Author Topic: Punca ikan paus terdampar  (Read 7641 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline PancingLama

  • Administrator
  • Marlin
  • *
  • Posts: 2065
  • Gender: Male
    • Email
Punca ikan paus terdampar
« on: December 02, 2008, 09:02:11 AM »
Dari Kosmo


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan sejumlah besar ikan paus terdampar dekat Sandy Cape, Tasmania.

HOBART - Air laut bertukar menjadi merah selepas alunan ombak menghempas sekumpulan 150 ekor ikan paus ke kawasan pantai berbatu-bata di pulau Tasmania, 240 kilometer ke selatan Australia, lapor sebuah akhbar semalam.

Pegawai-pegawai hidupan liar hanya mampu menyaksikan sahaja adegan menyayat hati itu ketika kumpulan haiwan tersebut terdampar di perairan cetek di Tasmania.

Fenomena kematian ikan paus dalam jumlah besar itu menjadi isu perdebatan hangat sejak sekian lama.

Bagaimanapun, kebanyakan saintis bersetuju ia berlaku ekoran haiwan laut dalam itu kehilangan keupayaan navigasi ketika mengejar mangsa ke kawasan air cetek.

Bangkai-bangkai ikan paus bergelimpangan di kawasan pesisir pantai berbatu-batan itu yang terletak di Tanjung Sandy, barat laut Tasmania.

Sebelum itu, sejumlah penduduk tempatan yang dibantu pegawai-pegawai hidupan liar cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan kumpulan haiwan tersebut.

Namun, usaha mereka tidak berhasil kerana ikan-ikan paus itu cedera teruk selepas terhempas ke batu-batu bergerigi tajam dan mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengelakkannya.

Sebaliknya, mereka berjaya mengemudi kumpulan kedua ikan paus untuk kembali ke tengah laut selepas melihat kira-kira 30 ekor haiwan itu berenang-renang tanpa haluan di kawasan air cetek.



GAMBAR fail ini menunjukkan anggota-anggota penyelamat menyelamatkan seekor ikan paus di pantai Anthony, Tasmania pada 23 November lalu.

"Kami berharap dapat menyelamatkan semua haiwan itu tetapi peluang ikan-ikan paus untuk selamat di persekitaran berbatu tipis berbanding terdampar di perairan berpasir," kata jurucakap Jabatan Industri Prima dan Air Tasmania, Warwick Brennan.

Menurutnya, usaha menyelamat kumpulan kedua 30 ekor ikan paus itu mencapai kejayaan dengan menggunakan taktik-taktik bijak.

Jelas, Brennan mereka sudah bertahun-tahun berdepan dengan masalah ikan paus terdampar seperti itu dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk menanganinya.

Ketika berusaha menyelamatkan kumpulan pertama 150 ekor ikan paus itu mereka mendengar seekor lagi ikan paus yang hampir terdampar memanggil kawan-kawannya di laut.

Keadaan itu berlaku hasil bantuan peralatan canggih dan mereka bimbang panggilan tersebut akan 'menarik' kumpulan kedua supaya memasuki perairan berbatu.

"Kami memutuskan untuk menggerakkan haiwan itu jauh ke kawasan pantai dan di luar jarak pendengaran ikan-ikan paus lain," kata Brennan.

"Keutamaan kami adalah untuk mengelakkan kumpulan ikan paus lain daripada terdampar dan kami membawa haiwan malang itu jauh ke kawasan pantai bagi melihat sama ada terdapat sebarang perubahan," tambahnya.

Katanya, haiwan itu gagal diselamatkan dan mati selepas dibawa ke kawasan tepi pantai.

"Namun, panggilan tersebut terhenti dan kumpulan kedua 30 ekor ikan paus tadi mula meneruskan perjalanan dan dengan menggunakan sebuah bot, kami berjaya memandu ikan-ikan itu keluar dari kawasan tanjung.

"Harapan kami ialah kumpulan ikan paus itu berjaya meneruskan perjalanan jauh ke tengah laut," jelasnya.

Pada minggu lalu sahaja, sejumlah 65 ekor ikan paus terdampar di Pantai Anthony, utara Tasmania.

Pegawai-pegawai berjaya menyelamatkan 11 ekor haiwan itu dan mengembalikan ikan-ikan paus ke laut.

"Kami meletakkan alat pengesan pada ikan-ikan paus yang terselamat dan laporan terkini mendapati kumpulan itu berada di Selat Bass dan bergerak lancar," ujar Brennan.

"Oleh itu, kami tahu jika haiwan tersebut terdampar dan haiwan yang diselamatkan dapat meneruskan hidup," tambahnya.

Jurucakap berkenaan berkata, pegawai-pegawai hidupan liar kini berdepan musim menyelamat di mana mereka terpaksa menangani kes ikan paus terdampar setiap 12 hari.

"Kes terdampar itu melibatkan dari seekor ikan paus hingga sekumpulan besar haiwan tersebut dan waktu hujung tahun merupakan waktu yang sibuk buat kami," jelasnya.

Pegawai-pegawai hidupan liar percaya fenomena ikan paus terdampar kerap berlaku beberapa minggu sebelum Hari Krismas ekoran peningkatan dalam jumlah makanan yang memerlukan haiwan itu bergerak ke kawasan cetek. - Agensi
Banner Bersih Sungai

Offline cdgtxx

  • ♪♫~ROCKAPAK~♫♪
  • Arowana
  • *
  • Posts: 14022
  • Gender: Male
  • KAJANG ANGLER 1978
    • CDGTXX
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #1 on: December 02, 2008, 09:58:49 AM »
rasanya bunuh diri....


Offline En. Sham

  • Mod.Laman Ini
  • Marlin
  • *****
  • Posts: 752
  • Gender: Male
    • http://www.jutawanfreedom.com
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #2 on: December 02, 2008, 10:56:56 AM »
tu la depa seronok sangat berenang sampai ke pantai..than air surut...dah lekat kat pantai....camno :o

...........Ngail Sokmo.........
- 012 3685116 -

http://www.rm20segera.com/?r=jomlajoin
http://www.jutawanfreedom.com

Offline marley

  • Pelata
  • *
  • Posts: 112
  • Gender: Male
  • kesian kat ikan...
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #3 on: December 02, 2008, 09:24:53 PM »
jgn kata ni keja al-qaeda lak.. ;D
PTT 0174883513

Offline acidd

  • AHLI JAWATANKUASA
  • Marlin
  • *
  • Posts: 521
  • Gender: Male
  • kail nan sejengkal
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #4 on: December 02, 2008, 10:26:14 PM »
 cian.ikan2 tu ye, x kan bnuh dr beramai2, syg sribu x syg :(
rasid@acidd 0126501916 (kail nan sejengkal)

Offline teruboxs

  • Bilis
  • *
  • Posts: 45
  • Gender: Male
  • ngail ju....
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #5 on: December 11, 2008, 12:41:58 PM »
pelarian perang agak nye... :-\ :-\

kaki ku memancing,,,,,,,

Offline CoNan

  • Marlin
  • *
  • Posts: 1431
  • Gender: Male
  • QURSANYproductions
    • Forum Komuniti Rockapak
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #6 on: December 11, 2008, 02:19:52 PM »
semuanya itu fitrah dan putaran 'chains of food', bayangkan kalau mereka masih lagi hidup hingga sekarang...


Offline acidd

  • AHLI JAWATANKUASA
  • Marlin
  • *
  • Posts: 521
  • Gender: Male
  • kail nan sejengkal
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #7 on: December 11, 2008, 08:30:47 PM »
 Tak dapat nak bayangkan.... rasa2 nya mau penuh laut dgn diaorg.....
rasid@acidd 0126501916 (kail nan sejengkal)

Offline CoNan

  • Marlin
  • *
  • Posts: 1431
  • Gender: Male
  • QURSANYproductions
    • Forum Komuniti Rockapak
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #8 on: December 11, 2008, 08:54:24 PM »
betul tu, penuh laut satu hal, ikan2 untuk manusia pun akan habis, tak paus2 tu yang baham atau plankton sendiri yang dah pupus...


Offline teruboxs

  • Bilis
  • *
  • Posts: 45
  • Gender: Male
  • ngail ju....
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #9 on: December 13, 2008, 07:46:06 PM »
kalu laut penuh ngan paus nanti batang rod jadi besar2...mata kail pun nampak macam sauh kapal...payah nak pakai tali 5000 paun... ;D ;D ;D

kaki ku memancing,,,,,,,

Offline acidd

  • AHLI JAWATANKUASA
  • Marlin
  • *
  • Posts: 521
  • Gender: Male
  • kail nan sejengkal
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #10 on: December 13, 2008, 10:45:55 PM »
 Bro ..x payah pakai tali .... pakai je rantai kapal dah tentu ada chain blocknya..kan senang..hee.hee ;D
rasid@acidd 0126501916 (kail nan sejengkal)

Offline teruboxs

  • Bilis
  • *
  • Posts: 45
  • Gender: Male
  • ngail ju....
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #11 on: December 13, 2008, 11:08:42 PM »
hehehe.... ;D ;D
nanti kapal pulak yang penuh kat laut tu...
kapal hanyut... :D

kaki ku memancing,,,,,,,

Offline PancingLama

  • Administrator
  • Marlin
  • *
  • Posts: 2065
  • Gender: Male
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #12 on: December 14, 2008, 03:11:33 PM »
kalau nak jigging macam mana ye ???
Banner Bersih Sungai

Offline CoNan

  • Marlin
  • *
  • Posts: 1431
  • Gender: Male
  • QURSANYproductions
    • Forum Komuniti Rockapak
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #13 on: December 14, 2008, 03:42:27 PM »
zaman dulu di negara jepun lemak2 ikan paus ni, dia orang buat lilin, sekarang ni dia orang buat pallet bagi makan ikan lain pulak ada sesetangah tu buat kosmatik..!!!


Offline CoNan

  • Marlin
  • *
  • Posts: 1431
  • Gender: Male
  • QURSANYproductions
    • Forum Komuniti Rockapak
    • Email
ikan paus menyerang manusia
« Reply #14 on: December 18, 2008, 06:19:56 PM »
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=IHIBwl-rSaI[/youtube]


Offline MadiDungun

  • Pelata
  • *
  • Posts: 100
  • Gender: Male
  • Boat Smart, Boat Safe
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #15 on: December 18, 2008, 07:38:26 PM »
berakit rakit kehulu
berenang renang ketepian
bersakit sakit dahulu...
mati terus sbb bereneng kat tepi

sekian, terimak kasih.. ;D ;D ;D

Offline volvos

  • Marlin
  • *
  • Posts: 3054
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #16 on: December 21, 2008, 01:30:53 AM »
yaaapaaadaaa punya pantun lah wakakakaka ;D

Offline kaloiemas

  • Bilis
  • *
  • Posts: 17
  • Gender: Male
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #17 on: December 23, 2008, 02:53:19 PM »
saya tak tahu yang mana betul, tapi gambar2 ni dikatakan dari Denmark (negara maju yang siar gambar kartun tu..)

Offline kaloiemas

  • Bilis
  • *
  • Posts: 17
  • Gender: Male
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #18 on: December 23, 2008, 02:54:19 PM »
dikatakan ini acara tahun penduduk sana, kenduri ikan paus

Offline kaloiemas

  • Bilis
  • *
  • Posts: 17
  • Gender: Male
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #19 on: December 23, 2008, 03:38:24 PM »
lagi

Offline is

  • AJK PNET
  • Marlin
  • ***
  • Posts: 1637
  • Gender: Male
  • Layan...
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #20 on: September 08, 2009, 02:17:13 PM »
rasanya bunuh diri....
.. ayat lu ;D ;D ;D .. ntah2 ajaran sesat heheh'.. -sori gurau jer'

Offline kail sejengkal

  • Marlin
  • *
  • Posts: 617
  • Gender: Male
  • REMBAU-SEREMBAN-N.SEMBILAN
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #21 on: September 10, 2009, 11:12:40 AM »
mak aiiiii ...kojamnyo...sadis,sadis!!!!
Biar Mata Kail,Jgn Mata Keranjang...
-012-6871809-

Offline ijaz

  • Marlin
  • *
  • Posts: 577
  • Gender: Male
  • unbeaten 2004 - 0127783662
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #22 on: September 27, 2009, 02:27:41 AM »
dikatakan ini acara tahun penduduk sana, kenduri ikan paus

kesiannya..

"Victoria Concordia Cresit" ("kemenangan hasil harmoni")......The Gunners......

Offline jemay

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 320
  • Gender: Male
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #23 on: November 30, 2009, 10:31:21 AM »
kawe rasa kompas biologi ikan paus ni dah rusak..bukan ke magnet bumi dah lari lepas tsunami dulu?
***Lesen Tamat Tempoh***

Offline afadzli_jb

  • Tenggiri
  • *
  • Posts: 380
  • Gender: Male
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #24 on: February 27, 2010, 12:24:19 AM »
 :D ;) :) ;D
afadzli_jb@PancingNet

Offline yan

  • Jemuduk
  • *
  • Posts: 192
  • Gender: Male
  • hati mau baik be.....
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #25 on: March 04, 2010, 09:34:51 AM »
kesiannya aku tengok gambo2 tu...
ape le dia org nie kan byk lagi keje lain...

Offline rizal_p2

  • Marlin
  • *
  • Posts: 4208
  • Gender: Male
  • 0134261004
    • Email
Re: Punca ikan paus terdampar
« Reply #26 on: March 04, 2010, 01:24:02 PM »
bkn ker bila ikan paus terdampar tu bila ade kapal perang buat latihan berdekatan, dia x tahan ngan sonar kapal perang yg tinggi, pastu dia sesat x jumpa jalan..tu yg terdampar tepi pantai...hahahahah ;D :P :P