Gigitan 'Baby Shark' Ketika Menjaring di Pantai Bagan Lalang

Discussion in 'Berita Terkini' started by pancinglama, Dec 25, 2017.

  1. pancinglama

    pancinglama Administrator

    Gigitan 'Baby Shark' Ketika Menjaring di Pantai Bagan Lalang.
    21 Disember 2017 -

    Anggota penyelamat pantai Bagan Lalang Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki terkena gigitan seekor anak ikan yu di bahagian peha.

    Sejurus menerima panggilan tersebut pasukan APM Peyelamat pantai terus bergegas ke lokasi dan memberi rawatan serta mendapatkan bantuan dari Pasukan ambulans APM. Pasukan Paramedik APM mengambil masa kira-kira 10 minit untuk melepaskan gigitan ikan tersebut dengan menggunakan peralatan khas.

    Mangsa kemudian dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Pelek dengan menggunakan ambulans APM untuk tindakan lanjut. Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika beriadah atau melakukan sebarang aktiviti di Pantai Bagan Lalang. Kes ini merupakan kes yang pertama berkaitan gigitan ikan yu sejak menara penyelamat pantai Bagan Lalang diwujudkan sejak 2011.

    Angkatan Pertahanan Awam Negeri Selangor.
    yu1.jpg

    yu1.jpg yu2.jpg yu3.jpg yu4.jpg
     
  2. doktor_xp

    doktor_xp 013-2466299 - Naga

    jenis ikan ni, dah gigit susah nak lepas....
     
  3. pancinglama

    pancinglama Administrator

    setakat ni tak pernah pula dengar org kena gigit kat malaysia ni. kes terpencil ni.
     
  4. wongaedan

    wongaedan harimau malaya

    jarang-jarang berlaku...minta lebih berhati2 dengan hasil pancingan...banyakkan lagi pengetahuan tentang spesies ikan
     
  5. din_125

    din_125 Bilis

    mesti mangsa tu tengah nyanyi lagu Baby Shark..tanpa sedar dak kena gigit..ekekekeke
     

Share This Page