Istilah Popular Kaki Pancing

Discussion in 'TIPS, PETUA & PANTANG LARANG MEMANCING.' started by River_Monster, Oct 2, 2011.

  1. River_Monster

    River_Monster Time Cuti.. tunggu apa lagi... PANCING Arr!

    1- AIR BESAR
    Keadaan di mana paras air tertinggi pada permulaan bulan dan bulan penuh/mengambang

    2- AIR MATI
    Keadaan dimana paras surut adalah rendah 7 dan 21 bulan hijrah

    3- BATU LADUNG
    Pemberat yang digunakan semasa memancing, selalunya dibuat daripada timah

    4- BORON
    Gelaran ikan Kertang/Kerapu Besar

    5- CINCIN
    Cincin yang terdapat pada batang pancing untuk memudahkan tali melaluinya.

    6- GEWANG
    Umpan Tiruan daripada kayu, plastik, besi, getah lembut berbentuk/menyerupai ikan sebenar dan memiliki matakail di bahagian badan.

    7- KAPAL SELAM
    Gelaran untuk Aruan Tasik

    8- Otai
    Orang lama yang berpengalaman dalam dunia memancing.

    9- LUBUK
    Kawasan berpotensi mempunyai habitat sasaran pemancing.

    10- PANCING LAYANG
    Gaya pancingan menggunakan umpan layang..


    Rasanya Tuan-Tuan/Puan-Puan ada banyak istilah yang lain kan?
     
  2. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Good info ! ;D
     
  3. aeryxz

    aeryxz Tenggiri

    kumpau/bangau - tak dpt ikan (sy le tu haha)
     
  4. River_Monster

    River_Monster Time Cuti.. tunggu apa lagi... PANCING Arr!

    he he saya pun selalu gak kalau test kat tempat lain .. kumpau bangau namanya
     
  5. harimau berantai

    harimau berantai anugerah tuhan..bersama kita menjaganya....

    kalu kolam air tawar,ABAH-ABAH = ikan besar...heheheh..preng..preng..cabuttt :p :p :p
     
  6. Aaron

    Aaron Siakap

    nice info bro..tq
     
  7. cce9002

    cce9002 Takkan Siakap hilang didunia..

    Menbangau-seharian suntuk menunggu ikan mkn umpan... ;D
     
  8. mohdnuruzzaman

    mohdnuruzzaman Haruan oh Haruan ....

    NGINTI - maksudnya "Memancing" dalam Bahasa Iban.
     
  9. ajissoon

    ajissoon 0174772706 (acik jitra)

    Curut-saiz ikan yg kecil2.
    Mengelau-menggunakan buluh(zaman dulu2), rod mengai puyu, memancing di sawah,dan parit2 kecil..
    Taut-meninggalkan mata kail dan tali dan diikatkan di batang2 kayu dan dicucukkan di dalam tanah..esk pulak bru ambik hasil tersebut..
     
  10. zed

    zed Fishing is an obsession...

    MJ -Mangrove Jack@siakap merah
    lebey popular sbg Mak Janda..kekeke
     
  11. ajissoon

    ajissoon 0174772706 (acik jitra)

    kena soh admin boh button LIKE mcm kat pesbuk ni..hehe ;D
     
  12. zed

    zed Fishing is an obsession...

    sukoi - spanish mackerel a.k.a tenggiri
     
  13. bond_mie

    bond_mie MeleNgung La kalAu Tak LEh MeNgai

    Rempit-Patin saiz halueh.makan terus speed up!!!
     
  14. adichrome

    adichrome "Semoga Esok Masih Ada Ikan Untuk Ku"

    AMBOH - memancing mengunakan koyan / handline fishing ;D

    IKAN TAG - ikan yang terhad untuk dibawa balik oleh si pemancing hasil selebihnya dikongsi ;D

    IKAN TONG SENDIRI - hasil memancing sendiri2 ;D

    LUBUK RAHSIA - port mancing yang terhad kepada org2 tertentu sahaja ;D

    KENA KENCING - kena tipu. biasanya ditipu oleh rakan2 atau tekong jarang kita dengar ikan kencing pemancing hehhehehe..... ;D
     
  15. Syok Mancing

    Syok Mancing ngail ramai2 baru sedap.

    Pam seluang- sembat ikan slow ( ikan terlepas)
    Pam gt- sembat power ( ikan berjaya di daratkan)
    Haha
     
  16. zed

    zed Fishing is an obsession...

    bokkai - joran@rod kat belah utagha

    cth ayat: ishhhh..hang nih mana leh pakai bokkai buluh ni nak popping gt kerbau :eek: :eek:
     
  17. teinmomo

    teinmomo "love it learn it "

    br tauuuuu.. ;D
     
  18. gilapari78

    gilapari78 Bilis

    tambak laut= muntah
     

Share This Page