Tasik Timah Tasoh, Perlis

Discussion in 'Air Tawar' started by Pak Syed, Oct 23, 2017.

  1. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Assalamualaikum......
    Salam Sejahtera......
    Salam Pnet......

    Dah lama saya perhatikan lokasi ni sejak saya study di beseri, perlis tahun 2003. Setiap hari saya akan melalui empangan timah tasoh. Saya teringin sangan nk memancing kt sini tapi tiada langsung masa terluang. Masa tu segala info tentang spesis ikan yang mendiami dalam tasik tu saya dapatkan dalam majalah pancing dan sisipan Joran dan Berita Harian. Masa tu tengah gah dengan spesis belida bintik monster.

    Lepas je saya bertukar ke Seberang Jaya, dan kemudian kajang, terus lenyap diingatan tasik ni selama lebih kurang 10 tahun. Kemudian, saya bertemu jodoh dengan orang Kuala Nerang. Nak dijadikan cerita, saya google port casting area utara, memang banyak tapi lokasi sebenar tu tidak didedahkan. Hanya gambar sahaja yang menghangatkan jiwa dan raga. huhu..... sehinggalah saya ternampak gambar ikan Peacock Bass timah tasoh.

    Saya google lagi untuk dapatkan maklumat tambahan, rupa-rupanya senang nk kesini. Awal tahun ini, saya telah merancang untuk ke sini. Sesudah subuh, saya memandu dari Kuala Nerang, sejam lebih jgk nk sampai. Untuk pengetahuan semua, arah ke tasik ni kalau dari bandar kangar, terus menghala ke aras padang besar, akan nampak tasik besar kt sebelah kiri, itulah tasik timah tasoh. Port yang boleh memancing pulak kena cari simpang masuk yg ada signboard warna putih besar ''TASOH LAKE RESORT & RETREAT''. Masuk simpang tu, terus je sampai la nampak tasik.

    Bila pertama kali saya sampai disini, suasana memang aman, damai. Boiling PB memang banyak pagi tu. Boleh tahan besar saiz dia. Nk casting mana-mana pun boleh. PB sudah kuasai perairan tu. Saya segera siapkan peralatan casting UL saya. berumpankan Spin-Fly D.I.Y white Chinu No.10, bertalikan 6lbs, perambut cap ayam 10lbs, kekili shimano slade 1000, joran daiwa megaforce 1-6lbs. Saya juga stand-by set yg kasar sikit. Kekili Ajiking Baramundi s3000, Joran Bossna 10-25lbs, tali tomman 15lbs.

    Sesi ujian saya, pertama kali baling, dah dapat sekor PB saiz sederhana dan terus sedekah kt pakcik sebelah. Saya cast lagi beberapa kali, dapat lagi sekor yg sama saiz, juga sedekah kt pakcik sebelah. Dan begitulah seterusnya. Pukul 11 pagi, dah terasa panas membahang, lalu saya pun pulang dengan hati yang tenang, tiada istilah kumpau kt sini.
     
  2. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Pada 21 Oktober 2017 (Sabtu) lepas, saya sekali lagi telah mengadakan komplot bersama adik saya dengan menyewa bot di sini.
    Kadar sewa bot bolehla, saya sewa bot kosong + dayung + life jacket = RM20. Kalau ada enjin = RM40 (enjin ekor biawak)
    Pada mulanya saya nk main dekat-dekat je, sebab kt mana-mana pun ada PB. Tapi akhirnya kami terpikat dengan satu lubuk yg dari jauh kami nampak ramai berkumpul kt situ. Maka, berdayung la kami ke sana, 45 minit jugak nak sampai. Memang tengah berpesta PB. Cuma kehadiran kami agak lewat (dayung la katakan). Cuma 10 ekor je dapat, 2 ekor je saiz 38cm. Yg lain saiz remaja dan tadika.

    Balik ke Kuala Nerang terus kami buat masak 3 rasa, memang sedap!!!!

    Itu jela nukilan saya tentang apa yg saya tahu tentang tasik ni.

    Kalau tuan-tuan ada maklumat yang hendak dikongsikan di sini, silakan....
    Kalau tuan-tuan nak pergi ke sini, juga dialu-alukan. Boleh komplot sama. (Saya sponsor spin-fly). Cuma saya tak reti hendel enjin ekor biawak je. hihi....

    Sekian..
     
  3. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    Terbaek tuan...belanja la gambar2 kt sana tuan..
     
  4. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Dalam youtube banyak tuan, dalam perlis caster.
     

Share This Page