong kurita hidup..........sebab belum tentu anda akan dapat tenggiri.....bergantung pada keadaan cuaca/air....jadi nie tips untuk mengelakkan dari kehampaan.........sebab perjalanan jauh,bayar pun lebih,takut hampa.................sapa kaki ketum kenyang...sebab tekong ada sediakan heeeee...
Logged
"POIE MANCING"-019.307.0.224-
“Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya (sifat) Takbur (walaupun) sebesar zarah."-----Udara Masuk - Allah Allah Antara - Allah Allah Udara Keluar - Allah Allah Antara - Allah Allah-----
gelamapapan
Siakap
Offline
Posts: 82
Re: tenggiri tuas
«
Reply #19 on:
April 04, 2010, 11:02:12 PM »
terima kasih dengan info yang diberi,amat berguna untuk saya dan rakan rakan pada 18 april nie..............kalau ada sapa sapa nak tambah tolonglah berbuat demikian,kata orang..........ilmu yang ada didada eloklah diperturunkan kepada orang yang memerlukan,jangan ilmu yang salah dah le........
Logged
rizal_p2
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 3893
0134261004
Re: tenggiri tuas
«
Reply #20 on:
April 04, 2010, 11:04:56 PM »
Quote from: wonderpets on March 29, 2010, 03:58:20 PM
salam'kum
saya baru balik dari tuas yan kedah 20 hb/3/2010.....perjalanan dari jeti kuala dulang.....
1-saya hanya pakai main line 20/15lbs..sebab tenggiri kat situ sekolah tinggi...main line terus disambung dengan swivel dan steel wire 25lbs seahawk 3 mata....mata dicangkuk pada dagu ikan,tengah badan,dan ekor..spinner tu penting...kalau takde buat je sendiri....lagi banyak color lagi elok....
2-Bulu ayam nie color putih,ada mata yang disambung steel wire...ambil yang hujung ekor betul...bulu ayam kena karau selaju mungkin sampai tercabut tangan.....
3-setakat umpan memang sorang sekilo...biasanya bot sediakan...kalau bagus dapat yang elok...sebab kalau yang dah lama baru sekali baling perut dah pecah......
4-hari tu saya pakai yang biasa jeeeee termenungnya...
5-ini bergantung keadaan.......8 jam sebelum bertolak kena call tekong....sebab cuaca tak menentu....kadangkala seekor pun susah nak dapat......kalau tekong kata 50/50 baik tak payah pergi....tapi kalau tekong kata ok......cantik la tu.....sebab kat tepi kuala je peraih dah tunggu....peraih ambil RM15.50 sekilo......
6-kalau apollo beli yang kat kedai tu je.....memang senang nak dapat kembung,selar,caru,kerisi......memang jenis sambar terus apollo..........
inilah serba sedikit yang boleh saya kongsi......tapi jangan lupa bawak la udang hidup atau sotong kurita hidup..........sebab belum tentu anda akan dapat tenggiri.....bergantung pada keadaan cuaca/air....jadi nie tips untuk mengelakkan dari kehampaan.........sebab perjalanan jauh,bayar pun lebih,takut hampa.................sapa kaki ketum kenyang...sebab tekong ada sediakan heeeee...
ya betul tu...
Logged
rizal_p2
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 3893
0134261004
Re: tenggiri tuas
«
Reply #21 on:
April 04, 2010, 11:07:34 PM »
Quote from: gelamapapan on April 04, 2010, 11:02:12 PM
terima kasih dengan info yang diberi,amat berguna untuk saya dan rakan rakan pada 18 april nie..............kalau ada sapa sapa nak tambah tolonglah berbuat demikian,kata orang..........ilmu yang ada didada eloklah diperturunkan kepada orang yang memerlukan,jangan ilmu yang salah dah le........
bro jgn lupa beli jig 60-80 gm kaler pink..main cast jig..sy baru turun td 4 biji jig lesap kena hentam ngan group alu-alu & GT n jgn lupa ikat dawai lebih kurang 1 jengkal kat jig untuk mengelakan alu2 memutuskan tali..4 bijik ja bawak jig td..
Logged
Pak_Ku
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 670
Re: tenggiri tuas
«
Reply #22 on:
April 04, 2010, 11:15:26 PM »
klu x mau kotor tgn tu bleh la tn guna coaster berat dlm 40g / 60g.... teknik casting gak...
jenama bakau murah skit rasanya dlm rm5 klu abu garcia rm15
Logged
PEACE UPON U ALL
walangkadung
Bilis
Offline
Posts: 1
Re: tenggiri tuas
«
Reply #23 on:
April 09, 2010, 09:07:15 AM »
TQ.. semua maklumat dah petua amat membantu... malam nie 1st trip to Yan... Harap2 berhasil. Nanti aku upload gambar kalau ada.
Logged
rizal_p2
Marlin
Offline
Gender:
Posts: 3893
0134261004
Re: tenggiri tuas
«
Reply #24 on:
April 09, 2010, 09:18:54 AM »
Quote from: walangkadung on April 09, 2010, 09:07:15 AM
TQ.. semua maklumat dah petua amat membantu... malam nie 1st trip to Yan... Harap2 berhasil. Nanti aku upload gambar kalau ada.
bestnyaa...good luck bro.
Logged
Pages:
1
Go Up
Print
« previous
next »
Jump to:
Please select a destination:
-----------------------------
LAMAN PENTADBIR
-----------------------------
=> Pengumuman dan Ucapan
===> Ucapan Tahniah dan Penghargaan.
===> Ucapan Selamat.
===> Ucapan Takziah
===> Pengumuman Jemputan.
===> UMUM
===> ~ TELAH BERLALU ~
-----------------------------
LAMAN SUAI KENAL
-----------------------------
=> Salam Perkenalan
===> {- KOD ETIKA Pancing.Net -}
-----------------------------
LAMAN PERTANDINGAN, TRIP DAN AKTIVITI.
-----------------------------
=> Pertandingan, Trip dan Aktiviti (Surat Jemputan)
=====> TRIP MEGA P.NET { SEDILI 2010 }
=> Perbincangan @ perancangan mengadakan pertandingan, trip dan aktiviti.
-----------------------------
LAMAN UMUM
-----------------------------
=> PAPAN KENYATAAN UMUM
===> Usahawan & Ahli Perniagaan di P.net
===> Kisah Seram dlm hidup anda.
=> Alam Sekitar
=> Keluarga
===> Hiburan
===> IT, Komputer & Multimedia
=> *English & Other Languages Sections..
-----------------------------
LAMAN FORUM PANCING
-----------------------------
=> PERTANDINGAN GAMBAR TANGKAPAN TERBAIK
=> Gallery Gambar/video
===> Album gambar trip dan perjumpaan.
===> Koleksi rod,reel dan alatan manceng anda.
===> Hasil pancingan anda.
===> Keindahan Alam
===> Koleksi video.
=====> Video Pancing Anda
=====> Macam-macam Ada..
===> Dunia Fotografi
=> Air Masin
=> Air Tawar
=> Pertanyaan, Panduan & Soal Jawab mengenai pancing
===> BAIT aka. UMPAN.
===> REEL aka. KEKILI/MESIN
===> ROD aka. JORAN
===> LINE aka. TALI
===> TACKLE aka. ALATAN.
===> LURE, JIG aka. GEWANG.
===> TEKNIK, GAYA, JENIS dan CARA PANCINGAN.
=====> CASTING
=====> BOTTOM
=====> FLY FISHING
=====> JIGGING - TROLLING - POPPING - DRIFTING
===> UMUM.
===> PENGANGKUTAN AIR
===> HIDUPAN AIR.
=> Info pemancing
===> KEDAI BARANGAN PANCING YANG ANDA TAHU.
=====> Kepulauan Borneo.
=====> Kawasan Utara
=====> Kawasan Selatan
=====> Kawasan Timur
=====> Kawasan Barat
===> LOKASI MEMANCING AIR MASIN YANG ANDA TAHU.
===> LOKASI MEMANCING AIR TAWAR YANG ANDA TAHU.
===> TEKONG BERMASALAH.
===> PERKHIDMATAN SEWA BOT DAN TEKONG.
===> TIPS, PETUA & PANTANG LARANG MEMANCING.
=> Menjual, Mencari/Membeli & Menyewa
===> Mencari & Membeli
-----------------------------
LAMAN 'DIY'
-----------------------------
=> Membuat Rod
=> Peralatan pancing
Loading...
SimplePortal 2.3.2 © 2008-2010, SimplePortal